Akaun Facebook kena disable, apa nak buat?

Jangan risau, kita ada jalan penyelesaian

Kalau tiba-tiba akaun Facebook korang kena disable, mesti korang terkejut kan? Benda macam ni sebenarnya ramai yang kena, tanpa tahu apa salah diorang, tahu tahu kena disable by Facebook. Tak pergi jauh, memang kalau facebook dah disable, tak ada apa apa yang korang boleh buat lagi.

Tapi ada beberapa perkara yang korang mungkin nak cuba.

Pertama sekali, kenal pasti sebabnya

Fahamkan kenapa akaun korang kena disable

Facebook biasanya disable akaun atas beberapa sebab:

  • Melanggar ‘Community Standards’ Facebook. Contoh korang guna nama yang tah pape. Bukan nama sebenar. Ini melanggar community standards yang ditetapkan.
  • Salah guna feature (contohnya, spamming).
  • Ada orang report akaun korang.
  • Korang dah lama tak buka akaun. (Maybe dalam 2-5 tahun).
  • Korang bertukar tukar devices, yes benda ni pun boleh sebabkan akaun korang kena disable.
  • Korang create banyak akaun fake dalam 1 devices or 1 wifi yang sama. Facebook detect korang sebagai scammer.
  • Dan ada banyak lagi sebab sebabnya.

Langkah seterusnya, ikuti proses rayuan

Hantar rayuan kepada Facebook

Kalau korang rasa akaun korang kena disable secara salah:

  • Pergi ke page ‘Disabled Accounts’ di Facebook Help Center.
  • Pilih option untuk ‘Submit an Appeal’.
  • Isi form rayuan dengan memberikan ID yang sah (contohnya, passport atau driving license).
  • Korang mungkin kena selfi or tunjukkan yang korang ni orang sebenar.

Sementara menunggu, bersabarlah

Proses rayuan mungkin ambil masa

Lepas submit rayuan:

  • Bersabar sementara menunggu Facebook review kes korang. Biasanya sehari dua.
  • Proses ni mungkin ambil beberapa hari hingga beberapa minggu.
  • Korang perlu ulang balik rayuan ni selepas 3 hari. Benda ni kadang kena push juga.

Langkah pencegahan untuk masa depan

Pastikan tak berulang lagi

Bila akaun korang dah aktif balik:

  • Baca dan fahami ‘Community Standards’ Facebook.
  • Elakkan dari buat aktiviti yang boleh menyebabkan akaun kena disable lagi.
  • Gunakan akaun Facebook dengan bertanggungjawab.

Kesimpulan

Kalau akaun Facebook korang kena disable, ikuti langkah-langkah ni untuk cuba dapatkan balik. Ingat, selalu baca dan fahamkan polisi Facebook supaya benda ni tak berulang. Semoga berjaya dan happy socializing! Kalau akaun facebook korang kena hack boleh rujuk disini.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..

Hacking

Apa perlu buat kalau gmail kena hack

Gmail kena hack? Mesti mengelabahkan? Sebab benda penting kot, mungkin banyak data korang dalam email tu. So baca artikel ni sampai habis.