CDN terbaik untuk website tahun 2024

7 min read

Cloudflare

Cloudflare ni macam guardian angel untuk website korang. Dengan global network yang sangat besar, CF ni akan ensure content korang sampai dengan laju dan selamat kepada user.

Cloudflare ni antara CDN yang famous dan ramai orang gunakan sebab perkhidmatan CDN yang disediakan ni FREE!

Tapi Cloudflare ni bukan sekadar CDN semata, sebab dia ada juga offer Web Application Firewall (WAF) untuk jaga website korang dari segala serangan cyber. So CDN ni memang include sekali dengan security web. Itu sebab famous.

Automatic Content Caching dia pulak akan memastikan visitors korang dapat access content dengan pantas. Dan yang paling penting, Analytics dia details, korang boleh track performance website korang dengan hampir tepat.

Photo by Moritz Kindler on Unsplash

RocketCDN

RocketCDN ni dia fokus dia lebih kepada user-friendly. Kalau korang baru nak start guna CDN, RocketCDN ni memang senang nak setup.

Dia ada one-click WordPress integration, yang memang sesuai untuk korang yang pakai WordPress. Custom caching rules dia membolehkan korang untuk customize macam mana content korang disimpan dan disampaikan kepada user.

Plus, instant purging feature dia memastikan korang boleh clear cache dengan cepat bila perlu. Rocket ni terkenal sebab plugin WP Rocket yang ramai gunakan untuk optimize & speed web diorang. Lagi best RocketCDN ni memang integrate sekali dengan WPRocket.

Credit to RocketCDN.me

BunnyCDN

BunnyCDN ni pula, dia sangat cost-effective. Memang murah sangat kalau korang pakai BunnyCDN ni. Server dia pun ada banyak kat area Asia ni. BunnyCDN ni ada Pay-as-you-go pricing yang memang sesuai untuk small business atau personal projects.

Edge Rules Configuration dia membolehkan korang untuk control traffic dengan lebih power. Dan yang paling best, Real-time Reporting dia boleh bagi korang insight tentang traffic dan performance website korang secara live.

Kalau korang nak pakai CDN dengan benefit yang berbeza dari Cloudflare dan murah, BunnyCDN ni antara yang terbaik. Korang tengok sendiri price dia memang murah.

Google Cloud CDN

Google Cloud CDN ni dia macam guru besar pada semua CDN yang ada. Dia gunakan infrastructure Google yang dah terkenal dengan kestabilan dan kecepatannya.

Google CDN ni sesuai untuk korang yang memang EXPERT dalam bidang WEB DAN CDN. Sebab Google Cloud ni macam teknikal sikit dan tak berapa friendly. Kalau korang ni masih baru dalam dunia web development, masuk sini memang pening sikit.

Google Cloud CDN ni ada anycast IP addresses, yang bermakna content korang akan disampaikan dari server terdekat dengan user, memang laju habis.

Google CDN ni juga ada load balancing, yang boleh bantu distribute traffic secara efisien. Plus, korang akan dapat SSL/TLS encryption, yang akan pastikan data korang selamat semasa transit kepada user.

Fastly

Fastly ni pulak, dia macam sports car dalam dunia CDN. Dia terkenal dengan edge computing capabilities dia yang membolehkan korang untuk customize content delivery dengan lebih detail.

Fastly ni dia ada support real-time analytics, so korang boleh monitor performance website korang on-the-fly. Dan yang best, dia ada instant purging, yang membolehkan korang remove content dari cache dengan segera.

Cuma nak guna Fastly ni korang kena contact pulak dengan customer services diorang. Tak macam CDN yang lain, semua layan diri je.

Credit to Fastly.com

BlazingCDN

Last sekali, ada BlazingCDN. Benda ni macam hidden gem. Walaupun dia baru, tapi performance dia bukan biasa biasa.

BlazingCDN ni offer tier-1 network, yang bermakna korang akan dapat akses ke network yang cepat dan reliable.

BlazingCDN ni juga ada DDoS protection, jadi website korang akan di protect dari segala serangan DDoS. Dan yang paling menarik, dia gunakan pay-as-you-go pricing, jadi korang hanya bayar ikut apa yang korang guna je. Memang jimat kalau nak compare dengan RocketCDN.

So, itulah CDN terbaik untuk tahun 2024. Sebenarnya ada banyak lagi CDN terbaik, cuma menurut pandangan kami, ini antara CDN terbaik di bahagian Asia. Harap info ni membantu korang buat pilihan yang bijak untuk website korang. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial