Facebook account disable: Ini 11 langkah yang perlu korang buat

Sebelum korang panik, korang kena faham dulu kenapa account korang kena disable. Ada banyak sebab yang mungkin:

  • Sebab korang melanggar Facebook Community Standards
  • Korang ada buat aktiviti yang mencurigakan atau spam orang lain. 
  • Korang salah guna nama, gambar, atau guna info palsu
  • Facebook korang kena hack atau ada cubaan memasukkan password yang salah banyak kali. 
facebook account disable

2. Relax dan jangan panik

Korang mesti rasa stress bila account disable, kan? 

Tapi, jangan risau sangat. Korang kena ada langkah-langkah yang boleh korang kena ikut untuk selesaikan masalah ni. Breathe in, breathe out, dan jom kita teruskan.

3. Cuba login balik

Cuba try login balik dulu.

Kadang-kadang Facebook buat maintenance dan korang terus fikir buruk. 

Kalau betul kena disable, akan ada mesej yang explain kenapa. Kalau tak ada dalam facebook, check dekat email. Biasanya facebook akan hantar notification. Penting untuk tahu puncanya. 

4. Baca Facebook community standards

Sebelum kita buat apa-apa, baca dulu Facebook Community Standards. Make sure korang faham apa yang korang kena ikut dan tak ikut. Baru la korang boleh mulakan proses rayuan pada Facebook Support. 

5. Buat rayuan

Korang pergi dekat Facebook Help Center. 

Isikan borang yang disediakan dengan info yang betul. Jangan lupa attach proof of identity macam IC, passport, atau lesen memandu.

Itu pun kalau dia minta la. Kalau tak ada tak perlu. 

6. Sabar dan tunggu

Lepas submit rayuan, kita kena sabar tunggu jawapan dari Facebook. Mungkin dalam 48 jam sekurang kurangnya. 

Biasanya mula mula cepat je, sebab yang akan check ni system automated. So biasanya tak sampai satu hari la. Lepas tu dia akan suruh korang sahkan identity. 

Masa nak sahkan identiti ni la ramai yang sangkut. Sebab nama kat facebook lain, nama kat IC korang lain. So kebiasaan kalau jadi macam ni, akaun korang memang kena disable buat selama lamanya. 

Kalau lepas 48 jam, masih tiada respon, korang boleh apply lagi & lagi. Benda macam ni kadang korang kena push sikit. Baru dia jalan. 

7. Check Email

Make sure korang check email yang berdaftar dengan Facebook tu. Dorang akan hantar update dan langkah seterusnya melalui email. Ini kalau diorang respon la. 

facebook account disable

8. Ikut langkah yang diberikan

Facebook mungkin minta korang buat beberapa perkara untuk verify account. 

Ikut je arahan yang diberikan dengan teliti dan jangan skip step. Bab ni jangan silap, sekali silap mungkin facebook akan disable buat selamanya. 

9. Jangan give up

Kalau rayuan pertama tak berjaya, jangan putus asa. Cuba buat rayuan lagi dengan info yang lebih lengkap dan jelas. Sometimes, kita kena cuba beberapa kali sebelum berjaya.

10. Buat account baru

Kalau semua langkah di atas tak jadi juga, mungkin korang kena buat account baru. Tapi, pastikan kali ni kita ikut semua Facebook Community Standards supaya tak kena disable lagi.

Kalau korang tak nak pakai nama sebenar, pakai la nama pangggilan yang tak jauh dari nama sebenar korang. So akan datang kalau diorang check IC, nama tu ada la sama dia juga. 

11. Mintak tolong kat Fiverr

Kalau korang rasa nak juga akaun fb korang, cuba cara lain, boleh try mintak tolong kat platform macam Fiverr.

Sana ramai freelancers yang expert pasal Facebook, dan ada yang claim boleh bantu untuk recover account disable. 

Tapi, ingat ye – walaupun ada yang kata mereka ada ‘orang dalam’ di Facebook, kita kena pastikan kita ikut cara yang betul dan tidak melanggar Facebook Community Standards.

Cara nak cari bantuan kat Fiverr:

  • Buat account di Fiverr, login, dan search “Facebook account recovery” atau “Facebook account disabled”
  • Baca review dan pilih freelancer yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet korang
  • Contact freelancer tu, terangkan masalah korang, dan tanya macam mana dia boleh bantu
  • Kalau dah bersetuju, bayar je fee yang ditetapkan, dan freelancer akan cuba bantu korang

Tapi, ingat ye, tak semua freelancer akan berjaya bantu korang. Kena sabar dan cuba beberapa kali kalau perlu. 

Dan pastikan kita buat research betul-betul sebelum kita mintak tolong kat Fiverr. Takut nanti kita kena scam pulak.

Artikel berkaitan
Link berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..