Facebook Ads kena disable: Boleh ke dapat balik?

Sebelum korang terus ke langkah langkah nak dapat balik akaun, penting untuk korang faham kenapa akaun korang kena disable. 

Ada banyak sebab, antaranya:

  1. Melanggar Polisi Facebook: Kadang-kadang korang tak sengaja melanggar polisi yang ditetapkan oleh Facebook.
  2. Aktiviti Mencurigakan: Kalau ada aktiviti yang tak biasa, Facebook akan disable akaun sebagai langkah berjaga-jaga.
  3. Salah Gunakan Kredit: Ini biasanya berlaku kalau korang guna kad kredit orang lain tanpa kebenaran.

Langkah Pertama: Review polisi dan guidelines

Sebelum korang buat apa-apa, pastikan korang dah baca dan faham semua polisi dan guidelines dari Facebook. Ini penting sebab korang kena tau apa yang boleh dan tak boleh buat.

Langkah kedua: Verify Identity dengan IC

  1. Pergi ke Help Center: Cari bahagian untuk ‘Facebook Ads’ dan klik pada ‘Contact Us’.
  2. Hantar Appeal: Ada form yang korang kena isi untuk hantar rayuan. Jangan lupa untuk detailkan masalah korang.
  3. Verify Identity dengan IC: Korang akan kena lalui sistem automated untuk verify identity. Sediakan IC korang dan ikut arahan yang diberikan.
Facebook ads kena disable

Langkah ketiga: Hubungi support Facebook melalui form

  1. Try Support Facebook: Kalau sistem automated tak membantu, korang boleh try call support Facebook melalui form yang disediakan dalam akaun korang sendiri. Form ni hanya ada pada waktu bekerja sahaja. Tapi kadang kadang memang tak ada. 
  2. Ikut arahan dari support: Diorang akan guide korang langkah demi langkah untuk verify identity korang dan akan tanya beberapa soalan untuk pastikan akaun tu memang akaun korang. Simple. 

Langkah keempat: Monitor dan jaga akaun korang

Lepas dah dapat balik akaun, jangan lupa untuk monitor aktiviti akaun korang. 

Korang kena jaga akaun dengan lebih ketat, sebab facebook dah rekod akaun korang pernah ada masalah. So pastikan korang tak melanggar sebarang polisi lagi.

Normal kalau Facebook minta Verify Identity semula

Jangan terkejut kalau lepas korang dah verify identity dengan IC, Facebook minta korang verify lagi di masa akan datang. 

Ini sebab semua tu automated system, dan kadang-kadang sistem tu nak double check untuk pastikan memang korang yang punya akaun tu.

Kalau korang tak verify juga dalam masa 30 hari, akaun korang mungkin akan disable buat selama lamanya. 

  1. Ikut Je Arahan: Kalau sistem minta korang verify lagi, ikut je arahan yang diberikan. Ini sebenarnya langkah tambahan untuk memastikan akaun korang selamat.
  2. Jangan Panik: Ini normal, jadi jangan panik atau risau. Proses ni biasanya cepat je.
  3. Check Email: Kadang-kadang, Facebook akan hantar kod verifikasi melalui email. Make sure korang check dan masukkan kod tersebut untuk complete proses verifikasi.

Kalau semua tak boleh, buat akaun baru je la

Kalau korang dah try semua langkah di atas dan masih tak dapat balik akaun, memang tak boleh buat apa dah. 

Dalam kes ni, korang kena buat akaun Facebook baru dan start dari awal. Ya, memang leceh, tapi itu je jalan terakhir. Support dari facabook kebanyakan memang tak berguna pun. 

Kesimpulan

So, boleh ke dapat balik akaun Facebook Ads yang kena disable? 

Boleh, tapi kena rajin dan sabar ikut semua langkah yang aku dah share tadi. Kalau tak boleh, korang boikot je facebook ni. Good luck!

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..