Kenapa SpayLater saya tiada 12 bulan?

Benda ni adalah PayLater, beli dulu & bayar kemudian, paling best bayar secara ansuran. Best kan? 

Tapi pernah tak korang dengar yang ada orang dapat ansuran sampai tempoh 12 bulan, tapi korang sendiri hanya max dapat 6 bulan je? Ha, jom kita korek apa sebenarnya yang jadi dengan sistem SpayLater ni.

Tak semua orang sama

Pertama sekali, korang kena faham yang sistem SpayLater ni tak sama rata untuk semua orang. Ada beberapa sebab kenapa korang tak dapat pilihan 12 bulan tu.

Rekod pembelian

Kalau korang baru je mula guna SpayLater atau tak banyak buat pembelian menggunakan SpayLater, sistem mungkin akan tengok korang sebagai ‘newbie’. Ini bermakna korang belum buat trust dengan sistem. Macam dalam hubungan, trust ni kena bina perlahan-lahan, gitu!

Kewangan

Sistem SpayLater ni juga bijak, dia akan analisis kestabilan kewangan korang. Kalau rekod kredit korang cemerlang, ada kemungkinan limit yang diberi lebih tinggi. Jadi, mungkin sebab tu ada yang dapat pilihan pembayaran yang lebih panjang.

Pinjaman sedia ada

Banyak sangat pinjaman lain? Sistem SpayLater mungkin akan jadi lebih ‘strict’ dengan korang. Macam ibu bapa la, kalau anak dah banyak mainan, takkan nak beli lagi, kan?

Kenapa SpayLater tiada ansurans selama 12 bulan?
Artwork by HackersMalaysia.com

Kenapa maksimum 6 bulan?

Ini dia soalan yang korang nak jawapan. Sebab utama kenapa korang hanya dapat 6 bulan mungkin sebab faktor-faktor yang aku dah sebut tadi. 

Sistem ini memang reka untuk adapt dengan pelbagai jenis pengguna. Jadi, kalau sistem tentukan yang korang hanya boleh handle 6 bulan, itu yang korang akan dapat.

Jadi, boleh tak nak aktifkan 12 bulan?

Kalau sistem dah set, memang tak boleh nak ubah. Ia bukan macam beli burger tambah cheese, nak lebih kena cakap je. SpayLater ini rumit. Kalau korang tak dapat pilihan 12 bulan tu, maknanya memang tak boleh la nak ‘force’ atau mintak secara manual.

Apa yang korang boleh buat?

Ada beberapa tips untuk korang mungkin boleh try untuk dapatkan peluang korang dengan SpayLater:

Buat pembelian secara konsisten

Gunakan SpayLater untuk pembelian korang, tapi pastikan bayar tepat pada masa. Ini boleh bantu bina rekod yang baik dengan mereka.

Kewangan perlu cun

Pastikan rekod kredit korang bersih dan stabil. Bayar semua hutang tepat waktu dan cuba jangan ada hutang yang berlambak.

Review dan improve

Kadang-kadang, mungkin ada kesilapan atau ada benda yang korang boleh perbaiki dalam rekod kredit. Jadi, sentiasa review dan improve mana yang perlu.

Kesimpulannya

Walaupun korang mungkin rasa kecewa tak dapat 12 bulan pembayaran, tapi fahamkan sistem ini buat keputusan berdasarkan banyak faktor. 

Jaga rekod pembelian dan kewangan korang, dan siapa tahu, mungkin satu hari nanti, korang sendiri akan terkejut dengan apa yang korang boleh dapat dengan SpayLater. 

Bersabar dan bertindak bijak, tu kuncinya!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial