Macam mana nak dapatkan balik akaun facebook saya?

Step 1: Pergi ke halaman account

Halaman ni boleh korang cari kat facebook.com/login/identify. Kat sini, korang boleh search akaun korang dengan nama, email, atau phone number. 

Pastikan korang guna laptop atau phone yang pernah korang guna untuk log in akaun Facebook korang dulu.

Step 2: Ikut arahan yang keluar kat skrin

Lepas korang dah jumpa akaun korang, ikut je arahan yang keluar kat skrin untuk tukar password akaun korang. 

Kalau korang still ada akses ke email atau phone number yang link dengan akaun korang, korang boleh mintak code dari Facebook untuk log in balik.

dapatkan balik akaun facebook

Step 3: Dapatkan code dari kenalan dipercayai

Kalau korang tak ada akses ke email atau phone number yang link dengan akaun korang, jangan give up.

Korang still boleh dapatkan balik akaun korang dengan tolong Kenalan dipercayai. 

Kenalan dipercayai ni adalah member-member yang korang pilih dulu untuk backup korang kalau ada hal dengan akaun Facebook korang.

Untuk dapatkan code dari contact yang dipercayai, ikut step-step ni:

  • Dari laptop, pergi ke profile akaun yang nak recover
  • Klik ** bawah gambar cover
  • Pilih Cari sokongan atau report
  • Pilih Sesuatu yang lain, pastu klik Next
  • Klik Recover akaun ni dan ikut step-step
  • Hantar link yang Facebook bagi tu kat Kenalan Dipercayai korang dan suruh diorang bukak link tu
  • Link tu akan ada code untuk log in. Suruh Kenalan Dipercayai korang bagi code tu kat korang
  • Gunakan code dari Kenalan Dipercayai untuk masuk balik akaun korang

Step 4: Tukar password dan check aktiviti log in

Lepas dah dapat balik akaun Facebook korang, jangan lupa tukar password baru yang mantap dan susah nak teka.

Juga, check aktiviti log in akaun korang untuk tengok ada tak orang lain yang cuba masuk tanpa izin. Kalau ada aktiviti pelik-pelik, report kat Facebook dan log out sesi tu.

Itu je la tips yang aku nak share hari ni. Harap-harap membantu la untuk korang yang nak dapatkan balik akaun Facebook korang. 

Kalau ada apa-apa soalan atau komen, boleh drop kat bawah ni.

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..