Punca website korang jadi lembab

Hosting Murah

Hosting yang murah mungkin tak sesuai untuk website korang. Ia mungkin tak mampu handle traffic yang banyak.

Shared Hosting

Shared hosting bermaksud korang berkongsi sumber dengan website lain. Ini boleh menyebabkan website korang jadi lembab kalau website korang ada banyak visitor. 

Solusi

Pilih hosting yang berkualiti dan sesuai dengan keperluan korang. VPS atau dedicated hosting mungkin pilihan yang lebih baik kalau website korang pakai plugin yang banyak & ramai visitor. 

Punca 2: Gambar yang terlalu besar

Gambar kalau terlalu besar, memang akan buatkan website korang jadi slow, susah nak load gambar tu sebab nak kena download. 

Solusi

Optimize gambar dan video dengan tools yang sesuai. Contoh korang boleh guna ShortPixel. Size gambar yang sesuai ialah 50 kb kebawah. 

Punca 3: Terlalu banyak plugin

Plugin Berlebihan

Plugin yang banyak boleh buat website korang jadi lembab. Try pakai plugin 20 kebawah. Kalau nak pakai lebih usahakan untuk upgrade hosting. 

Plugin yang tak update

Plugin yang outdated juga boleh jadi masalah. Try buang, cari plugin yang selalu update. 

Solusi

Review dan padam plugin yang tak perlu. Gunakan plugin dari company yang betul betul jaga plugin diorang contoh macam Elementor. 

Punca 4: Cache

Tak guna cache

Tanpa cache, website korang akan load dari awal setiap kali ada orang access. Kalau website korang tak optimize memang lagi lembab la jawabnya. 

Solusi

Gunakan plugin cache macam WP OPTIMIZE atau WP ROCKET untuk create cache file pada website korang. 

Punca 6: CDN

Tak guna CDN

Tanpa CDN, pengguna yang jauh dari server korang akan jadi lambat bila nak access ke website korang.

Solusi

Gunakan CDN untuk lajukan content korang pada seluruh dunia. Ini pun kalau website korang international lah. Kalau untuk Malaysia je, tak perlu pakai CDN. 

Punca 7: Mobile Optimization

Tak mesra mobile

Website yang tak mesra mobile akan jadi lembab pada peranti mudah alih.

Solusi

Optimize website korang untuk mobile dengan responsive design.

Punca 8: Tak minify CSS & JavaScript

Tak minify css & javascript

File CSS dan JavaScript yang besar boleh menyebabkan website korang jadi lembab.

Solusi

Minify atau kompres file-file ini untuk lajukan loading. Banyak tools online yang boleh korang guna.

Punca 9: Tak guna Lazy Loading

Load Semua Gambar Sekali Gus

Kalau korang load semua gambar sekali gus, ia akan ambil masa yang lama.

Solusi

Guna teknik lazy loading untuk load gambar bila perlu sahaja. Ini akan lajukan website korang.

Punca 10: Tak guna browser caching

Tiada Browser Caching

Tanpa browser caching, pengguna akan download semua file setiap kali mereka lawat website korang.

Solusi

Set browser caching untuk simpan file di browser pengguna. Ini akan lajukan loading pada lawatan seterusnya.

Punca 11: Guna Elementor plugin tanpa optimize

Elementor ni plugin yang sangat bagus untuk design website korang, tapi kalau korang guna tanpa optimize plugin ni dengan betul, benda ni boleh jadi punca website korang jadi lembab. 

Jom kita fokus pada cara cara untuk optimize penggunaan Elementor:

  1. Matikan feature yang tak pakai: Elementor ada banyak feature yang menarik, tapi kalau korang tak pakai, lebih baik matikan je. Ini boleh lajukan website korang.

  2. Jangan overdesign: Walaupun Elementor membolehkan korang design dengan bebas, jangan overdo. Design yang terlalu kompleks boleh beratkan website korang.

  3. Kurangkan widget yang tak perlu: Widget yang banyak boleh slow down website korang. Review dan padam yang tak perlu.

  4. Disable Gutenberg kalau tak guna: Kalau korang tak guna Gutenberg, disable je. Ini boleh lajukan website korang.

  5. Guna versi pro kalau perlu: Kalau korang serius nak guna Elementor, pertimbangkan untuk upgrade ke versi Pro. Ia datang dengan lebih banyak optimization options.

  6. Guna theme “Hello Elementor”: Theme ni dikhususkan untuk pengguna Elementor. Theme ni ringan & integrated dengan Elementor plugin. So kalau korang pengguna Elementor, rekemen untuk pakai theme ni. Kalau guna theme lain, dia akan menambah nambah code yang tak perlu & dah ada dalam Elementor plugin. 

Punca 11: Korang guna Google AdSense

Iklan melalui Google AdSense biasanya datang dalam bentuk media yang berat macam gambar atau video. 

Benda ni boleh menyebabkan website korang jadi lembab, terutamanya kalau korang letak banyak iklan dalam satu halaman.

Bukan itu je, script yang digunakan Google AdSense untuk iklan juga boleh ambil sumber yang banyak macam cpu & ram server. So benda ni boleh slow downkan website korang.

Jadi, apa solusinya? Korang boleh cuba beberapa cara ni:

  1. Optimize penempatan Iklan: Letakkan iklan di tempat yang strategik dan jangan berlebihan. Terlalu banyak iklan boleh ganggu pengalaman pengguna dan slow down website korang.

  2. Monitor prestasi Iklan: Gunakan tools untuk monitor prestasi iklan korang. Kalau iklan tu slow down website korang, pertimbangkan untuk buang atau ganti dengan iklan lain.

  3. Guna Lazy Loading untuk iklan: Seperti gambar, korang boleh guna teknik lazy loading untuk iklan. Ini bermaksud iklan hanya akan load bila pengguna scroll sampai ke tempat iklan tu. 

  4. Pastikan Mesra Mobile: Jangan lupa untuk pastikan iklan korang support untuk mobile. Benda ni penting sebab semakin ramai pengguna bukak internet guna mobile je. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..