Logo Hackers Malaysia Community

Bila sebut je pasal hacker, mesti ramai yang terus fikir hacker tu orang yang jahat kan. Tapi sebenarnya, Hacker yang ada di Malaysia ni dah ebih daripada tu. Sebenarnya ada ramai je Hackers Malaysia yang gunakan skill diorang untuk tujuan yang positif dan bagi impak yang sangat besar dalam dunia security online.

First korang kena fahamkan dulu apa sebenarnya Hacker ni. Secara mudahnya, Hacker adalah orang yang pandai dalam bidang IT macam komputer, sistem, dan teknologi. Diorang biasanya suka explore dalam apa sahaja sistem untuk mencari kelemahan yang ada. Tapi, hacker ni ada dua jenis:

  • White Hat Hacker (hacker baik): Diorang ni biasanya akan gunakan skill diorang untuk bantu orang lain. White hat hacker ni akan cari kelemahan yang ada dalam sistem, lepas tu dia akan buat report supaya owner sistem tu boleh baiki sebelum ada masalah besar. White Hat Hacker bekerja dengan syarikat.
  • Black Hat Hacker (hacker jahat): Ni pula adalah hacker yang gunakan skill diorang untuk tujuan yang tak baik. Diorang ni biasanya gunakan skill yang ada untuk curi data, rosakkan sistem, atau exploit kelemahan untuk kepentingan diri sendiri. Biasanya kita panggil sebagai scammer.

Dekat Malaysia ni, kebanyakan Hacker adalah lebih kepada White Hat Hacker yang mana diorang akan gunakan ilmu dan skill yang ada untuk buatkan segala sistem digital dalam Malaysia ni menjadi lebih selamat. Tapi yela, benda benda macam ni biasanya tak diwar warkan dalam media, so memang lah kita jarang jarang dengar kan. Yang biasa di war warkan oleh media adalah Black Hat Hacker a.k.a Scammer.

Ramai je yang fikir hacker ni jahat, tapi sebenarnya tak semua hacker tu jahat! Hacker ni sebenarnya satu pekerjaan, yang biasanya kita panggil diorang ni sebagai penetration tester (pen testing). Pen tester ni pulak kerja dia adalah untuk improve security dan system, supaya black hat hacker tak dapat nak serang dan tembus sistem dengan mudah. Banyak je syarikat besar yang hire hacker untuk buat testing pada software dan system diorang. So, bila ada kelemahan atau vulnerability dalam sistem, hacker akan cari untuk bantu betulkan, sebelum ada orang lain yang tak bertanggungjawab exploit kelemahan tu.

Hackers Malaysia ni sebenarnya ada ramai je hacker yang bukan calang-calang. Diorang nilah yang menjadi barisan hadapan dalam dunia security siber, terutamanya dalam nak membantu syarikat dan agensi kerajaan untuk pastikan segala data dan sistem diorang ni selamat dari serangan online. Dengan ancaman macam ransomware dan DDoS attack yang makin menjadi jadi, Hackers Malaysia juga banyak bantu untuk elakkan sistem kita dari diceroboh.

Tapi, kebanyakan hacker dari Malaysia ni lebih suka buat kerja-kerja di belakang tabir. Diorang biasanya tak suka orang lain tahu siapa identiti diorang. Diorang lebih suka bersembunyi dibalik nama organisasi. Yela, Hacker ni pun ada life diorang juga. Dekat luar nampak macam orang biasa tapi dalam dunia digital, diorang ni lah Hacker.

Ramai je hacker yang buat aktiviti hacking pada website negara luar, khususnya website yang sebarkan berita palsu, menghina orang orang Islam, menjatuhkan Palestin dan macam macam lagi. Yang paling best, Hackers Malaysia ni juga la yang banyak leakkan database penting dari organisasi orang lain.

Tak lupa juga bagi Hacker yang terlibat dengan DDoS attack (Distributed Denial of Service), yang mana teknik ni boleh ganggu operasi website dan sistem. Hacker macam ni sebenarnya boleh jadi merbahaya, sebab diorang kalau attack, memang attack kaw kaw punya pada sistem luar negara dan kadang-kadang boleh libatkan dalam Malaysia juga.

Tapi, dengan adanya security yang semakin advanced dan technology yang sentiasa di-upgrade, kerja-kerja hacking ni jadi semakin susah dari hari ke hari. Setiap hari, sistem security makin lama makin kuat sampaikan Hacker pun makin susah nak tembus masuk kedalam sistem, so hacker pun jadi tak mudah untuk buat kerja kerja hacking ni sesuka hati.

Bukan semua orang boleh jadi Hacker! Untuk jadi hacker yang hebat, korang memang kena jadi seorang yang kreatif gila, pandai programming, dan tahu dengan mendalam tentang cyber security. Hacker sebenar bukan sekadar main tekan-tekan butang je, tapi diorang kena ada kemampuan untuk berfikir di luar kotak. Sebab tu diorang boleh bypass system, cari vulnerability, dan exploit weaknesses dalam sistem yang nampak tak boleh disentuh. Kalau tak, macam mana nak hack sistem yang super complex?

Hacker Malaysia, contohnya, mesti dah lama belajar tentang network security, encryption, dan banyak lagi benda dalam cyber security. Diorang memang boleh trick sistem yang dah dijaga ketat dan find loopholes yang tak nampak oleh orang biasa. Perghhh, serius, skill diorang ni memang power!

Jadi, jangan ingat hacker ni penjenayah je. Diorang ni ada kemahiran yang tinggi dan kalau guna untuk tujuan yang betul, boleh buat dunia cyber lebih selamat. Banyak yang jadi pen tester dan security consultant, bagi syarikat-syarikat besar betulkan kelemahan dalam sistem diorang. Bukan semua hacker guna ilmu untuk buat benda jahat.

Hackers Malaysia bukan sekadar nama, tapi merujuk kepada sebuah group dalam Facebook yang sangat aktif. Dalam HMC, ahli komuniti ni bukan sekadar berkongsi ilmu hacking semata-mata, tapi kami juga membangunkan portal yang penuh dengan info penting untuk rakyat Malaysia. Portal ni bukan je jadi tempat untuk kita belajar pasal security, tapi juga untuk dapatkan info terkini tentang perkembangan dunia cyber security, tips penetration testing, dan pelbagai lagi.

Setiap hari, ramai je yang akan post tips, tools, dan tricks untuk sesama ahli. Selain tu, pihak kami juga selalu update pasal perkembangan hacker-hacker yang ada dalam Malaysia ni, dan juga berita terkini mengenai security dan hacking. Kami lebih fokus pada bidang security dan scam.

Ramai sebenarnya Hackers buat channel Telegram diorang sendiri, di mana diorang ni akan berkongsi segala aktiviti hacking dan projek yang diorang tengah buat. Kami juga ada Channel Telegram sendiri, Hackers Malaysia Official. Kat dalam Telegram ni, kami sentiasa update antara segala yang berkaitan dengan isu-isu terkini dalam dunia teknologi dan security.

Selain daripada Facebook dan Telegram, Hackers Malaysia juga ada banyak aktiviti online dan offline. Contohnya macam event macam MySecCon (Malaysia Security Conference), yang jadi tempat bagi semua hacker dan profesional security untuk berkumpul dan share ilmu. Kat sini juga ada aktiviti menarik macam Capture The Flag (CTF) yang menguji kepandaian dan skill hacker dalam menyelesaikan masalah dunia siber.

Hackers Malaysia ni bukan je hebat dalam bidang hacking, tapi ramai je yang aktif dalam bidang pendidikan. Diorang ni suka buat seminar, online workshop, dan training untuk ajar orang ramai macam mana nak jaga security dalam dunia digital. Banyak juga hacker yang terlibat dalam projek open-source yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa bayar satu sen pun. Diorang guna biasanya akan guna platform community untuk bantu orang ramai fahamkan betapa pentingnya security online ni.

Tapi, korang kena selalu beware juga! Ada ramai je orang yang mengaku diri diorang ni sebagai hacker, padahal sebenarnya diorang ni scammer je. Biasanya diorang ni boleh jadi licik, mengaku boleh bantu hack sistem, curi data, atau buat kerja yang merosakkan sistem. Jangan mudah percaya kalau ada orang yang mengaku boleh tolong hack sistem korang atau offer servis hacking. Sebab, ramai yang sebenarnya hanya nak scam dan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. So, pastikan korang berhati-hati dan jangan sesekali terjebak dengan orang-orang yang berlagak macam hacker.

Black Hat Hacker atau digelar sebagai Scammer

Portal Hackers Malaysia ni merujuk kepada Hackers Malaysia Community (HMC), satu group yang aktif dalam di Facebook. Dalam HMC, kami bukan sekadar bina community, tapi kami juga membangunkan sebuah portal yang lengkap dengan pelbagai info penting, khususnya untuk rakyat Malaysia. Portal ni bukan je tempat untuk korang belajar pasal security, tapi juga untuk korang dapatkan info terkini tentang perkembangan dunia cyber security, tips penetration testing, dan macam macam lagi.

Dari masa ke masa, HMC akan buat kempen kesedaran supaya rakyat Malaysia jadi lebih peka dengan cyber security dan bagaimana caranya untuk korang protect diri korang sendiri. Kami juga sentiasa update tentang segala aktiviti aktiviti hacking yang dijalankan.

Dalam Hackers Malaysia Community, ada ramai yang buat aduan yang mana mereka ni dah menjadi mangsa scammer. Ada yang pernah kena ugut dengan scammer yang mengaku sebagai hacker, dan ada juga kes di mana mangsa diugut dengan gambar bogel yang kononnya mereka dah ambil tanpa izin. Scammer ni biasanya akan guna taktik macam ni untuk dapatkan duit dengan memeras ugut mangsa. Selain tu, ada juga kes yang mana data peribadi mangsa dicuri dan digunakan untuk tujuan yang salah.

Kami sentiasa memberi perhatian kepada kes-kes seperti ini dan menyediakan platform untuk orang ramai melaporkan aktiviti penipuan atau scam. Kami akan cuba bantu dengan memberi nasihat dan tindakan yang perlu untuk mengelakkan orang lain menjadi mangsa. Dalam banyak kes, kami menasihatkan mangsa supaya lapor kepada pihak berkuasa dan jangan beri apa-apa maklumat pada scammer tu. Jangan mudah terpengaruh dengan orang yang mengaku boleh hack sistem atau bantu selesaikan masalah dengan cara yang meragukan.