Privacy Policy
Last Updated 4-01-2025

Polisi privacy HackersMalaysia.com
Selamat datang ke halaman polisi privacy HackersMalaysia.com! Di sini, kami ingin menjelaskan jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan dan rekod di website ini, serta bagaimana kami melindungi privacy anda.
Data yang kami kumpulkan
Semua data yang kami kumpulkan adalah sepenuhnya anonymous. Kami menggunakan Google Analytics dan Google Adsense untuk mengumpul data analytics dan menyediakan iklan yang relevan kepada pembaca kami.
Maklumat yang anda berikan
Semasa mendaftar dan login ke portal kami, kami mengumpul maklumat seperti dibawah:
- Nama
- Nama pengguna (username)
- Password (Yang direka)
Kami menggunakan maklumat ini untuk mengesahkan identiti anda dan memberikan akses ke akaun anda.
Berhenti melanggan
Anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa dengan mengklik pada link yang diberikan untuk berhenti melalui email yang kami hantar kepada anda.
Komitmen privacy kami
Kami berjanji untuk melindungi privacy anda dan hanya akan menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk tujuan yang dinyatakan sahaja. Kami juga mengambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan untuk memastikan maklumat peribadi anda sentiasa dilindungi.
Pertanyaan atau masalah?
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah mengenai privacy kami, jangan ragu untuk menghubungi kami dengan menghantar e-mel kepada kami di [email protected].
Keselamatan dan kepercayaan
Kami MENJAMIN bahawa HackersMalaysia.com selamat untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Portal ini tidak mengandungi sebarang malware atau perisian yang tidak selamat. Kami komited untuk mengekalkan standard privacy yang tinggi dan sentiasa mengikuti peraturan privacy yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Login dan logout
Apabila anda login ke portal kami, kami akan menyimpan maklumat sesi (session) anda untuk memastikan anda kekal log masuk sehingga anda memilih untuk log keluar. Apabila anda log keluar, sesi ini akan tamat dan anda perlu login semula untuk mengakses akaun anda.
Keselamatan akaun anda
Kami menggunakan enkripsi dan langkah-langkah keselamatan lain untuk melindungi password dan maklumat akaun anda. Pastikan anda tidak berkongsi maklumat login anda dengan sesiapa untuk mengelakkan akses tidak sah.
Maklumat mengenai password
Untuk memastikan keselamatan akaun anda, kami memerlukan anda untuk mencipta password yang unik dan khas untuk portal HackersMalaysia.com. Kami tidak mengesyorkan menggunakan password yang sama seperti yang anda gunakan untuk akaun email atau perkhidmatan lain.
Berikut adalah beberapa tips untuk mencipta password yang selamat:
- Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor, dan simbol.
- Elakkan menggunakan password yang mudah diteka seperti “password” atau “123456”.
- Cipta password yang panjangnya sekurang-kurangnya 8 aksara.
- Jangan kongsikan password anda dengan sesiapa sahaja.
- Tukar password anda secara berkala untuk meningkatkan keselamatan akaun anda.
Dengan mencipta password yang unik dan selamat, anda membantu kami melindungi maklumat peribadi dan memastikan pengalaman anda di portal kami adalah selamat dan menyenangkan.
Kemas kini polisi privacy
Dari masa ke semasa, kami mungkin akan mengemas kini polisi privacy ini untuk memastikan ia relevan dan sesuai dengan peraturan semasa. Kami akan memberitahu anda tentang sebarang perubahan melalui e-mel atau pemberitahuan di website kami. Anda tidak perlu risau kerana kami hanya memerlukan alamat e-mel anda dan tiada data sensitif diperlukan.
VPN dan keselamatan sistem
Untuk memastikan keselamatan network kami, kami menasihatkan supaya tidak menggunakan VPN semasa mengakses website kami. Penggunaan VPN boleh menyebabkan sistem keselamatan kami akan block alamat IP anda.