Korang mesti pernah terfikir, kenapa korang tak boleh nak install app terus dari browser kat phone? Kenapa benda ni dilarang dan tak digalakkan oleh pakar pakar Cyber Security. Kan senang je kalau nak install app tanpa fikir panjang. Tapi ada benda yang korang kena tahu, install app dari browser sebenarnya boleh mendatangkan risiko yang korang tak nampak.

Dalam artikel ni, kami nak bagi tahu 12 sebab kenapa korang tak boleh sesuka hati nak install app dari browser, dan apa bahaya yang tersembunyi di sebaliknya, terutamanya untuk mobile. So, jom baca sampai habis, sebab perkara ni korang kena aware!

1. Korang mungkin ter download malware tanpa sedar

Kalau korang install app terus dari browser tanpa korang check, ada risiko yang tinggi untuk korang download malware atau virus. Malware ni boleh merosakkan sistem korang, curi data penting, atau hijack device korang. Kebanyakan app yang korang boleh jumpa kat browser tu sebenarnya dah diubah suai untuk tujuan yang tak baik. Dan setiap app yang korang download tu tak dipantau oleh sesiapa. So benda ni memang bahaya. Jadi, kalau korang main click saja, korang boleh alami kerugian yang teruk.

tak boleh install app dari browser

2. Apps tak ori, boleh jadi yang korang download tu fake apps

Korang tak boleh nak pastikan kesahihan app yang korang install tu kalau daripada browser. Kadang-kadang, ada fake apps yang nampak macam sama macam app yang asal, tapi sebenarnya direka untuk menipu korang. App macam ni biasa nya ada feature untuk dapatkan maklumat peribadi, access contact atau buatkan korang rugi sebab duit boleh tiba tiba hilang. Sebab tu, penting sangat untuk korang download app hanya dari platform rasmi seperti Google Play Store atau Apple App Store.

3. Kelemahan keselamatan dalam sistem

App yang korang install dari browser tak melalui proses keselamatan yang betul. Di Google Play Store atau App Store, ada system screening yang akan pastikan app tu selamat untuk korang guna. Tapi kalau korang ambil dari browser secara direct, tak ada siapa yang check, jadi risiko untuk exploit atau vulnerabilities akan jadi lebih tinggi.

4. Mungkin kena serang melalui phishing

Phishing ni bila seseorang cuba tipu korang supaya bagi maklumat peribadi atau login details. App yang korang install dari browser mungkin boleh jadi salah satu phishing sebab design dia memang nampak macam website asli atau app sah. Lepas korang install, app tu boleh access data korang untuk tujuan penipuan. Ini satu risiko besar yang korang kena hati-hati.

5. App tak boleh diupdate, boleh berbahaya

App yang di-download dari browser mungkin tak dapat updates secara automatik. Jadi, kalau ada bug atau vulnerability yang ditemui dalam app tu, korang takkan dapat patch untuk selamatkan device korang. Berbeza dengan app daripada Google Play atau App Store yang sentiasa dapat update dan security fixes. Bila tak update, korang lebih mudah terkena serangan.

6. Privacy korang boleh terdedah

Bila korang install app dari browser, privacy data korang berisiko tinggi untuk terdedah kepada orang yang tak dikenali. App yang sah di platform rasmi selalunya memang akan ada privacy policy yang jelas, tapi kalau korang download dari browser, app ni mungkin tak peduli langsung tentang data privacy. Dia mungkin akan collect atau share data korang dengan pihak ketiga yang tak dikenali tanpa pengetahuan korang.

7. Boleh jejaskan performance device

App yang korang install dari browser juga boleh jadi sangat berat untuk sistem korang. Ada kemungkinan app tu akan makan banyak resources (macam RAM, processor) yang boleh buat device korang jadi slow atau crash. Kalau app tu tak stabil, ia boleh buat device hang atau buatkan aplikasi lain tak berfungsi dengan baik.

8. Tak ada review atau rating untuk rujukan

Salah satu kelebihan Google Play Store atau App Store adalah korang boleh tengok review dan rating daripada pengguna lain sebelum install. Korang boleh tengok kalau app tu betul-betul berfungsi, atau ada masalah dengan security. Tapi bila korang install dari browser, tak ada sistem rating atau feedback, jadi korang tak tahu app tu bagus ke tak. Korang boleh jadi tertipu dengan app yang nampak bagus tapi sebenarnya tak boleh pakai.

9. Boleh langgar terma dan syarat

Sesetengah app yang korang install dari browser mungkin melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh platform yang lebih besar seperti Google atau Apple. Kalau korang install app yang tak sah atau yang melanggar guidelines platform, bukan sahaja device korang boleh jadi terdedah kepada risiko, malah korang mungkin kena ban dari platform tersebut kalau diketahui menginstall app yang melanggar polisi mereka.

10. Boleh menyebabkan sistem korang rosak

App yang korang ambil dari browser tak terjamin akan bekerja dengan baik di device korang. Ada kemungkinan app tu corrupt fail-fail dalam sistem, atau menyebabkan crash pada aplikasi lain. Bila app tu tak ada sokongan yang betul, ia boleh menyebabkan corruption atau system failure yang akhirnya boleh buatkan data hilang.

11. Korang tak kenal pun siapa developer dia

Satu lagi bahaya yang besar kalau korang install app dari browser adalah korang tak tahu pun siapa developer yang buat app tu. Sebab tu, korang tak tahu sama ada developer tu betul-betul sah atau malicious. Kadang-kadang, app yang korang install mungkin dah dijadikan sebagai spyware untuk mengintip semua data korang dalam devices.

Spyware ni akan track aktiviti korang, ambil data peribadi, dan hantar ke server pihak ketiga tanpa pengetahuan korang. Ada juga kemungkinan app ni digunakan sebagai ransomware, iaitu malware yang encrypt data korang dan minta bayaran untuk unlock data tu. Memang boleh buat korang rugi besar kalau korang terjebak.

12. Google dan Apple tak check atau review app

Korang kena ingat, Google dan Apple memang ada system review yang sangat ketat untuk pastikan setiap app yang ada kat Play Store atau App Store memang selamat dan tak bahaya. Tapi kalau korang download app dari browser, Google atau Apple takkan dapat review app tu dan semua risiko atau tanggungan korang sendiri. Jadi, tak ada siapa yang betul-betul nak pastikan app tu selamat, dan korang berisiko untuk dapat app yang boleh mengundang bahaya.

tak boleh install app dari browser

Jadi, kenapa korang tak patut install app dari browser?

Sekarang korang dah tahu kan kenapa install app dari browser boleh bahaya, terutamanya untuk mobile? Tak kira apa alasan, kalau boleh elakkan, jangan sesekali install app dari sumber yang tak sah. Ada banyak risiko yang korang boleh elakkan kalau korang download app hanya dari tempat yang betul seperti Google Play Store atau Apple App Store.

So, kalau korang nak pastikan keselamatan dan privacy korang terjaga, pastikan korang hanya download app dari platform rasmi. Kalau tak, korang mungkin akan expose device korang kepada hacker, malware, dan banyak lagi risiko lain. Jangan terlalu teruja nak cuba app baru, fikirkan keselamatan dulu!

Tips untuk korang: Kalau korang masih ragu-ragu, selalu pastikan app yang korang nak install tu ada rating yang baik, review positif, dan dari sumber rasmi. Lagi satu, selalu check permissions yang diminta oleh app sebelum install. Jangan bagi akses yang tak perlu, macam akses kamera atau microphone, kalau app tu tak perlukan.

So, jaga device korang, jaga data korang, dan sentiasa berhati-hati dalam dunia digital ni! Hanya download app dari Google Play Store atau Apple App Store sahaja!

One Comment

Tinggalkan Pendapat Anda