Kad kredit memang satu kemudahan yang banyak membantu kewangan korang kalau korang pandai guna dan uruskan. Korang boleh beli barang, makan sedap-sedap, dan bayar nanti. Tapi, kalau korang tak disiplin dan terlepas bayar, ia boleh jadi satu beban yang besar.
Bagi korang yang tak pasti apa akibatnya kalau tak bayar kad kredit, kami akan jelaskan dalam artikel ni dengan lebih mendalam.
1. Denda lewat bayar yang makin lama makin tinggi
Bila korang tak bayar kad kredit on time, korang akan dikenakan denda lewat bayar.
Denda ni biasanya sekitar 1-3% daripada jumlah baki tertunggak atau RM10-RM50, mana yang lebih tinggi. Pada mulanya, jumlah ni mungkin nampak kecil, tapi kalau korang terus tak bayar, denda ni akan terkumpul dan jadi semakin besar.
Denda lewat bayar juga boleh dikenakan setiap bulan selagi korang tak selesaikan baki tertunggak tu. Korang kena ingat, duit yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain, kini terpaksa digunakan untuk bayar denda ni.
2. Kadar interest akan melambung tinggi
Kad kredit memang terkenal dengan kadar interest yang tinggi, lebih-lebih lagi kalau korang tak bayar penuh setiap bulan. Kadar faedah bulanan bagi kad kredit biasanya sekitar 15% hingga 18% setahun, tapi kalau korang terlepas bayar, interest ni boleh naik jadi lebih tinggi.
Interest ni akan dikenakan ke atas baki tertunggak, dan caj ini akan terus dikenakan selagi korang belum jelaskan hutang korang. Sebagai contoh, kalau korang ada baki tertunggak RM5,000 dan kadar interest nya 18% setahun, korang akan dikenakan faedah RM75 sebulan.
Bayangkan kalau korang tak bayar selama beberapa bulan—interest ni akan menambahkan hutang korang dari masa kesemasa.

3. Skor kredit korang boleh terjejas teruk
Setiap kali korang tak bayar kad kredit tepat pada masanya, benda ni akan direkodkan dalam laporan kredit korang iaitu CCRIS & CTOS. Bila korang terlepas bayar, skor kredit korang akan jatuh.
Skor kredit yang rendah ni boleh menyebabkan korang susah nak apply pinjaman dimasa akan datang. Semua institusi kewangan akan melihat korang sebagai seorang peminjam yang berisiko tinggi, dan korang mungkin dikenakan syarat yang lebih ketat atau kadar interest yang lebih tinggi kalau korang cuba nak buat pinjaman.
4. Kad kredit korang boleh dibekukan
Kalau korang MASIH lagi tak bayar jugak segala baki yang tertunggak, bank boleh bertindak dengan membekukan kad kredit korang. Bila kad korang dibekukan, korang tak boleh lagi guna kad tu untuk sebarang transaksi, walaupun korang ada baki kredit yang masih boleh digunakan.
Situasi ni memang boleh jadi sangat menyusahkan, lebih-lebih lagi kalau korang bergantung kepada kad kredit untuk kecemasan atau perbelanjaan harian. Kad kredit yang dibekukan juga memberi isyarat kepada bank bahawa korang mungkin tidak mampu untuk mengurus kewangan korang dengan baik.
5. Hutang korang akan dijual kepada Debt Collector
Kalau korang terus tak bayar walaupun dah berkali-kali diingatkan oleh pihak Bank, diorang mungkin akan ambil langkah seterusnya iaitu menjual hutang korang kepada Debt Collector. Agensi ni memang ditugaskan untuk mengejar korang sehingga korang bayar hutang tu.
Debt Collector biasanya akan hubungi korang berkali-kali melalui telefon, emel, atau surat. Dalam kes tertentu, mereka mungkin akan datang ke rumah atau tempat kerja korang. Cara mereka mungkin agak agresif, dan ini boleh menyebabkan korang rasa tertekan dan malu.
Debt Collector juga boleh mengenakan caj tambahan untuk kos pengutipan, yang akan menambah lagi beban kewangan korang.
6. Tindakan mahkamah akan diambil terhadap korang
Kalau hutang korang masih tak diselesaikan walaupun selepas dihantar kepada Debt Collector, langkah seterusnya yang mungkin diambil adalah tindakan undang-undang melalui Mahkamah. Bank atau agensi pengutip hutang boleh memfailkan saman terhadap korang di mahkamah.
Kalau korang kalah dalam kes ni, mahkamah akan mengarahkan korang untuk membayar jumlah hutang yang tertunggak bersama dengan kos mahkamah dan peguam. Ini boleh menyebabkan jumlah yang perlu dibayar menjadi jauh lebih besar daripada hutang asal.
Malah, korang juga berisiko untuk mempunyai rekod tindakan undang-undang yang akan terus mencemarkan rekod kewangan korang sampai bila bila. Bila benda ni terjadi, semakin susah la korang nak buat pinjaman dengan mana mana bank.
7. Risiko kehilangan harta benda
Ini yang paling akhir, kalau korang masih lagi tak bayar jugak, korang akhirnya akan di declare backrup terus jika hutang korang melebihi RM100K. Semua harta benda korang akan disita.
Contohnya, kereta, rumah, atau sebarang aset lain yang korang miliki akan dilelong untuk membayar hutang yang ada. Kehilangan harta benda ni bukan saja akan menyebabkan korang kehilangan aset penting, tapi akan mengganggu juga kehidupan harian korang. Selain tu, korang mungkin perlu pindah keluar dari rumah yang dilelong atau berhadapan dengan kepayahan untuk pergi bekerja tanpa kereta.

8. Tekanan emosi sepanjang masa
Bila semua dah tak ada, korang akan hidup dalam keadaan TERTEKAN. Semua benda akan di kawal. Korang tak boleh beli barang sesuka hati, korang tak boleh keluar negara dan macam macam lagi.
Masalah kewangan ni boleh merosakkan hubungan korang dengan keluarga dan kawan kawan, dan akan menjejaskan kualiti hidup korang secara keseluruhan. Sesetengah orang mungkin akan mengalami masalah tidur, hilang selera makan, atau bahkan akan jadi kemurungan akibat tekanan yang korang alami.
Kesimpulan
Kad kredit memang membantu tapi kalau korang tak pandai nak manage, memang akan jadi satu mala petaka yang besar untuk jangka masa yang panjang.
Daripada dikenakan denda lewat bayar, kadar interest yang tinggi, skor kredit yang terjejas, hingga risiko kehilangan harta benda—semua ni boleh dielakkan kalau korang bayar kad kredit on time. Jaga kewangan korang dengan baik supaya korang tak terperangkap dalam lingkaran hutang yang susah untuk dilepaskan.
Adakah artikel ini membantu?