Zaman sekarang ni, handphone bukan sekadar alat komunikasi. Handphone dah jadi tempat untuk kita simpan segalanya, dari gambar peribadi, mesej rahsia, sampai ke akaun bank. Tapi, bila melibatkan undang-undang, persoalan penting yang korang kena tahu, boleh ke polis rampas atau check handphone kita? Jawapannya, boleh, tapi ada syarat-syarat tertentu. Jangan panik, bila polis minta handphone, kita open table dulu dengan polis.

Polis hanya boleh ambil handphone kalau ada alasan munasabah

Tak semua situasi membolehkan polis sewenang-wenangnya rampas handphone korang. Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa polis hanya boleh ambil handphone kalau ada alasan yang munasabah. Terutama jika korang disyaki sebagai terlibat dalam aktiviti jenayah. Ini bermaksud, polis kena ada bukti yang kukuh untuk syak korang ni mungkin terlibat dalam jenayah, atau handphone korang ada maklumat yang penting untuk siasatan. Contohnya, kalau korang disyaki terlibat dalam kes jenayah macam penipuan, penyebaran maklumat palsu, judi dan video lucah kanak kanak, barulah handphone korang boleh dirampas.

Alasan yang munasabah ini penting untuk elakkan pihak berkuasa ni salah guna kuasa. Kalau polis gagal beri sebab yang jelas atau alasan tak munasabah, korang ada hak untuk mempertahankan privasi korang. At least polis tu kena cerita dulu apa sebab dia tahan korang. Undang-undang tak bagi polis ambil barang peribadi sesuka hati tanpa asas kukuh.

Boleh ke polis ambil handphone kita? Ini yang korang kena tahu

Waran mahkamah adalah asas utama

Kalau polis nak ambil atau periksa handphone korang, selalunya dorang kena ada waran mahkamah. Waran ni adalah dokumen rasmi yang diberikan oleh mahkamah untuk membenarkan polis geledah atau rampas barang korang. Waran ini bukan boleh dikeluarkan sembarangan, benda ni mesti melalui proses undang-undang yang sah, dan hanya dikeluarkan bila ada bukti yang cukup untuk menyokong permohonan polis.

Tapi, ada juga situasi tertentu di mana polis tak perlukan waran untuk rampas dan check handphone korang. Contohnya, kalau ada situasi kecemasan dari aktiviti jenayah, polis boleh bertindak dengan segera tanpa perlu menunggu waran.

Tapi tindakan ini mesti boleh dibuktikan secara berasas, bukan dengan alasan yang remeh-temeh. Contohnya korang ditahan sebab tak ada roadtax, tiba tiba polis nak check handphone korang, so memang tak boeh lah jawabnya sebab kes korang tak ada kaitan dengan kes jenayah yang melibatkan handphone. Kalau polis buat tanpa alasan yang jelas dan tanpa waran, korang boleh cabar tindakan tu di mahkamah.

Apa jadi kalau polis ambil handphone korang?

Kalau polis ambil handphone korang, mereka tak boleh terus gunakan maklumat dalam tu tanpa had. Polis terikat dengan undang-undang, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang melindungi privasi rakyat. Sebarang data yang diambil daripada handphone korang mesti digunakan hanya untuk tujuan siasatan, bukan untuk kegunaan peribadi atau dikongsi sesuka hati.

Sebagai contoh, polis mungkin nak akses mesej atau log panggilan dalam handphone korang untuk siasatan kes tertentu. Tapi, ini tak bermaksud mereka boleh selongkar semua gambar peribadi atau maklumat sensitif lain tanpa sebab. Kalau korang rasa privasi korang diceroboh, korang ada hak untuk buat aduan atau ambil tindakan undang-undang.

Hak korang bila berdepan dengan situasi ini

Korang sebagai rakyat ada hak yang dilindungi oleh undang-undang. Kalau polis nak ambil handphone korang, korang berhak tahu apa sebabnya. Jangan takut untuk bertanya, “Kenapa handphone saya diperlukan? Apa kaitannya dengan kes ini?” Kalau korang rasa alasan yang diberi tak jelas, korang berhak minta polis tunjukkan waran.

Kalau polis tak ada waran, korang boleh tanya lagi, “Adakah ini situasi kecemasan? Kalau ya, boleh terangkan ancamannya?” Soalan-soalan macam ni penting untuk pastikan polis tak salah guna kuasa. Zaman sekarang ni ramai je polis salah guna kuasa. Kalau korang rasa hak korang dilanggar, jangan teragak-agak untuk dapatkan bantuan guaman. Kasi fight dekat Mahkamah.

Privasi adalah hak peribadi

Handphone korang bukan sekadar alat komunikasi, handphone adalah tempat untuk korang simpan benda-benda yang peribadi yang tak patut dilihat oleh orang lain tanpa sebab. Privasi adalah hak asasi yang diiktiraf dalam undang-undang Malaysia. Sebarang tindakan untuk mencabuli privasi korang mesti disokong dengan alasan kukuh dan sah.

Kesimpulan: Jangan panik, fahamkan hak korang

Kesimpulannya, polis memang ada kuasa untuk ambil handphone korang, tapi dengan syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang. Kalau dorang gagal ikut prosedur yang betul, korang ada hak untuk mempertahankan diri. Paling penting, jangan panik dan terus serah handphone korang tanpa faham situasi sebenar. Tanya soalan dulu, dapatkan penjelasan, dan pastikan korang tahu hak korang. Sharekan artikel ini kalau korang rasa bermanfaat. Komen kalau korang tahu sesuatu.

Tinggalkan Pendapat Anda