Korang mesti pernah dengar orang cakap pasal hack akaun social media, nak pecah masuk sistem, atau hack maklumat peribadi orang lain. Mungkin ada yang rasa macam kata kata tu semua macam hebat, tapi hakikatnya nak cari hacker ni satu kesalahan yang besar.

Tak kisah apa pun sebabnya, bila korang upah hacker, bend ni boleh makan diri korang sendiri. Ni kami nak explain kenapa korang tak patut cari hacker. Kalau korang rasa idea ni best, baca dulu sebab-sebab ni sampai habis.

1. Hack ni illegal, boleh kena penjara lama

Korang tau tak yang hack sistem orang lain tanpa kebenaran ni satu perkara yang melanggar undang-undang? Kalau korang kena tangkap atas sebab cuba nak hack apa-apa sistem, korang boleh dikenakan hukuman penjara.

Pihak berkuasa macam MCMC atau CyberSecurity Malaysia boleh track aktiviti korang. Fikir logik, diorang boleh jejak digital korang dan benda ni tak kan pernah hilang walaupun korang guna VPN atau private browsing. Kalau kerajaan bekerjasama dengan VPN memang lagi masak korang. Kari masak kicap terus jadinya. Sekali kena cekup, korang mungkin kena penjara atau dikenakan denda yang terlampau mahal. Tak worth langsung!

2. Scammer sentiasa mengaku dia hacker

Risiko kena tipu sangat tinggi bila korang nak hire hacker. Banyak scammer kat luar sana claim diri diorang ni sebagai hacker. Diorang janji boleh hack akaun, sistem, atau anything yang korang nak, tapi hujung-hujung duit korang yang lesap, kerja tak jadi. Benda ni dah banyak sangat jadi. Bila dah kena scam, diorang report pulak dengan portal Hackers Malaysia.

Ramai dah kena scam sebab percaya cakap-cakap hacker wannabe ni. Bila korang bayar, dia hilang macam tu je. Lebih malang lagi, ada yang guna maklumat korang untuk peras ugut balik. Tak pasal-pasal korang pula yang jadi mangsa. Sampai ada mangsa yang sanggup bagi gambar bogel sebab takut kena hack.

3. Hacker sebenar tak promote diri dia public

Fikir logik sikit. Hacker sebenar takkan promote diri dia secara public. Dia takkan offer servis hacking kepada orang ramai, sebab bukan macam tu kerja dia yang sebenar.

Kalau dia betul-betul hebat, kerajaan atau syarikat besar dah lama hire dia. Hacker yang korang jumpa kat forum online, social media, atau iklan murahan tu biasanya scammer atau poser je. Orang yang power dalam hacking ni low profile, dia tak go around beritahu orang yang dia boleh hack sana sini. Kalau korang jumpa orang yang mengaku hacker, besar kemungkinan dia bukan pun seorang hacker sebenar.

Jangan cari Hacker - 18 sebab yang korang perlu tahu
Photo by Sebastiaan Stam

4. Hacker tak boleh hack bank atau sistem besar

Hacker yang korang jumpa secara online tu biasanya akan claim dia boleh buat macam-macam, tapi korang kena faham, bukan semua sistem hacker boleh hack.

Especially bila korang cakap pasal bank atau institusi besar, sistem bank ni biasanya dilindungi dengan teknologi keselamatan yang sangat tinggi. So memang susah gila la nak hack. Korang boleh baca dekat sini untuk lebih jelas.

5. Korang sendiri boleh jadi mangsa

Bila korang hire hacker, korang bagi dia akses ke maklumat korang. Dalam diam-diam, hacker tu mungkin akan hack korang balik. Dia boleh ambil data peribadi korang, duit korang, atau akaun korang. Satu hari, korang bangun pagi tengok akaun korang dah hilang, phone korang dah kena hack, atau duit dalam bank tiba-tiba lesap. Nak salahkan siapa masa tu? Korang yang bagi laluan dekat hacker tu.

6. Tak ada jaminan hacker boleh deliver

Hacker ni bukan magician yang boleh buat semua benda. Tak semua sistem boleh dihack. Kalau ada yang mengaku, itu semua auta. Sekarang ni, teknologi keselamatan makin maju, ada firewall, encryption, dan macam-macam sekuriti layers yang susah nak tembus. So, bila korang upah hacker, tak ada jaminan pun dia boleh deliver. Korang mungkin expect result gempak, tapi akhirnya hasil dia zero. Duit korang terbang, masalah tak settle, dan korang stuck dalam situasi yang lebih teruk.

7. Aktiviti hack melibatkan moral dan etika

Korang mungkin fikir upah hacker ni tak ada masalah besar, tapi korang kena sedar benda ni tak beretika. Melanggar privasi orang lain, ambil data peribadi, dan kacau sistem orang lain semuanya salah dari segi moral. Kalau korang tak nak orang hack korang, buat apa korang nak hack orang lain? Setiap orang ada hak privasi, dan korang kena hormat tu. Nak hidup tenang, better stick dengan benda yang legal.

8. Boleh terbabit dalam jenayah siber besar

Bila korang hire hacker, korang tak tau apa agenda dia sebenarnya. Dia mungkin guna korang untuk buat kerja yang lebih besar, atau korang jadi umpan dalam rangkaian jenayah siber. Bila dia guna info korang untuk hack sistem lebih besar, dan kalau kantoi, korang yang terlibat sekali. Korang mungkin ingat korang buat benda kecil je, tapi dalam diam korang terheret dalam kes yang jauh lebih besar.

9. Data korang boleh kena jual dalam darkweb

Kalau korang bagi maklumat atau akses kepada hacker, tak mustahil data peribadi korang dijual di darkweb. Korang ingat hacker tu akan buat kerja jujur ke? Dia mungkin akan gunakan data korang untuk jual pada pihak ketiga. Data korang macam username, password, gambar gambar private, nombor kad kredit, semua tu laku kat pasaran gelap. Sekali dah kena jual, tak ada jalan untuk korang dapat balik data tu.

10. Kerja hack ni berisiko tinggi

Even kalau korang berjaya hire hacker yang betul, korang kena faham yang kerja hacking ni sangat berisiko tinggi. Setiap masa ada risiko sistem yang dia tak boleh hack, atau dia akan kantoi dengan pihak berkuasa masa tengah buat kerja. Bila benda ni jadi, korang yang akan tanggung akibat. Pihak berkuasa akan mula siasat, dan nama korang mungkin akan terlibat dalam kes yang besar.

11. Ada jalan legal yang lebih selamat

Kalau korang ada masalah digital, sebenarnya ada jalan legal yang lebih selamat. Kalau akaun social media korang kena hack, contact support team platform tu. Kalau ada isu dengan syarikat besar, report terus ke pihak berkuasa atau ambil langkah legal. Banyak syarikat besar sekarang ada team cybersecurity yang boleh bantu korang. Nak selesaikan masalah tanpa risiko kena tangkap atau duit hilang, pilih cara yang sah.

12. Reputasi korang boleh hancur

Sekarang ni, dunia digital bergerak laju. Sekali cerita tersebar yang korang cuba upah hacker, reputasi korang boleh hancur sekelip mata. Orang akan mula pandang serong, especially kalau korang ada bisnes, klien, atau kerja yang libatkan trust. Kawan-kawan mungkin akan menjauh, bos pun boleh hilang kepercayaan. Dunia maya tak ada privasi – benda ni boleh tersebar jauh lebih cepat daripada yang korang jangka. Dan bila reputasi dah rosak, susah gila nak pulihkan balik.

13. Korang mungkin jadi target balik

Pernah terfikir tak yang bila korang upah hacker, korang sendiri boleh jadi target balik? Dunia hacking ni bukan macam filem – hacker sebenar biasanya ada geng atau komuniti tersendiri. Bila korang mula masuk dalam dunia ni, especially kalau korang buat deal dengan hacker yang salah, tak mustahil korang akan jadi sasaran pula. Boleh jadi korang kena hack semula, atau lebih teruk, dia leak maklumat korang kepada orang lain.

14. Bank atau syarikat besar tak semudah tu untuk dihack

Ramai orang terpedaya bila hacker claim dia boleh hack bank, sistem syarikat besar, atau government. Realitinya, sistem macam ni ada sekuriti level tinggi. Ada firewall, encryption, multi-factor authentication, semua ni designed untuk halang percubaan hack. So, bila hacker yang korang upah tu janji dia boleh hack bank, sebenarnya dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap. Jangan mudah percaya. Kalau sekuriti bank tu mudah dihack, takkan lah setiap hari berjuta orang boleh simpan duit dengan selamat, kan?

15. Orang yang pandai hack bukan kerja freelance

Ni satu lagi benda yang ramai tak tahu. Kalau ada orang yang betul-betul power dalam hacking, dia tak akan kerja sebagai freelancer yang promote diri kat platform macam Instagram atau Telegram. Dia dah lama kena recruit oleh syarikat besar atau kerajaan. Orang yang skillful dalam bidang ni biasanya kerja di belakang tabir untuk jaga sekuriti syarikat besar, agensi keselamatan, atau platform teknologi. Korang ingat senang nak jumpa hacker power secara open? Salah besar!

16. Tersalah hack boleh bawa akibat yang lebih besar

Bila korang upah hacker, korang tak tahu apa yang dia sebenarnya hack. Tersalah hack boleh libatkan korang dalam kes besar. Mungkin niat korang cuma nak hack akaun social media, tapi hacker tu salah hack akaun orang penting atau sistem syarikat besar. Bila benda ni terjadi, korang pun terheret dalam masalah yang jauh lebih besar dari apa yang korang bayangkan. Pihak berkuasa tak akan tanya niat korang, dia akan terus heret korang ke mahkamah.

Jangan cari Hacker - 18 sebab yang korang perlu tahu
Photo by Tima Miroshnichenko

17. Banyak hacker fake guna nama hacker sebenar

Korang kena tahu yang banyak scammer guna nama hacker terkenal untuk tipu orang. Mereka buat profil palsu, letak gambar yang nampak professional, dan claim mereka boleh hack apa saja. Padahal, hacker sebenar yang nama mereka guna tu langsung tak ada kaitan. Korang boleh jadi mangsa scam hanya sebab percaya kepada profil palsu yang nampak legit.

18. Privasi korang sendiri dalam bahaya

Bila korang hire hacker, tak mustahil privasi korang sendiri akan tergadai. Korang mungkin terpaksa kongsi maklumat peribadi dengan hacker tu untuk dia buat kerja. Dalam proses tu, hacker tu boleh guna maklumat korang untuk kepentingan dia sendiri. Nak selamat, jangan pernah share maklumat peribadi atau sensitive dengan orang yang korang tak kenal, apatah lagi seorang hacker.

Hacker bukan solusi, dia masalah

Setiap kali korang fikir nak upah hacker, fikir balik apa risiko yang korang ambil. Hacker bukanlah solusi yang selamat atau bijak untuk apa-apa masalah korang, sebab risiko dia jauh lebih besar dari apa yang korang sangka. Jangan ambil langkah yang boleh rosakkan masa depan dan reputasi korang sendiri. Ada banyak cara legal dan selamat untuk selesaikan masalah – tak perlu libatkan diri dalam dunia gelap hacking.

Tinggalkan Pendapat Anda