Nak buat pinjaman peribadi, tapi takut berurusan dengan ahlong?
Senang jer, korang berurusan lah dengan pemberi pinjaman yang berlesen dibawah KPKT. Jangan terjerat dengan ahlong dan scammer. Korang kena rajin membaca sikit sebelum korang nak buat apa apa pinjaman. Ini antara yang korang kena tahu.
1. Bezakan ahlong dengan pemberi pinjaman berlesen
Ahlong ni adalah pemberi pinjaman yang tidak berlesen dan tidak mematuhi undang undang ynag ditetapkan. So kalau diorang kutip hutang, diorang akan ikut kepala diorang sendiri. Macam tu jugak dengan interest.
Manakala pemberi pinjaman berlesen beroperasi di bawah undang-undang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Korang boleh check sama ada mereka berlesen atau tidak di website rasmi KPKT.
2. Pastikan berurusan dengan pemberi pinjaman berlesen
Sebelum korang pinjam duit, pastikan pemberi pinjaman tu betul-betul berlesen. Ini boleh elak korang dari jadi mangsa ahlong atau scam.
Macam mana nak tahu berlesen atau tak, korang boleh check di website rasmi pemberi pinjaman. Kalau tak ada website tu, korang patut ragu. Kalau ada website, korang patut check nama company dan no pendaftaran dengan KPKT. Biasanya diorang akan masukkan dalam website diorang sendiri.
Kalau korang dah jumpa nama company, korang boleh semak dekat website rasmi KPKT. Pemberi pinjaman berlesen perlu patuhi peraturan ketat dan tidak boleh guna cara kasar untuk kutip hutang. Ini yang paling penting.

3. Semak terma dan syarat yang ditetapkan
Walaupun pinjaman tu dari pemberi pinjaman berlesen, korang tetap kena baca dan fahami semua terma dan syarat. Ada pemberi pinjaman yang letak caj tersembunyi atau syarat yang tak masuk akal. Jadi, pastikan korang faham semua terma sebelum tandatangan apa-apa dokumen.
4. Jangan termakan dengan tawaran yang terlalu bagus
Kalau korang jumpa tawaran yang terlalu bagus, macam tak masuk akal, korang kena berhati-hati sikit. Sebab kadang kadang benda tu perangkap je. So ada kemungkinan itu adalah satu penipuan. Selalu semak reputasi pemberi pinjaman tersebut dan baca review dari pengguna lain.
5. Hanya download app dari Google Playstore dan App Store
Kalau korang nak guna app untuk buat pinjaman, pastikan korang hanya download app pinjaman ni dari Google Playstore atau App Store. Jangan download dari link yang dihantar melalui SMS atau email sebab boleh jadi app ni adalah palsu yang boleh mencuri segala data peribadi korang.
6. Berwaspada dengan scam
Pemberi pinjaman berlesen pun boleh scam korang jugak. Tak semestinya dah berdaftar, diorang tak boleh tipu korang. So korang kena tengok betul betul semasa buat urusan dengan diorang.
Contohnya, mereka mungkin cuba suruh korang pinjam lebih daripada yang korang perlukan, kena bayar fee processing yang tinggi, atau kena bayar stamp duty dan sebagainya.
7. Sentiasa ada bukti bertulis
Pastikan semua perjanjian dan transaksi ada hitam putih. Simpan semua resit dan dokumen yang berkaitan dengan pinjaman korang.
Kalau korang berurusan dalam WhatsApp, pastikan korang simpan semua details dalam whatsapp tu. Jika ada apa apa yang berlaku, screenshot dari whatsapp mungkin boleh dijadikan sebagai bukti. So pastikan korang simpan, sampailah urusan korang dah selesai.
8. Tak perlu bayar apa apa
Kalau korang nak buat pinjaman, korang tak perlu bayar apa apa duit pun. Korang tak perlu bayar stamp duty, processing fee, insurans, settlekan ctos dan sebagainya.
Kalau korang diminta untuk bayar benda ni, terus cancel sebab benda ni scam. Stamp duty or whatsoever tu memang ada, tapi semua tu akan ditolak dari pinjaman yang dah diluluskan. So dalam process pinjaman ni korang memang tak perlu keluar duit satu sen pun.
9. Tak perlu bagi kad ATM
Syarikat pinjaman berlesen biasanya tak akan minta untuk pegang kad ATM korang. Tapi kalau diorang minta juga, maknanya diorang bukan syarikat pinjaman berlesen atau kalau diorang berlesen korang boleh reportkan perkara ni di portal KPKT. Memegang kad ATM pelanggan adalah satu kesalahan.
Kesimpulan
Pinjaman wang berlesen boleh jadi penyelesaian cepat bila korang perlukan duit, tapi pastikan korang buat homework dan tahu hak-hak korang. Sentiasa berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang nampak terlalu bagus. Kalau nak pinjam dari kami, kami tak ada duit. Selamat meminjam!
Adakah artikel ini membantu?