Scammer guna hacker prank untuk menipu mangsa
Korang pernah dengar tak pasal hacker prank? Ni adalah antara salah satu teknik scammer guna untuk buat korang panik dan akhirnya terjebak dalam penipuan. Hacker prank ni boleh buatkan scammer ni nampak macam hacker yang legit dan real! Kalau korang tak hati-hati, memang korang boleh kena scam dengan orang yang suka mengaku dirinya sebagai hacker. Jom kita tengok lebih lanjut pasal hacker prank ni dan macam mana scammer guna untuk menipu korang yang tengah cari servis hacking.
Apa itu hacker prank?
Hacker prank ni adalah satu software atau platform yang digunakan oleh scammer untuk buatkan korang lebih yakin dan mudah terpedaya. Scammer akan gunakan platform ni sebagai bahan bukti yang diorang ni konon kononnya adalah hacker yang sebenar, tapi sebenarnya, semua tu auta je.
Biasanya platform atau software yang diorang tunjukkan akan menampakkan proses code yang seolah olah nampak tengah buat kerja kerja hacking tapi sebenarnya bukan sebab benda tu cuma simulator je. Dan korang yang tak tahu apa apa pasal dunia hacker ni akan percaya bulat bulat dan senang nak dibodohkan. Padahal sebenarnya Scammer cuma gunakan prank software untuk bagi korang rasa percaya yang tinggi dengan membuktikan yang mereka ni boleh hack sistem atau data orang lain.
Biasanya diorang akan tunjukkan screenshot atau video yang kononnya menunjukkan diorang tengah hack password, akses sistem orang lain, atau hack CCTV.

Scam yang digunakan hacker prank untuk buat korang percaya
Kalau korang tengah cari service hacking, scammer ni akan tunjukkan “hasil kerja” palsu yang nampak real supaya korang percaya yang mereka boleh hack apa saja yang korang minta. Macam mana diorang buat ni? Jom tengok:
- Tunjuk hasil kerja hacking palsu – Scammer akan tunjukkan video atau screenshot yang nampak macam diorang tengah hack CCTV orang lain, dapatkan password atau akses pada sistem orang lain. Mereka nak bagi korang rasa yang diorang boleh hack apa saja. Tapi sebenarnya, itu semua hacker prank software yang diorang guna untuk buatkan semuanya nampak real.
- Tunjukkan kod hacking – Ada juga scammer yang akan tunjukkan paparan skrin yang nampak macam hacker tengah menaip kod hacking untuk hack sistem orang lain. Walhal, semua tu cuma prank je. Tak ada sesiapa pun yang hack atau curi data. Itu cuma software yang buatkan korang fikir yang mereka hack.
- Fake virus atau hacking alerts – Kadang-kadang, scammer akan buatkan skrin korang penuh dengan alert yang kata komputer korang dah dijangkiti virus atau sedang dihack. Semua ni memang tak betul. Mereka cuma nak buatkan korang panik supaya korang cepat-cepat bayar untuk “selamatkan” sistem korang.
- Fake CCTV hack – Scammer ni juga akan buatkan nampak seperti ada CCTV korang yang sedang diceroboh. Mereka akan tunjukkan video palsu yang menunjukkan kamera korang kena hack. Padahal, itu semua cuma prank software. Dia orang buat supaya korang rasa panik dan percaya yang sistem keselamatan korang kena hack.
Kenapa scammer guna hacker prank untuk menipu?
Of course sebab diorang nak duit lah. Nak apa lagi kan. Sebab tu diorang gunakan hacker prank. Nak jadi hacker sebenar, diorang sendiri tak tahu macam mana nak buat. Sebab tu jadi macam tu.
Scammer ni memang pandai manipulasi psikologi. Diorang tahu bila korang nampak bukti yang nampak macam hack sebenar, korang akan percaya sebab korang tak tahu apa apa berkaitan hack ni. Jadi, mereka akan gunakan platform atau app hacker prank untuk buatkan semuanya nampak macam betul. Bila korang tengok password atau data korang dicuri, atau hack CCTV, korang mesti PERCAYA kan?
Macam mana nak elak diri daripada kena scam?
- Jangan percayakan pop-up atau mesej yang mencurigakan – Kalau ada pop-up atau mesej yang kata akaun atau komputer korang di-hack, jangan terburu-buru klik atau bayar. Periksa dulu sumbernya. Kalau ia datang daripada sumber yang tak dikenali, lebih baik abaikan.
- Jangan download software daripada sumber tak dipercayai – Kadang-kadang scammer akan suruh korang download software untuk “perbaiki” masalah, padahal ia hanya pasang malware atau viruses pada devices korang.
- Periksa hasil kerja yang ditunjukkan – Kalau ada orang yang nak tunjukkan bukti hack, selalu check dengan pihak yang lebih berpengalaman atau pihak berkuasa. Kalau korang tak pasti, lebih baik dapatkan nasihat daripada profesional.
- Gunakan antivirus dan firewall – Pastikan security software korang sentiasa dikemas kini untuk mengelakkan sebarang percubaan pencerobohan.
- Elakkan bayar sesuka hati – Jangan cepat-cepat bayar bila ada yang suruh korang bayar untuk “selamatkan” akaun atau sistem. Fikir dulu, dan buat penyelidikan sebelum bayar apa-apa.
Kesimpulan
Hacker prank ni sebenarnya dibuat untuk prank orang lain, tapi telah digunakan oleh scammer untuk menipu ramai orang. Dengan menggunakan platform seperti Pranx.com, scammer boleh buatkan korang rasa yang korang berjumpa dengan hacker sebenar. Mereka akan tunjukkan hasil kerja palsu yang nampak real, seperti CCTV yang kena hack atau password yang dicuri. Jadi, bila korang panik, mereka akan cuba minta bayaran untuk “selamatkan” sistem, sedangkan semuanya cuma tipu semata-mata. Sharekan artikel pada orang lain sekiranya korang rasa bermanfaat.
Adakah artikel ini membantu?