Hackers Malaysia ni portal yang dibangunkan khas oleh orang Malaysia, untuk rakyat Malaysia. Bukan sekadar tempat untuk korang nak dapat info tentang hacking, tapi juga satu platform yang secure dan dibina dengan teliti. Tapi ramai yang salah faham dan takut sampai nak kena pakai VPN untuk access portal ni. Meh kami explain kenapa korang tak perlu pun guna VPN bila access Hackers Malaysia.
1. Portal ni 100% dibuat oleh kami
Hackers Malaysia dibangunkan oleh orang Malaysia sendiri yang faham selok-belok keperluan rakyat Malaysia. Semua sistem, content, dan security disesuaikan dengan standard dan kepercayaan orang kita.
Takkan korang nak lebih percaya dengan website luar yang korang sendiri tak tahu pun asal-usul dia? Orang luar ni selalunya ada agenda tersendiri, tapi Hackers Malaysia ni dibuat untuk berbagi info kepada rakyat Malaysia, niat hanya nak educate dan guide rakyat Malaysia tentang dunia cybersecurity. Scammer mana ada masa nak buat artikel panjang panjang ni. Berapa banyak dah artikel yang kami dah hasilkan.
Lagipun, siapa je yang nak support produk Malaysia kalau bukan korang sendiri? Kalau korang dah tahu ni adalah platform orang Malaysia, kenapa korang perlu rasa ragu-ragu? Bukan minta duit pun kan. Heheh.

2. Portal ni setiap hari kena hack oleh orang luar
Untuk pengetahuan korang, setiap hari ada je cubaan hack ke atas portal Hackers Malaysia. Orang luar ni pantang tengok platform yang guna nama hacker ni, mesti diorang pun nak try try. Diorang akan buat macam-macam untuk dapatkan akses.
Antara serangan yang biasa DIORANG BUAT.
- Brute force login – Beribu-ribu percubaan login dengan password random.
- Phishing – Cuba tipu admin portal untuk curi maklumat login. Ceh.
- Bot attack – Hantar bot untuk overload server dan cari kelemahan sistem. Guna tools untuk hentam portal hackers.
Tapi jangan risau, portal ni berdiri dengan kukuh sebab portal ni guna sistem rahsia dan security yang mantap. Tak kata power, tapi setakat hari ni, tak ada orang boleh hack lagi. Macam mana pun admin tak boleh jugak nak confident, sebab dalam dunia hacker ni NO SYSTEM IS SAFE. Setiap kali ada serangan, sistem akan detect dan block terus IP ADDRESS tu. Jadi, korang tak perlu risau nak guna VPN sebab protection portal ni dah beyond expectation.
3. Cloudflare jadi PENDINDING dari serangan luar
Hackers Malaysia guna Cloudflare, salah satu bentent pertahana yang terbaik yang ada untuk website hari ni. Ada je platform lain macam Cloudflare, tapi harga dia keras sikit. Admin portal ni miskin, jadi guna Cloudflare level level miskin je la. Cloudflare ni bukan sekadar lindung dari bot atau hacker luar, tapi dia juga pastikan connection korang selamat dengan:
- HTTPS encryption – Data korang fully encrypted masa transfer.
- WAF (Web Application Firewall) – Halang serangan macam SQL injection, XSS, atau DDoS.
- Rate limiting – Kalau ada bot cuba spam server, dia terus block tanpa bagi peluang.
Kalau korang guna VPN, Cloudflare akan anggap connection korang mencurigakan dan block korang. Jadi, tanpa VPN pun korang dah ada layer protection yang cukup kuat untuk browse portal ni dengan tenang.
4. Semua data dan analytic portal ni telus
Portal Hackers Malaysia tak ada sebarang tracking tools mencurigakan. Semua analytic yang digunakan hanyalah dari Google. Google Analytic.
Kenapa ni penting? Sebab:
- Google Analytics ni dah memang standard untuk semua website, tak ada unsur nak invade privacy korang. Semua owner website akan guna Google Analytics ni.
- Data korang sebenarnya dah lama ada dalam Google, sebab korang pun guna Gmail kan?
- Tak ada analytic luar yang korang tak kenal, jadi tak perlu rasa was-was. Tak percaya check je kat Source Code page ni. Apa adahal, semuanya open source ma.
VPN biasanya digunakan untuk elak dari tracking yang tak dikenali. Tapi sebab Hackers Malaysia ni clear dari semua tu, guna VPN hanya menyusahkan diri korang je.
5. Tak ada software yang mencurigakan
Portal ni strictly tak suruh korang download apa-apa software. Semua content boleh diakses terus dari browser korang tanpa perlu install benda-benda pelik. Kalau korang jumpa portal lain yang suruh download tools untuk hacking, itu red flag besar. Tapi kat Hackers Malaysia, kami pastikan semua resources bebas dari malware atau spyware.
6. Dibina untuk hormat privacy user
Portal ni memang serious jaga privacy user. Korang tak perlu risau ada data yang dikumpul secara sembunyi-sembunyi. Polisi dia jelas:
- Tak ada backdoor untuk curi data user.
- Semua data hanya digunakan untuk improve pengalaman user.
- Tiada tracking invasive macam pixel luar yang tak dikenali.
Kalau korang fikir nak guna VPN untuk lindungi privacy, sebenarnya tak perlu pun sebab portal ni dah memang dibina dengan etika dan transparency. Kalau pakai jugak, memang kena block dengan system portal kami.

7. VPN buat korang kena block oleh sistem
Kalau korang pakai VPN, korang akan lagi susah nak access portal ni. Cloudflare yang kami dah setup dalam portal Hackers Malaysia ni akan anggap korang sebagai threat kalau connection korang datang dari IP VPN. Bila block berlaku, korang kena off VPN baru boleh masuk. Jadi, guna VPN bukan saja tak membantu, tapi boleh jadi penghalang untuk korang belajar dan explore content portal ni.
Kesimpulan
Portal Hackers Malaysia bukan scammer, bukan orang jahat, bukan kaki stalker. Tak perlu lah nak pakai VPN semua tu. Menyusahkan diri sendiri. Merugikan admin sebab tak nampak nak show iklan kepada korang. Iklan semua best best, bergantung pada browser dan cookies yang korang ada. Kalau banyak tengok blue, iklan blue la dia keluar. Haha. Sharekan artikel ni kepada orang lain kalau rasa bermanfaat.
Adakah artikel ini membantu?