#1 Announcement

Hackers Malaysia Community – HMC

Selamat datang ke Hackers Malaysia Community – HMC, group yang dibangunkan khas untuk korang yang minat dengan dunia hacking, cybersecurity, dan teknologi.

Group ni baru je create pada tahun 2023, tapi dah ada lebih dari 2100 ahli yang aktif berkongsi, memberi support, penerangan, tutorial elak kena scam dan sebagainya.

Apa itu Hackers Malaysia Community – HMC?

Hackers Malaysia Community – HMC ialah sebuah group community yang terbuka untuk semua pembaca HackersMalaysia.com, iaitu portal yang menyediakan news, tips, dan maklumat terkini tentang hacking, cybersecurity, dan teknologi.

Group ni juga ada channel rasmi yang korang boleh follow untuk dapatkan update terbaru dari HackersMalaysia.com.

Siapa yang boleh join Hackers Malaysia Community – HMC?

Sesiapa pun boleh join kecuali scammer.

Group ni sesuai untuk semua orang yang berminat dengan dunia hacking, cybersecurity, dan teknologi, sama ada korang ni beginner, intermediate, atau expert.

Kalau korang tak tahu apa apa pun, tak jadi masalah. Boleh je join dan follow semua news yang ada.

Group ni juga sesuai untuk korang yang nak belajar, berkongsi, atau mencari bantuan tentang topik-topik berkaitan.

Setiap soalan yang korang post, akan dijawab.

Kenapa korang patut join Hackers Malaysia Community – HMC?

Ada banyak sebab kenapa korang patut join group ni, antaranya ialah:

  • Korang boleh dapatkan ilmu yang berguna tentang hacking, cybersecurity, dan teknologi dari ahli-ahli group yang lain, yang datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman, dan kepakaran.
  • Korang boleh upgrade kemahiran korang dalam bidang-bidang tersebut dengan mengikuti tutorial, challenge, dan projek yang disediakan atau dicadangkan oleh ahli-ahli group ni.
  • Korang boleh mendapatkan support dari ahli-ahli group ni jika korang ada masalah atau pertanyaan tentang topik-topik yang berkaitan. Korang pun boleh bagi support kepada ahli-ahli lain yang memerlukan bantuan atau nasihat.
  • Korang boleh menjalin hubungan dengan ahli-ahli group ni yang mempunyai minat, hobi, atau karier yang sama dengan korang. Korang juga boleh berkenalan, berkolaborasi, atau berpartner dengan ahli-ahli group ni untuk projek-projek yang korang nak buat.
  • Korang boleh rilek dengan group yang friendly, santai, dan fun. Group ni bukan sahaja tempat untuk belajar dan berkongsi, tapi juga tempat untuk berseronok dan berhibur.

Bagaimana korang boleh join Hackers Malaysia Community – HMC?

Untuk join group ni, korang boleh search Hackers Malaysia Community di Facebook. Korang juga boleh search Hackers Malaysia Official di Telegram untuk korang subscribe.

Share the Post:

Portal Hackers

Financial

Support