Adakah korang perlukan Starlink Internet? Ini yang ramai tak tahu

Starlink: Apa benda tu?

Okay, sebelum aku teruskan, jom fahamkan dulu apa sebenarnya Starlink ni.

Starlink ni adalah perkhidmatan internet satelit yang dijalankan oleh SpaceX, syarikat milik Elon Musk.

Dia guna beribu-ribu satelit yang mengorbit Bumi. So korang boleh gunakan satelit ni untuk connect Internet.

Korang boleh menikmati sambungan internet dengan latensi yang rendah, dalam 25 milisaat je, berbanding dengan latensi 600 milisaat bagi perkhidmatan internet satelit lain.

Starlink dah sampai Malaysia!

Starlink dah pun dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Perkhidmatan broadband satelit ni kos dalam RM220/sebulan. Tapi, korang kena beli peralatannya dulu & harganya mencecah RM2,300 untuk pakej basic.

Starlink: Solusi untuk kawasan pedalaman?

Ini part yang korang mesti nak tahu. Salah satu kelebihan utama Starlink adalah boleh digunakan dikawasan yang tak ada INTERNET.

Jadi, untuk korang yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar yang tak ada sambungan internet macam Fibre, Starlink ni boleh jadi pilihan yang bagus.

Dengan Starlink, korang boleh connect internet dengan kelajuan hingga 500Mbps.

Kenapa kawasan pendalaman tiada Fibre Internet?

Pertama sekali, korang kena faham untuk membina infrastruktur Fibre Internet ni memerlukan kos yang tinggi. Nak pasang kabel, nak bangunkan menara, semua tu memerlukan kos yang besar.

Menurut sumber yang aku jumpa, kos untuk nak bina infrastruktur ini boleh cecah sampai RM30,000. Itu belum masuk kos untuk penyelenggaraan dan operasi lagi.

So cuba korang comparekan pulak dengan Starlink ni, murah ke mahal?

Kurangnya pengguna dikawasan pendalaman

Selain dari kos, satu lagi faktor yang menyebabkan kawasan pedalaman tiada Fibre Internet adalah kurangnya pengguna.

Kawasan pedalaman biasanya tak ramai penduduk berbanding dengan kawasan bandar.

Jadi, tak ramai pengguna yang boleh menampung kos pembinaan dan operasi infrastruktur. Sebab tu tak ada company yang berani nak melabur untuk luaskan liputan Internet. Tak ada keuntungan kot.

Alternatif lain

Walaupun kawasan pedalaman tak ada Fibre Internet, bukan bermakna mereka tak ada akses kepada internet.

Ada je alternatif lain yang diorang biasa guna, macam 4G atau 5G. So sekarang dah ada Starlink memang lagi la membantu untuk diorang pasang internet. So cuba compare Fibre Internet dengan Starlink?

Kalau korang memang duduk dikawasan pendalaman, so memang sangat sangat la berbaloi untuk korang beli Starlink ni. Direct terus connect internet dengan satelite.

Teknologi Starlink vs Fibre

Starlink guna teknologi satelit yang membolehkan korang connect internet dengan latensi yang rendah. Ini berbeza dengan teknologi Fibre yang guna kabel untuk hantar data.

Walaupun Fibre mungkin lebih laju di kawasan bandar, Starlink ada kelebihan tersendiri & liputan dia ada kat mana mana je, terutama di kawasan pedalaman.

So bagi yang duduk bandar mungkin tak rasa sangat manfaat dari Starlink ni. Tapi bagi yang duduk dikawasan pendalaman macam Sabah & Sarawak, Starlink ni adalah penyelesaian. 

So, adakah kita perlukan Starlink?

Starlink boleh jadi pilihan yang baik untuk korang yang tinggal di kawasan pedalaman terutama Sabah & Sarawak.

Walaupun kosnya sedikit tinggi berbanding dengan perkhidmatan internet lain, liputan untuk Starlink ni luas dan ada speed yang stabil macam Fibre Internet.

Tapi, macam semua teknologi yang lain, mesti ada kelebihan dan kekurangannya juga. So sebelum nak beli study dulu dalam dalam, adakah kita betul betul memerlukan atau pun tidak.

Jadi, itu je cerita pasal Starlink. Harap info ni dapat membantu korang buat keputusan yang terbaik.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support