Apa itu Snuppee Mall?
Snuppee Mall ni sebenarnya satu platform beli-belah secara online. Macam banyak platform lain, contoh macam Shopee, Lazada & macam macam lagi. Tapi, ada beberapa perkara tentang Snuppee Mall yang buat dia lain dari yang lain. Apa agaknya, kan? Jom semak.
Website yang nampak meragukan
Pertama, bila korang pergi ke website Snuppee Mall, pernah tak korang rasa ada yang tak kena bila buka website dia? Tak rasa ke macam terlalu simple bagi sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan?
Kalau tengok dari segi design dan susun setiap info dalam website tu sebenarnya agak meragukan. Itu bukan cara company besar nak manage website rasmi. Korang boleh tengok syarikat lain macam AirAsia & lain lain. Confirm berbeza. So website Snupee boleh dikatakan Very unprofessional.
Website yang tak berapa nampak profesional atau nampak macam tak berapa siap tu boleh jadi tanda awal yang korang perlu hati-hati.

Sistem pembayaran yang mencurigakan
Yang kedua, pasal sistem pembayaran Snuppee Mall ni. Bahagian ni penting, guys. Platform ni minta korang buat pembayaran dengan cara login terus username & password bank korang di website diorang.
Ini dah jadi kes serius sebenarnya.
Mana mana platform, kalau korang nak buat pembayaran melalui bank, korang mesti perasan, yang korang akan redirect dengan website rasmi bank.
Baru la korang akan masukkan username dan password. Berbeza dengan Snuppee Mall, korang kena masukkan username & password bank korang direct dalam website diorang. Benda ni confirmlah sangat sangat meragukan.
Tak ada dalam app store
Satu lagi benda yang buat Snupee Mall nampak meragukan ialah app dia takde dalam App Store atau Google Play. Biasanya, app yang legit dan selamat akan ada dalam kedua-dua platform ni.
Tapi, kalau nak download app Snuppee Mall, korang kena download terus dari website dia dan install secara manual. So benda macam ni dikira “Very unprofessional.“
Kenapa app store dikira sebagai tempat yang selamat?
Sebab setiap app yang di publishkan dalam app store tu, akan disemak oleh pihak Google & Apple. Diorang ni akan semak & test sama ada app yang nak di publishkan ni selamat ke tak.
So semua app yang kita download melalui apps store sebenarnya dah memang selamat. Kalau tak selamat & berlaku kebocoran data, korang boleh je saman Google atau Apple kan.
Tapi masalahnya sekarang, Snuppee Mall tak melalui review ni semua. So pihak Snupee Mall bebas nak letak apa apa pun dalam app diorang. Termasuk lah spy ware, access data korang & sebagainya. Ini buatkan korang terdedah kepada virus atau malware.
Sebab tu bahaya download app diorang direct dari website tu.
Updated: Sekarang app Snuppee Mall dah ada dalam playstore Google. Baru di releasekan pada 16/10/2023. Tapi masih belum ada dalam IOS.
Updated: App Snuppee Mall dikeluarkan dari Playstore kerana dikesan mengandungi “VIRUS” kata google. 29/1/2024
Bisnes model yang meragukan
Cara bisnes Snuppee Mall juga ada yang tak kena. Korang kena buat task, kena cari downline. Macam MLM gitu. Dan bisnes yang dijalankan Snuppee Mall takde kelulusan dari mana-mana pihak berkuasa atau badan pengawal selia. Bila sesuatu platform tak mendapat pengiktirafan atau kelulusan, itu akan menjadi isu keselamatan yang korang kena ambil kira. Penting!
Ramai je yang share bukti pendaftaran SSM Snuppee Mall, tahu tak korang, yang SSM ni sekadar daftar syarikat sahaja? Bermaksud sesiapa pun boleh daftar.
So adanya SSM tidak menjadi bukti yang kuat untuk Snupee Mall beroperasi dalam keadaan yang meragukan.
Kesimpulan
So, kesimpulannya, ada banyak isu security yang dikaitkan dengan Snuppee Mall. Dari website yang tak meyakinkan, sistem pembayaran yang mencurigakan, hingga ketiadaan app dalam App Store atau Google Play, semua ni menimbulkan banyak persoalan.
Updated: Adakah Snuppee Mall ini scam? Snuppee Mall memang SCAM.
Team kami hanya mengajak korang untuk berfikir dan buat lebih banyak research sebelum nak guna platform yang macam ni. Just sentiasa berhati hati okey.
Updated: Hari ini Snuppee menyatakan syarikat mereka bankrup. (29/01/2024)
Updated: Polis buka 54 kertas siasatan terhadap Snuppee Mall. (2/2/2024)
Sumber: Diperoleh dari Google, Facebook, Youtube, TV3 & Tiktok. Termasuk manual review. Dari masa kesemasa, artikel ini akan diupdate.
Adakah artikel ini membantu?