Aeon Bank Digital: Bank Islamic digital yang pertama di Malaysia

Korang tahu tak AEON Credit Service?

Dia ni syarikat kewangan yang terkenal kat Malaysia, yang selalu bagi pinjaman, kad kredit, insurans, dan macam-macam lagi.

Tapi sekarang, dia dah upgrade diri dia jadi bank digital. Bukan bank digital biasa-biasa, tapi bank islamic digital yang pertama kat Malaysia!

Aeon Bank Digital

Apa tu bank digital?

Bank digital ni sebenarnya sama je macam bank biasa, tapi tak ada cawangan fizikal. So korang tak perlu pergi ke cawangan dia. Benda ni sama macam GXBank.

Semua urusan kewangan korang boleh buat melalui app, semua dalam smartphone korang je. Senang kan? Tak payah dah nak beratur panjang, atau tunggu bank bukak.

Korang boleh je buka akaun, deposit, withdraw, transfer, bayar bil, dan lain-lain pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Apa pulak bank islamic digital?

Bank islamic digital ni macam bank Islamic yang biasa juga, tapi dalam bentuk digital.

Sama macam bank Islamic yang lain, dia juga ada produk-produk kewangan yang halal, seperti takaful, mudarabah, murabahah, dan lain-lain. Korang boleh rasa tenang dan selamat bila guna bank islamik digital ni, sebab dia patuh dengan hukum agama.

Aeon Bank Digital

Bila boleh guna AEON Bank Digital?

AEON Bank Digital ni baru je dapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM) pada April 2022, bersama-sama dengan empat bank digital lain.

Dia kena dapat lesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sebab dia nak jadi bank islamic digital. Dia punya konsortium terdiri daripada AEON Financial Service Co, AEON Credit Service (M) Berhad, dan MoneyLion Inc. 

Tapi lepas tu, MoneyLion Inc tarik diri, jadi tinggal AEON je yang teruskan projek ni.

AEON Bank Digital ni mula operasi dalam masa 24 bulan dari tarikh dapat kelulusan, atau sebelum 8 April 2024.

Dia punya modal permulaan ialah RM550 juta, murah je tu, dan dia nak target pelanggan yang tak cukup dilayan atau tak dilayan langsung oleh bank-bank lain. 

CEO dia ialah Raja Teh Maimunah, yang dah ada pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kewangan islamic.

So, korang kena tunggu la sikit masa lagi sebelum korang boleh guna AEON Bank Digital ni. Tapi jangan risau, bila dia dah siap, korang akan dapat banyak kemudahan daripada bank ni nanti.

Nak rasa bank digital tu macam mana? Daftar GXBank. Aeon akan jadi bank islamic digital yang pertama dan terbaik di Malaysia. Perghh.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support