AI yang diberi nama SimSimi adalah bahaya untuk kanak kanak

Apa itu SimSimi

Okay, korang pernah dengar tak pasal AI yang dipanggil SimSimi? SimSimi ni sebenarnya adalah satu aplikasi chatbot yang dibangunkan dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Platform ni direka untuk berinteraksi dengan pengguna macam korang berchat dengan kawan. SimSimi ni dah wujud sejak tahun 2002, so boleh kata benda ni dah lama dalam Malaysia.

Aku tak pasti nak panggil SimSimi ni dalam kategori AI atau pun tidak, tapi aku rujuk info ni dari Wikipedia, dan dia tulis disitu SimSimi adalah AI. Korang boleh baca disini.

Credit: SimSimi

SimSimi digunakan untuk apa?

SimSimi ni untuk korang yang tengah BOSAN. So kalau korang perlu kan kawan untuk bersembang, maka SimSimi lah jawabnya.

Bila korang chat dengan SimSimi, dia boleh balas mesej korang dengan pelbagai jenis respons. Kebanyakkan masa, SimSimi ni dijadikan macam teman untuk borak kosong atau bila korang rasa bosan dan nak ada sesuatu yang boleh entertain korang.

Disebabkan SimSimi ni diajar dengan jutaan dialog dari pengguna seluruh dunia, jawapan yang diberikan boleh jadi sangat kelakar dan kadang kadang sangat menakutkan.

Bahaya SimSimi

Tapi, jangan salah faham. Walaupun nampak macam fun, ada sisi gelap dia.

Disebabkan SimSimi ni sentiasa belajar dari input pengguna, ada kalanya dia boleh jadi agak kasar atau guna bahasa yang tak sesuai.

Contohnya macam mencarut, gunakan bahasa kotor, atau berkongsi respons yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Benda ni boleh jadi satu isu besar sebab tak semua yang diajarkan ke AI ni baik-baik belaka.

Mak bapak kena pantau anak anak supaya tak download SimSimi

Benda ni penting, mak bapak atau penjaga mesti ambil tahu dan pantau aktiviti digital anak-anak. Memang teknologi banyak memberikan manfaat, tapi dalam kes SimSimi ni, ada risiko yang tak boleh dipandang remeh.

Pastikan korang tau apa yang anak-anak korang download dalam smartphone diorang. Pastikan korang educate anak anak tentang bahaya dan cara menggunakan internet dengan bijak dan selamat.

Gantikan dengan ChatGPT

Untuk hilangkan bosan anak anak, korang boleh gantikan SimSimi ni dengan ChatGPT.

ChatGPT ni adalah platform AI yang memang educated dan terkawal bahasanya. Berbeza dengan SimSimi, ChatGPT ni dibangunkan dengan pendekatan yang lebih bertanggungjawab dan informatif.

ChatGPT ni mampu menjawab pelbagai soalan, dari yang serius sampailah yang santai, tapi dengan cara yang lebih terkawal dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Plus, ChatGPT ni boleh jadi satu platform pembelajaran untuk anak anak korang. Ada banyak ilmu yang korang boleh belajar kat ChatGPT ni juga. Download app ChatGPT dan tanya la macam macam soalan kat situ. Semua soalan korang akan dijawab oleh AI yang lebih bertamadun dari SimSimi. Simple.

ChatGPT adalah AI yang selamat digunakan untuk semua peringkat umur.

Kesimpulan

So, teknologi macam SimSimi ni memang boleh jadi BAHAYA terutama kepada kanak kanak. Walaupun SimSimi ni ada setting yang boleh mengawal kata kata kotor, tapi tak semuanya berjaya di filter. Mesti keluar juga kata kata yang kotor, walaupun dah setting kepada “bersih”.

Sebagai mak ayah pasti kan korang sentiasa memantau apa yang anak anak korang download. Ingat SimSimi ni bahaya untuk anak anak download. Dekat Thailand & Brazil, app ni dah kena banned.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support