Alternatif selain ChatGPT - Tahun 2024

1. Microsoft Copilot

Microsoft Copilot ni asal namanya adalah Bing AI. Satu AI yang korang boleh berborak, tulis draft, buat email, cari idea, buat coding dan macam macam lagi.

Bing ni dulu tak famous sangat kat Malaysia, tapi sejak Microsoft bagi servis AI secara percuma pada semua orang, sejak tu la dia jadi makin famous & ramai orang Malaysia menggunakannya.

Free ke berbayar?

Okay, first thing first, Copilot ni memang FREE. Tapi dia ada juga Copilot Pro version. Pro version ni untuk korang yang nak dapatkan feature extra macam perfomance atau build GPT korang sendiri dalam AI.

Tapi majoriti user dah cukup dah dengan free version.

Kalau korang rasa masih perlukan feature tambahan then korang boleh upgrade. Harga untuk Microsoft Copilot Pro ni adalah 20 USD bersamaan lebih kurang RM94+ sebulan.

Digunakan untuk apa?

  • Microsoft Copilot ni boleh digunakan untuk bermacam macam perkara. Dia boleh tolong korang dalam banyak benda, terutamanya:
  • Coding: Bila korang coding dan terkandas, Copilot boleh suggest code yang korang perlukan. Bukan setakat itu, dia boleh tolong debug jugak. Bagi developers, ni macam mimpi jadi kenyataan.
  • Draft email: Kalau korang jenis yang banyak berurusan dengan email dan kadang-kadang stuck tak tahu nak mula macam mana, Copilot boleh tolong draftkan email. Dia bukan saja jimatkan masa, tapi ensure korang punya tone dan isi kandungan tu professional.
  • Research: Nak cari info tapi malas nak scroll berjela-jela? Copilot boleh summarize info yang korang perlukan dari berbagai sumber dengan cepat.
  • Menulis document: Untuk kerja yang melibatkan banyak dokumen atau korang kena buat presentation yang impactful, Copilot boleh tolong suggest content, design, dan layout yang menarik.
  • Bahasa: Dia juga pandai dalam berbagai bahasa, jadi kalau korang perlu translate dokumen atau komunikasi dalam bahasa lain, Copilot boleh tolong.
  • Study: Copilot juga boleh digunakan untuk korang bertanya bermacam macam benda. So korang boleh study 24 jam tanpa henti sampai otak korang meletup.

Kenapa best?

Sebab utama Copilot ni best adalah kerana dia FREE & integrate dengan baik dalam Microsoft ecosystem.

Maknanya, kalau korang dah guna produk Microsoft yang lain, Copilot akan seamlessly blend in dengan workflow korang. Plus, dia dapat belajar dari cara kerja korang, jadi lama-lama, dia akan jadi lebih efisien dalam membantu kerja korang. Simple.

Siapa yang patut guna?

Sesiapa saja especially yang berkecimpung dalam bidang IT, marketing, administration, atau roles yang banyak menggunakan computer dan internet, akan dapat manfaat besar dari Copilot.

Tapi, sebenarnya, sesiapa saja yang nakkan kemudahan dalam kerja harian boleh consider Copilot ni.

So, itu lah serba sedikit tentang Microsoft Copilot. Kalau korang rasa nak try korang boleh download app Microsoft Copilot atau boleh visit website disini.

2. Cloude

Cloude ni dia macam sidekick digital yang boleh bantu korang dalam pelbagai situasi, especially bila korang stuck atau perlukan extra input dalam kerja.

Free ke berbayar?

Straight to the point, Cloude ni memang free tapi dengan limitation. So kalau korang nak lebih advanced dan unlimited korang kena lah ambil pakej berbayar, baru korang dapat unlock macam macam feature.

Subscription dia sama je macam ChatGPT, ada yang FREE dan ada yang BERBAYAR. Harga pun sama dengan ChatGPT iaitu 20 USD bersamaan dengan RM94+.

Digunakan untuk apa?

Cloude ni adalah satu platform yang bersaing dengan ChatGPT dan Microsoft Copilot. So cara gunakan nya pun hampir sama je. Cuma beza dari segi kepandaian je.

Cloude ni juga boleh dikatakan lebih bijak dari ChatGPT dan Copilot dan dia boleh tolong korang dalam banyak benda, termasuk:

  • Coding: Bagi programmer atau sesiapa yang tengah belajar coding, Cloude ni boleh suggest solutions dan help debug. Macam ada senior developer yang always ready to assist.
  • Penulisan: Dari nak compose email yang formal sampai lah kepada draft content untuk website atau media sosial, Cloude boleh tolong korang hasilkan teks yang engaging dan professional. Sama je macam ghostwriter yang faham dengan apa yang korang nak sampaikan.
  • Research: Bila korang perlukan info cepat dan tepat, Cloude ni boleh tolong korang cari dan summarize data dari internet. Jadi, tak perlu lagi scroll berjam-jam cari info.
  • Learning AI: Untuk yang minat atau kerja dalam AI, Cloude boleh jadi resource yang bagus untuk explore new ideas atau validate projects korang.
  • Hampir kesemuanya: Hampir sama dengan ChatGPT

Kenapa best?

Kenapa aku kata Cloude ni best? Sebab AI ni flexible. Engine AI dia memang direka untuk adapt dengan keperluan korang, menjadikan AI ni satu tools yang sangat penting untuk kerja korang.

Plus, user interface dia memang friendly untuk sesiapa saja, jadi tak kisah la korang newbie atau pro, semua orang boleh gunakan platform Cloude ni dengan mudah. Memang senang nak guna dan senang nak faham.

Siapa yang patut guna?

Honestly, sesiapa saja yang nak boost productivity dan efficiency dalam kerja atau projek personal, patut consider untuk gunakan Cloude. Developers, content creators, students, atau even entrepreneurs boleh benefit dari apa yang Cloude tawarkan.

So, itu la serba sedikit pasal Cloude. Kalau nak try pergi kesini.

3. Perplexity

Sekarang dah wujud AI yang diberi nama Perplexity.

Perplexity ni direka khas untuk memudahkan korang membuat research di internet. Perplexity ni adalah platform AI yang menggunakan engine yang sama macam ChatGPT sebab Perplexity menggunakan API dari OpenAI.

So function dia sebenarnya lebih kurang sama dengan ChatGPT, tetapi direka dengan tujuan yang berbeza.

Free ke berbayar?

Perplexity memang ada free version tapi dengan features yang basic, so kalau korang nak unlock lebih banyak feature, korang kena subscribe pro version punya. Sama macam platform yang lain, harga untuk per month adalah 20 USD.

So, kalau korang serius dan suka nak gunakan Perplexity untuk research dalam projek yang lebih besar, mungkin berbaloi untuk korang check out pakej berbayar yang ditawarkan.

Function Perplexity

Perplexity ni direka khas untuk membantu korang membuat research dan mencari info yang tepat dalam internet. Jom breakdown:

  • Research cepat dan efektif: Kalau korang tengah buat thesis ke, paper ke, atau apa-apa projek yang memerlukan research, Perplexity boleh jadi life saver. Dia boleh cari dan kumpul info dari pelbagai sumber dalam internet dengan pantas. AI ni banyak kebanyakan tools OSINT la, cari info secara public.
  • Mencari info penting: Bukan setakat untuk academic work, even untuk kerja harian atau personal projects, Perplexity boleh tolong korang dapati maklumat yang accurate dan reliable dengan cepat.
  • Simplifying complex topics: Ada topik yang rumit dan susah nak paham? Perplexity boleh bantu simplify dan explain dalam cara yang lebih mudah difahami.

Apa yang unik tentang Perplexity ni?

Perplexity ni best sebab ada keupayaan untuk deep dive into the internet dan keluarkan maklumat yang paling relevant dengan apa yang korang cari.

Plus, AI ni memang direka khas untuk memahami konteks pertanyaan korang, jadi jawapan yang diberikan tu bukan setakat accurate, tapi juga meaningful dan applicable untuk keperluan korang.

Siapa yang patut guna?

Perplexity ni sesuai untuk sesiapa saja yang banyak bergantung pada internet untuk informasi.

Students, researchers, writers, dan even business analysts boleh manfaatkan Perplexity untuk memudahkan pencarian dan analisis data. Basically, kalau korang perlukan info cepat dan tepat, Perplexity adalah kawan yang korang cari.

So, tu dia overview pasal Perplexity. Kalau nak try, korang visit website disini.

4. Gemini

Gemini atau nama asalnya yang dikenali dengan nama Bard AI adalah satu platform AI yang dibuat oleh Google.

Yes, Gemini ni adalah produk Google yang menjadi saingan kepada ChatGPT dan Microsoft Copilot. Gemini boleh dianggap masih baru lagi dalam dunia AI sebab masih banyak benda yang perlu Google improve.

So Gemini ni free ke berbayar?

Gemini macam platform yang lain, sentiasa FREE tapi ada offer version yang lebih ADVANCED. So kalau korang nak gunakan version ADVANCED, korang kena subscribe la.

Harga untuk korang subscribe anggaran dalam RM98 termasuklah 2 TB Google Drive. Google selalunya memang bagus dalam menyediakan options yang scalable, jadi korang boleh start dengan yang basic dan upgrade bila perlu.

Digunakan untuk apa?

Masa Gemini ni mula dikeluarkan sebagai Bard AI, ramai je yang complaint respon dari Bard AI ni teruk. Maklumlah masa tu baru je release dan masih dalam peringkat BETA lagi.

Sekarang pun masih BETA lagi rasanya. Cuma buat masa sekarang ni, memang banyaklah improvement yang dia dah buat dari masa kesemasa.

Dia ada beberapa kegunaan utama yang boleh benefit korang:

  • Jawapan yang tepat: Bila korang cari info atau jawapan untuk soalan, Gemini akan guna power search engine Google untuk bagi jawapan yang paling tepat. Tak main la vague-vague. Kalau macam ChatGPT, fakta yang dikeluarkan tu masih banyak salah jika nak bandingkan dengan Gemini.
  • Analisis data: Untuk korang yang kerja dengan banyak data dan perlukan insights, Gemini boleh tolong analyze dan provide summaries yang mudah difahami.
  • Pembelajaran dan pendidikan: Gemini juga bagus untuk tujuan pembelajaran, sama ada untuk diri sendiri atau dalam setting kelas. Dia boleh provide explanations yang detail dan tepat untuk pelbagai topik.

Kenapa Gemini ni best?

Apa yang menjadikan Gemini ni special?

Sebab dia menggunakan teknologi search Google yang sudah terkenal dengan kebolehannya untuk sift through internet dan dapatkan exactly apa yang korang perlukan. Plus, dengan backing dari Google, korang memang boleh harap pada constant updates dan improvements.

Siapa yang patut guna?

Gemini ni perfect untuk sesiapa yang perlukan jawapan cepat dan tepat, data analysts yang memerlukan tools untuk menginterpret data, serta educators dan pelajar yang cari cara baru untuk belajar.

Basically, kalau korang ada soalan, Gemini ada jawapan. So, itu rundown tentang Gemini. Kalau nak try visit website disini.

5. Poe by Quora

Poe by Quora ni satu lagi platform yang menarik dan berbeza sedikit daripada yang lain. Aku akan bagi korang semua info penting tentang Poe.

Free ke berbayar?

Poe ni, secara asasnya, memang FREE untuk digunakan. Tapi, macam biasa, ada certain features atau kelebihan yang hanya available untuk users yang pilih untuk subscribe atau bayar.

Quora biasanya bagus dalam menawarkan nilai, jadi walaupun korang stick dengan yang free, masih banyak yang korang boleh explore.

Digunakan untuk apa?

Sama macam platform yang lain, digunakan dengan tujuan yang hampir sama juga

  • Berinteraksi dengan AI Chatbots: Poe membolehkan korang berinteraksi dengan pelbagai AI chatbots. Bukan setakat satu, tapi beberapa, yang masing-masing ada keunikannya sendiri.
  • Macam bersembang dengan kawan: Rasa macam nak sembang atau ada soalan nak tanya? Poe jadikan ia lebih personal, macam korang tengah bersembang dengan kawan.
  • Belajar dan dapatkan informasi: Selain daripada bersembang, Poe juga boleh jadi tempat untuk korang belajar benda baru atau dapatkan informasi tentang topik-topik tertentu.

Kenapa best?

Apa yang buat Poe ni best? Sebab dia bawa pengalaman yang lebih personal dan engaging bila berinteraksi dengan AI.

Poe ni dia kumpulkan semua platform AI jadi dalam satu platform. So bila korang gunakan app Poe ni, korang akan ada banyak pilihan AI. Pilih je dengan AI yang mana korang nak gunakan.

Korang bukan setakat dapat jawapan atau info, tapi juga rasa macam ada connection sebenar.

Siapa yang patut guna?

Poe ni sesuai untuk sesiapa yang suka idea bersembang dengan AI, sama ada untuk cari info, belajar, atau sekadar nak experience berinteraksi dengan teknologi terkini.

Bagi yang suka explore cara baru dalam teknologi komunikasi atau pendidikan, Poe by Quora ini adalah something yang worth untuk korang test.

Kalau korang student, jenis suka nak test satu persatu AI, Poe ni mungkin adalah platform yang korang cari. Korang boleh visit website diorang disini.

6. LlaMA by Meta

Seterusnya kita dah ada LlaMA by Meta, satu lagi alternatif selain ChatGPT dalam dunia AI.

LlaMA ni bukan nama binatang, tapi nama yang diberikan untuk satu teknologi yang boleh ubah cara korang berinteraksi dengan AI.

Free ke berbayar?

Sebenarnya, LlaMA ni agak unik. Meta biasanya release teknologi macam ni untuk community research dan development, yang bermaksud ia lebih kepada open source atau free untuk digunakan oleh developers dan researchers.

Tapi, untuk access certain platforms atau tools yang built atas LlaMA, mungkin ada cost involved tergantung pada applicationnya.

Digunakan untuk apa?

LlaMA ni adalah AI model yang direka untuk pelbagai kegunaan:

  • Pemahaman dalam bahasa: LlaMA ni hebat dalam memahami dan memproses bahasa manusia, yang membuatnya berguna untuk applications macam chatbots, automated customer service, dan lain-lain.
  • Generate teks: AI ni juga pandai generate teks yang natural dan relevan, berguna untuk content creation, summarizing articles, atau even untuk coding assistance.
  • Custom applications: Sebab LlaMA ni flexible, developers boleh guna dia untuk create pelbagai jenis AI applications, dari educational tools sampai entertainment.

Kenapa best? Sebab dia represent next step dalam evolution of AI, dengan fokus pada understanding dan generating human language pada level yang lebih advanced.

Siapa yang patut guna?

LlaMA ni sesuai untuk developers dan researchers yang nak explore the latest dalam AI language models. Juga, bagi syarikat atau individu yang nak develop custom AI solutions untuk bisnes atau produk mereka, LlaMA boleh jadi asas yang solid.

LlaMA menawarkan banyak kemungkinan untuk explore dan innovate dalam AI.

7. DALL·E 2

DALL·E 2 adalah salah satu platform terbaik dalam dunia AI. DALL·E 2 ni direka khas untuk membuat gambar yang out of this world dengan menggunakan engine GPT 4.

DALL E 2 adalah produk dari OpenAI, iaitu developer yang sama dengan ChatGPT cuma produk yang berbeza. Kalau chatGPT untuk korang bersembang, DALL E 2 ni untuk korang generate gambar AI berdasarkan apa yang korang bayangkan.

Kena bayar ke?

Untuk gunakan DALL·E 2 di OpenAI ni memang tak ada yang FREE. Korang kena bayar untuk dapatkan access kepada DALL E 2 ni. Tapi korang boleh gunakan DALL E 2 ni melalui Microsoft Copilot, sebab Copilot ni powered by DALL E 2.

Microsoft gunakan feature DALL E 2 ni dalam sistem Microsoft Copilot. So korang boleh generate gambar secara percuma dan unlimited.

Digunakan untuk apa?

Apa yang buat DALL·E 2 ni best? Of course sebab boleh generate gambar:

  • Highly creative: DALL·E 2 boleh create images based on descriptions yang sangat spesifik atau creative, macam “kucing yang sedang makan ice cream di Mars”. Imaginasi korang DALL·E 2 boleh cuba realisasikan.
  • Custom artwork: Untuk artists atau designers yang perlukan inspirasi atau ingin eksperimen dengan style baru, DALL·E 2 boleh jadi tool yang powerful.
  • Visual content for businesses: Syarikat yang perlukan unique visual content untuk marketing atau social media, DALL·E 2 boleh supply imagery yang custom-tailored kepada brand mereka.

Kenapa best?

DALL·E 2 ni special sebab ia buka pintu kepada possibilities yang hampir tak terhingga dalam dunia kreativiti.

DALL E 2 ni boleh translate teks korang menjadi format visual yang stunning, sometimes dengan cara yang korang takkan expect. Plus, kebolehannya untuk detail dan adapt ke hampir seluruh permintaan menjadikan DALL E 2 ni sangat versatile.

Siapa yang patut guna?

Sesiapa saja yang berkecimpung dalam creative fields atau perlu visual content yang unique dan engaging.

Ini termasuklah artists, graphic designers, marketers, dan content creators. DALL·E 2 ni bukan sekadar membuat gambar, tapi ianya tentang mencipta sesuatu yang BELUM WUJUD dalam dunia ni. Itu pun bergantung pada prompt yang korang buat.

8. Midjourney

Alright, last but not least, kita ada Midjourney.

Ini satu lagi platform AI yang serius memang gempak habis, terutamanya bila cakap pasal create gambar AI yang sangat sangat advanced dan realistic. Jom aku share sikit pasal Midjourney ni.

Free ke berbayar?

Midjourney adalah platform untuk korang generate gambar AI. Diorang offer access melalui subscription model, yang mana korang perlu sign up dan bayar untuk dapatkan full capabilities dia.

Digunakan untuk apa?

Midjourney ni boleh dianggap sebagai virtual artist yang sangat advanced. Korang boleh gunakan AI ni untuk:

  • Create artwork yang realistic: Nak gambar yang nampak macam foto sebenar atau lukisan tangan yang detail? Midjourney boleh handle.
  • Experiment with styles: Dari classic sampai contemporary, Midjourney boleh eksplorasi berbagai gaya seni, membolehkan korang dapatkan exactly the vibe yang korang cari.
  • Custom designs: Untuk projek yang memerlukan touch kreatif, seperti branding, advertising, atau even personal projects, Midjourney boleh jadi alat yang powerful.

Kenapa best?

Apa yang buat Midjourney stand out?

Flexibility dan kebolehannya untuk produce gambar yang bukan saja high-quality, tapi juga sangat detailed dan nuanced. Benda ni bukan sekadar AI.

Siapa yang patut guna?

Midjourney sesuai untuk sesiapa yang memerlukan visual content yang top-notch: graphic designers, marketers, content creators, dan juga artists yang nak explore new avenues dalam seni.

Basically, kalau korang perlukan gambar yang stunning, unique, dan tailored untuk keperluan tertentu, Midjourney worth untuk korang cuba.

Midjourney memang satu platform yang powerful untuk korang hasilkan gambar yang REALISTIC DAN ADVANCED. Kalau korang rasa nak try, visit website rasmi.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support