Alternatif selain WhatsApp - Guna kalau WhatsApp down.

Sekarang ni, WhatsApp memang dah jadi macam nadi komunikasi kita.

Tapi, ada masa korang mungkin perlukan lebih dari tu, sama ada untuk privacy, features, atau just nak explore apa yang ada selain dari WhatsApp.

So dalam artikel ni jom kita deep dive dengan beberapa alternatif yang menarik dan apa yang menjadikan mereka pilihan yang worth it untuk dicuba.

Signal: Messengger paling privacy & safe

Signal ni memang paling top dalam bab privasi dan security.

Apa yang buat Signal berbeza? Pertama, semua mesej, panggilan suara, dan video calls dia adalah end-to-end encrypted, yang mana maksudnya hanya sender dan receiver yang boleh baca atau dengar apa yang dihantar. Sama macam WhatsApp.

Signal ni open source, jadi sesiapa saja boleh check code dia untuk pastikan tiada backdoor. Signal ni popular di kalangan aktivis, wartawan, organisasi dan sesiapa yang betul betul serius tentang privacy.

Ikut pada research, ramai yang mengatakan Signal lebih privacy dari WhatsApp. Signal boleh gunakan username macam Telegram. Jadi korang tak perlu dedahkan no telefon korang pada orang lain.

Plus, Signal adalah percuma dan boleh digunakan hampir di semua platform.

Photo by Adem AY on Unsplash

Telegram: Super app dari Russia

Telegram ni asalnya dari Russia, tapi sekarang based di Dubai. App ni famous dengan flexibility dan speed dia. Dengan Telegram, korang boleh hantar mesej, media, dan files tanpa limit size yang besar sangat.

Dia juga ada macam macam features contoh channels, bots, dan polls yang boleh buat interaksi lebih menarik. Telegram ni ada dua jenis chat, regular dengan server-side encryption, dan secret chats yang ada end-to-end encryption.

Kiranya ada options untuk korang pilih. Dua dua ada kelebihan masing masing. Kalau korang pilih cloud, kelebihannya mesej korang akan disimpan online, so bila korang login ke devices lain, mesej tu akan ada sekali.

Paling best pasal app ni, Telegram ni free dan funded oleh founder dia sendiri, Pavel Durov, jadi tak perlu risau pasal ads atau subscription fee.

Cuma kalau korang nak boost feature yang ada dalam Telegram gunalah Telegram Premium.

Wire: Swiss-made security

Wire ni dibuat di Switzerland dan app ni hanya focus kepada privacy dan security. Dia gunakan username dan email untuk signup, jadi korang memang tak perlu nak register guna phone number.

Wire ni boleh dikatakan best juga sebab app ni sesuai untuk kegunaan business dan personal use, dengan pelbagai features macam file sharing, video calls, dan secure messaging.

Dia ada version free untuk personal use, tapi ada juga business features lebih advanced, tapi korang kena subscribe lah. Wire ni popular dalam dikalangan usahawan yang mementingkan security dan privacy.

Cuma dalam Malaysia, kurang famous sikit la app ni. Tapi berbaloi untuk korang cuba.

Messenger FB: Social butterfly’s choice

Walaupun Messenger FB ni banyak dikritik pasal privacy concerns, tapi ia tetap salah satu app yang paling famous sebab kebanyakan orang menggunakan Facebook.

Messengger ni memudahkan untuk korang chat, buat group, share files, dan video calls dengan orang yang korang kenal dan tak kenal. Plus, app ni ada banyak games dan bots untuk korang explore.

Messenger ni free untuk digunakan, tapi remember, Facebook guna data korang untuk target ads. Dan Facebook ni juga mudah menjadi sasaran hacker untuk di hijack sebab profile korang adalah public.

Viber: Clear calls even on slow networks

Viber ni strong dalam voice dan video calls, dan dia famous sebab kualiti panggilan dia yang sangat clear walaupun pada slow networks. Asalnya app ni dari Israel, tapi sekarang owned by Japanese company, Rakuten.

Macam app yang lain, Viber juga menggunakan end-to-end encryption untuk messages dan calls. Cuma app ni popular di Eastern Europe. Kalau dalam Malaysia ni kurang la penggunaannya.

Viber ni free untuk basic messaging dan calls, tapi ada in-app purchases untuk stickers, themes, dan Viber Out calls ke non-Viber numbers. Boleh try kalau korang nak cuba.

Threema: Made with privacy in Switzerland

Threema ni satu lagi aplikasi yang berasal dari Switzerland, negara yang terkenal dengan ketatnya undang-undang tentang privasi.

Apa yang membuat Threema unik ialah app ni tak memerlukan phone number atau email untuk korang sign up—sebaliknya, pengguna akan diberikan Threema ID.

Wow maknanya benda ni lagi privacy dari semua app yang ada sebab korang boleh jadi anonymous sepenuhnya.

Fokus utama Threema adalah pada privacy dan anonymous pengguna, dengan semua komunikasi (termasuk mesej, panggilan suara, file sharing, dan status updates), semuanya dilindungi dengan end-to-end encryption.

Cuma berita sedihnya app ini adalah berbayar, dengan bayaran one-time purchase, yang menunjukkan komitmen mereka terhadap privacy pengguna tanpa bergantung kepada iklan atau penjualan data.

Skype: Veteran dalam dunia panggilan video

Skype, yang sekarang dimiliki oleh Microsoft, merupakan salah satu aplikasi komunikasi paling lama dan masih popular terutamanya dalam kalangan usahawan dan profesional.

App ni membolehkan pengguna membuat panggilan suara dan video, menghantar mesej, dan berkongsi fail pada hampir ke semua devices.

Skype memang dah terkenal dengan kestabilan dan kualiti panggilan video yang baik, menjadikan app ni sebagai pilihan yang baik untuk conference calls atau sesi interview jarak jauh.

Skype sentiasa percuma untuk kegunaan asas, tetapi ada juga offer untuk korang subscribe dan dapatkan kredit untuk panggilan ke nombor telefon.

Photo by Mati Flo on Unsplash

Spike: Email reinvented

Spike ni approach komunikasi dari sudut yang berbeza—App ni mengubah email menjadi sesuatu yang lebih mirip kepada chat.

Dengan menggabungkan email dan messaging dalam satu platform, Spike boleh membuat komunikasi yang lebih efisien, terutamanya untuk kegunaan profesional.

Features macam collaborative notes dan to-do lists juga menambah nilai kepada aplikasi ini.

Spike ni percuma untuk personal use, tapi ada options untuk korang upgrade untuk business users yang memerlukan lebih banyak storage dan features.

Setiap aplikasi yang di listkan tadi ada banyak ciri-ciri yang menjadikan app tu unik dan berguna mengikut keperluan dan preferensi korang.

So, kenapa tak explore dan tengok mana yang paling fit dengan lifestyle korang?

Fahamkan tentang security dalam app Mesengger

Ada banyak istilah teknikal yang mungkin buat korang keliru. Dan sebenarnya memang ramai yang tak faham apa benda istilah yang digunakan tu.

End-to-End Encryption (E2EE)

E2EE ni macam surat yang korang pos pakai kotak yang berkunci. Bayangkan korang hantar kunci ke penerima melalui cara lain, dan hanya penerima dengan kunci tu je boleh buka kotak dan baca surat tu.

Dalam konteks digital, E2EE memastikan hanya pengirim dan penerima yang boleh akses mesej, panggilan, atau data yang korang hantar.

Semua komunikasi encryption (ditukar menjadi code) di devices pengirim dan hanya boleh di translate code ni pada devices penerima.

Ini bermakna, walaupun data korang diintersep oleh orang tengah, dia tak akan dapat membaca atau mendengar apa-apa sebab dia tak ada ‘kunci’.

Cloud Storage

Cloud storage ni macam almari yang korang sewa tapi dalam dunia digital. Korang boleh simpan data, gambar, dokumen dalam ‘cloud’ ni dan boleh akses dari mana-mana devices, asalkan korang ada internet.

Contohnya, Telegram menggunakan cloud storage untuk menyimpan mesej, photo, dan file, membolehkan korang untuk akses benda-benda ni dari mana-mana devices tanpa perlu simpan secara data dalam telefon.

Benda ni berbeza dengan aplikasi macam Signal, yang lebih fokus kepada privasi dan tidak menyimpan data di cloud, sebaliknya menyimpan semuanya secara lokal pada devices pengguna.

Photo by Dimitri Karastelev on Unsplash

Guna nombor telefon vs email

Bila korang sign up untuk app dengan menggunakan nombor telefon, benda ni jadi lebih mudah untuk orang yang ada dalam contact list korang untuk jumpa dan add korang dalam app tu.

Tapi, ini juga bermakna korang kena share nombor telefon personal, yang mungkin tak semua orang selesa untuk buat. No telefon pada hari ni sangat privacy dan penting sebab korang akan gunakan no ni untuk urusan banking.

Tapi, kalau korang menggunakan email atau username untuk sign up, benda ni akan lebih anonymous dan privasi. Sebab email atau username tak semestinya akan terikat dengan identiti sebenar korang. Email ni korang boleh tukar tukar je tanpa ada hal.

App macam Wire dan Threema membolehkan korang untuk sign up tanpa menggunakan nombor telefon dan memberikan korang layer privasi tambahan untuk yang nakkan mode anonymous.

Kelebihan dan kekurangan Cloud vs Local Storage

Cloud storage:

  • Kelebihan: Korang boleh akses data dalam cloud ni dari mana-mana, mudah sebab korang tak perlu backup. Kalau devices hilang atau rosak, just register je ke devices lain. Semua mesej korang akan ada balik.
  • Kekurangan: Potensi isu privasi sebab boleh diakses oleh pihak ketiga.

Local storage:

  • Kelebihan: Korang control sepenuhnya atas data, lebih private dan secure. Kalau kena hijack, mesej korang kekal dalam devices. Hacker takkan dapat baca mesej korang walaupun sudah di hijack.
  • Kekurangan: Risiko untuk kehilangan data kalau devices korang rosak atau hilang, kalau korang tak update setiap masa, korang akan hilang banyak mesej penting.

Jadi korang kena pilih apps mana yang sesuai dengan keperluan korang. Kalau korang berhubung dengan orang di luar negara, better pakai Signal, Wire atau Threema untuk menjaga privacy dan security korang.

Kalau korang rasa content dalam portal ni best, korang boleh bagi review pada page Hackers Malaysia. Boleh sampaikan apa yang korang nak sampaikan or recommend dengan 5 bintang. Terima kasih support.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support