Apa itu Ethical Hacker: Ini yang patut korang tahu

Apa itu Ethical Hacker?

Ethical Hacker, atau dalam Bahasa Malaysia kita panggil ‘Peretas Beretika’. Tapi kita tak nak lagi sebut peretas.

Kita sebut hacker yang baik je. So, ethical hacker ni adalah individu yang menggunakan kemahiran hacking mereka untuk membantu syarikat mengesan kelemahan dalam sistem yang mereka bangunkan. 

Tujuannya? Bukan untuk rosakkan apa-apa, tapi untuk improvekan system tu. So memang dah jumpa kelemahan dalam system, kena report la pada company, then company tu pun akan improve dan fix apa yang patut. Gitu.

Ethical Hacker

Kenapa Ethical Hacker diperlukan?

Alamak, korang mesti terfikir kan, kenapa perlukan hacker untuk detect & fix system pulak?

Baik aku jelaskan:

  • Mencari kelemahan dalam sistem: Ethical Hacker boleh detect dan report kelemahan dalam sistem sebelum hacker jahat jumpa dan guna. Macam guard korang, tahu?
  • Melindungi data: Data penting. Tak nak la semua data penting kena curi. Ethical Hacker akan pastikan data korang selamat dan terlindung.
  • Mencegah serangan: Kalau ada Ethical Hacker, mereka akan buat apa yang diperlukan untuk halang serangan siber sebelum ia berlaku. Tak perlu tunggu sistem rosak baru nak cari jalan penyelesaian, kan?

Bagaimana untuk menjadi Ethical Hacker?

Ok, korang dah paham konsep Ethical Hacker. Tapi macam mana nak jadi satu?

  • Pendidikan: Korang kena ada pengetahuan dan kemahiran dalam IT, lebih-lebih lagi dalam bidang keselamatan siber.
  • Pengalaman: Pengalaman praktikal sangat penting. Korang kena ada pengalaman dalam mengurus dan memperbaiki sistem komputer.
  • Sijil: Ada beberapa sijil yang korang boleh ambil seperti Certified Ethical Hacker (CEH), Offensive Security Certified Professional (OSCP) dan banyak lagi.

Kesimpulan

Bila kita dengar perkataan “hacker”, kebanyakan dari kita terus fikir negatif.

Tapi, Ethical Hacker bukanlah musuh, sebenarnya hacker ni wira yang tak nampak dalam dunia siber.   

Bagi mereka yang minat dan berbakat dalam bidang IT, kerjaya sebagai Ethical Hacker mungkin adalah satu jalan untuk korang gunakan kemahiran korang untuk tujuan yang baik. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support