Apa itu Keylogger? - Korang patut ambil tahu

Keylogger, atau disebut sebagai keystroke logger, ialah satu software atau device yang berfungsi untuk record setiap typing di keyboard korang.

Bukan tu je, keylogger juga boleh menyimpan dan menghantar rekod typing tadi tu kepada orang lain tanpa korang sedar. Macam mana tu?

Keylogger biasanya digunakan oleh hacker, spy, atau scammer untuk mencuri maklumat peribadi, password, nombor akaun bank, atau apa-apa sahaja yang korang taip kat PC atau pun smartphone korang.

Keylogger boleh berbentuk software yang diinstall secara illegal dalam sistem korang atau device yang disambungkan pada keyboard korang.

Ada juga keylogger yang berfungsi sebagai spyware, iaitu software yang boleh mengesan aktiviti korang di internet, contoh macam website yang korang visit, e-mail yang korang hantar, atau chat yang korang taip.

Keylogger: Apa bahayanya?

Keylogger boleh akses kepada data peribadi korang, terutamanya jika korang menggunakan PC atau smartphone untuk urusan penting, contoh macam online bankinge-commerce, atau e-learning.

Keylogger boleh menyebabkan korang menjadi mangsa kecurian identitipenipuan kredit, atau kehilangan data penting.

Keylogger juga boleh mengganggu prestasi sistem korang, boleh menyebabkan PC atau smartphone korang menjadi lembabhang, atau crash. Ini disebabkan keylogger yang membuat penghantaran file secara online tanpa korang sedar.

Apa itu Keylogger? - Korang patut ambil tahu

Keylogger: Macam mana nak elak?

Untuk mengelakkan keylogger, korang perlu berhati-hati dan bijak bila menggunakan PC atau smartphone korang.

Ini antara beberapa tips yang boleh korang ikut:

  • Jangan download atau buka apa-apa fail, e-mail, atau link yang mencurigakan, terutamanya dari sumber yang tidak dikenali. Keylogger boleh tersebar melalui virustrojan, atau phishing.
  • Install dan update software antivirus atau anti-spyware yang boleh mengesan dan membuang keylogger dari sistem korang. Pastikan korang scan sistem korang secara berkala dan aktifkan firewall korang.
  • Gunakan virtual keyboard bila korang nak masukkan maklumat sensitif, contohnya macam password atau nombor kad kredit. Keyboard ni boleh mengelirukan keylogger yang cuba record typing keyboard korang.
  • Tukar password korang secara kerap dan gunakan password yang kuat dan unik untuk setiap akaun korang. Jangan guna password yang mudah diteka, macam nama, tarikh lahir, atau nombor telefon korang.
  • Jangan pinjamkan atau tinggalkan PC atau smartphone korang kepada orang yang korang sendiri tak trust. Keylogger boleh di install dari jarak jauh oleh orang yang nak mencuri maklumat korang.

Keylogger: Hacker pun suka guna

Salah satu tujuan utama hacker ialah untuk mendapatkan password atau data yang diorang nak dari korang. Hacker boleh guna keylogger untuk capai tujuan tu dengan mudah.

Hacker boleh hack sistem korang dan install keylogger secara rahsia, atau hacker boleh trick korang untuk install keylogger dengan cara yang halus.

Bila korang dah terkena dengan keylogger, hacker boleh access semua akaun korang yang penting, macam e-mail, bank, atau media sosial, dan buat apa sahaja yang diorang suka dengan maklumat korang.

Hacker boleh juga jual balik maklumat peribadi korang kepada korang sendiri. Contoh ransomware. Diorang lock file file penting dan minta korang tebusan.

Keylogger: Apa kesimpulannya?

Keylogger adalah satu ancaman yang sangat serius kepada privasi dan keselamatan data korang. Keylogger boleh record, simpan, dan hantar apa sahaja yang korang taip kat PC atau smartphone korang kemudian menghantar record tu kepada orang lain.

Semoga artikel ni dapat membantu korang memahami apa itu keylogger dan bagaimana nak elakkan diri dari menjadi mangsa keylogger.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial