Apa itu Malware? - Jom study

7 min read

Malware adalah singkatan daripada malicious software, iaitu software yang direka khusus untuk merosakkan, mencuri, atau hijack PC korang untuk mendapatkan data yang di inginkan.

Malware boleh datang dalam pelbagai bentuk, macam virus, trojan, worm, spyware, ransomware, dan lain-lain.

Malware boleh menyebabkan pelbagai masalah, seperti melambatkan performance komputer, tunjuk ads yang boleh mengganggu, ubah setting sistem, mencuri maklumat peribadi, atau mengunci data korang sehingga korang perlu membayar duit dalam jumlah tertentu.

Malware bukan sahaja boleh mengancam security data korang, tapi boleh menjejaskan keselamatan data orang lain yang connected melalui network korang.

Bagaimana malware masuk ke komputer atau smartphone korang?

Malware boleh masuk ke komputer atau smartphone korang melalui pelbagai cara, tetapi antara yang paling biasa adalah:

  • Membuka attachment atau link yang mencurigakan dalam e-mail, message, atau social media. Attachment atau link ini mungkin mengandungi kod jahat yang akan run apabila korang klik atau open.
  • Download atau install software yang tidak diketahui daripada source yang tidak trusted. Software macam ni mungkin mengandungi malware yang hidden atau bundled dengan software yang legit.
  • Menggunakan external storage device yang dah effected, macam pendrive, hard disk, atau memory card. Malware boleh infect dengan device korang bila korang connectedkan external storage ni yang mengandungi malware ni.
  • Surf website yang tidak secure atau dangerous, yang mungkin memaparkan ads yang mengandungi malware, atau exploit weakness dalam browser web atau OS korang untuk tujuan inject malware ke dalam komputer atau smartphone korang.

Bagaimana korang boleh avoid atau remove malware?

Untuk avoid atau remove malware, korang perlu ambil langkah-langkah ni:

  • Gunakan antivirus yang reliable dan updated, yang boleh detect dan remove malware yang mungkin ada dalam komputer atau smartphone korang. Antivirus juga boleh alert korang jika korang cuba open atau download something yang suspicious atau harmful.
  • Jaga security e-mail dan account korang, dengan menggunakan password yang strong dan different untuk setiap account, dan tidak share password dengan sesiapa. Juga, jangan mudah trust e-mail atau message yang claim daripada source yang legit, tetapi minta korang untuk provide maklumat peribadi, kewangan, atau password korang. Benda ni mungkin attempt scam atau phishing untuk dapat access kepada account atau data korang.
  • Elakkan download atau install software yang tak diketahui, dan pastikan korang check source dan review software sebelum download atau install. Juga, elakkan guna software yang unlicensed atau cracked, sebab ia mungkin mengandungi malware atau spyware. Kecuali kalau korang ni advanced user.
  • Gunakan external storage device yang safe, pastikan korang scan device ini dengan antivirus sebelum dan selepas guna. Juga, jangan guna device yang unknown atau yang given by orang yang korang tak trusted.
  • Surf website yang secure dan reputable, dan pastikan korang guna browser web yang updated dan ada features security, macam ad blocker, fraud protection, dan SSL certificate. Juga, jangan klik pada ads atau link yang suspicious atau catchy, sebab benda ni mungkin akan bawa korang ke website yang dangerous.

Apa yang korang boleh buat jika komputer atau smartphone korang terkena malware?

Jika komputer atau smartphone korang dah terkena malware, jangan panic, terus action ASAP untuk solve masalah ni.

Antara steps yang korang boleh ambil adalah:

  • Disconnect internet, untuk stopkan malware daripada send atau receive data, atau infect pada komputer atau smartphone yang lain dalam network korang.
  • Restart komputer atau smartphone korang dalam safe mode, yang hanya allow basic software untuk run, dan stop malware daripada function fully.
  • Run antivirus dalam full mode, untuk scan seluruh komputer atau smartphone korang supaya dapat detect dan remove malware yang ada.
  • Restore sistem korang ke restore point sebelumnya, untuk return setting dan file sistem korang ke state sebelum korang terkena malware.
  • Report insiden ni kepada pihak yang related macam ISP dan bank, itu pun kalau korang rasa data atau account korang dah kena stolen, misused, atau compromised disebabkan malware. Benda ni boleh help prevent atau reduce kerugian yang lebih besar.

Conclusion

Malware adalah software yang boleh damage, steal, atau hijack komputer untuk data korang. Berhati hati dengan malware, sentiasa prepare diri dengan system security yang kuat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial