Apa itu Neuralink - Boleh control devices hanya guna fikiran

Apa itu Neuralink?

Neuralink ni adalah salah satu syarikat yang ditubuhkan oleh Elon Musk, orang yang sama buat kereta Tesla, roket SpaceX, dan juga founder kepada PayPal.

Dia ni memang kaya dan termasuk antara orang yang terkaya di dunia, sangat pandai, dan ada gila gila sikit perangai dia tu.

Dia buat Neuralink ni sebab dia nak cipta satu teknologi yang buatkan korang ada kemampuan untuk berhubung dengan devices macam komputer atau telefon tanpa menggunakan tangan atau pun suara.

Yes korang boleh control barangan elektronik hanya menggunakan minda korang sahaja.

Neuralink ni dibuat pada tahun 2016 secara private, kemudian dia umumkan kepada public pada tahun 2017. Then, dia mula mencari lebih ramai orang yang pandai dalam bidang neurosains dan engineer, dan mencari sukarelawan untuk uji benda ni.

Pada tahun 2019, dia tunjuk pada semua orang bahawa dia dah berjaya pasang benda ni dalam otak tikus dan monyet, dan boleh baca apa yang otak diorang fikirkan.

Pada tahun 2023, Neuralink mendapat kebenaran daripada FDA (Food and Drug Administration), iaitu badan yang menjaga kesihatan di Amerika untuk start menguji benda ni pada manusia pulak.

Fuh. Bukan benda yang boleh bawa main dengan teknologi ni.

PRIME Study – Neuralink’s Clinical Trial

Tujuan Neuralink dibuat

Tujuan utama Neuralink dibuat adalah untuk membantu pesakit yang tidak berkemampuan dari segi FIZIKAL contohnya macam TAK BOLEH BERCAKAP dan TAK BOLEH BUAT APA APA untuk jangka masa yang panjang.

Untuk orang yang tak boleh bercakap

Yes, Neuralink ni dijadikan adalah untuk membantu orang yang tidak boleh bercakap dengan menyambungkan otak pesakit dengan devices Neuralink. Kemudian pesakit boleh control hampir kesemua devices hanya dengan menggunakan fikiran sahaja.

Benda ni juga membolehkan pesakit untuk control mouse PC, atau taip keyboard dan hantar mesej hanya menggunakan fikiran saje. Main game dengan fikiran pun boleh dan dah terbukti pada monyet.

Pesakit juga boleh gunakan Neuralink ni untuk surf internet dan buat design secara digital hanya menggunakan fikiran. So Neuralink ni memang sangat membantu dan mengubah nasib pesakit yang TIADA KEMAMPUAN untuk bercakap atau lumpuh sepenuhnya.

Neuralink boleh merawat penyakit otak

Neuralink ni boleh monitor aktiviti otak dan detect perubahan yang mungkin menunjukkan penyakit otak macam paralysis, epilepsy dan penyakit Parkinson’s. Benda ni juga boleh monitor simptom kesihatan mental korang.

Kalau korang ada masalah macam burnout, penat, anxiety atau depression, Neuralink ni boleh hantar rangsangan elektrik ke bahagian tertentu dalam otak korang sebagai rawatan.

Neuralink boleh tambah kemampuan otak korang

Neuralink ni juga boleh tolong korang untuk improve fokus, memori dan perhatian korang dengan membolehkan korang melatih otak korang dengan biofeedback dan teknik yang lain.

Adakah Neuralink selamat?

Neuralink ni benda yang masih baru dan belum teruji sepenuhnya, jadi tak boleh nak cakap dengan pasti adakah dia selamat atau tak.

Tapi, ada beberapa perkara yang boleh korang ambil kira untuk nilai tahap keselamatan benda ni, macam teknologi, peraturan, dan kesan sampingannya kepada manusia.

Teknologi

Neuralink ni menggunakan teknologi yang canggih dan moden untuk buat benda ni, yang boleh buatkan Neuralink ni lebih selamat daripada benda-benda yang lama.

Contohnya macam, teknologi ni menggunakan benang-benang halus yang boleh ditanam ke dalam otak dengan jarum yang sangat nipis, yang mana boleh mengurangkan kerosakan atau jangkitan pada otak manusia.

Teknologi Neuralink ni juga menggunakan Surgical Robot yang boleh membuat pembedahan dengan tepat, supaya dapatk mengelakkan kesilapan atau komplikasi pada pesakit ketika devices Neuralink dimasukkan.

Neuralink juga menggunakan bateri yang boleh dicas tanpa wayar, yang mana boleh jimatkan masa dan tenaga. Benda ni juga menggunakan cip dan elektronik yang berkuasa rendah, yang mana boleh menjaga suhu dan tekanan di dalam otak.

Peraturan

Neuralink ikut peraturan dan standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan badan professional, yang mana diorang boleh jamin keselamatan dan kualiti Neuralink.

Neuralink ni dah dapat kelulusan daripada FDA, yang boleh pastikan benda dia ni selamat dan berkesan untuk digunakan pada manusia.

Tapi Neuralink juga kena dapatkan kebenaran dan kepercayaan daripada pesakit tu sendiri, yang mana untuk pastikan benda ni selamat dan bermanfaat untuk pesakit. Dia juga kena patuh dengan undang-undang dan etika yang ditetapkan.

Kesan sampingan

Sama macam kebanyakan surgery, semuanya ada risiko tersendiri.

Risiko untuk Neuralink ni berkemungkinan adalah boleh menyebabkan kerosakan dalam otak, terkena virus atau serangan dari hacker yang boleh membuatkan otak korang menjadi kacau atau rosak sepenuhnya.

Risiko yang lain juga boleh menyebabkan jangkitan, pendarahan dan kerosakkan tisu otak. Juga ada kemungkinan benda ni boleh buatkan korang berubah atau berbeza, yang buatkan korang hilang hubungan atau hormat pada orang lain.

Credit to: Neuralink.com (Official Website)

Kesimpulan

Neuralink ni benda yang baru dan belum teruji sepenuhnya, jadi tak boleh cakap dengan pasti adakah dia selamat atau tak.

Tapi, ada beberapa perkara yang boleh korang kena ambil kira untuk nilai tahap keselamatan benda ni, contohnya macam teknologi, dan kesan sampingan.

Neuralink ni memang ada potensi untuk membantu pesakit yang alami masalah otak yang serius dan buatkan pesakit untuk ada kemampuan mengawal devices dengan fikiran. tapi pada masa yang sama akan ada risiko yang pesakit kena hadapi.

Neuralink ni masih di peringkat awal, dan masih banyak lagi yang perlu di buktikan sebelum benda ni boleh digunakan secara meluas. Neuralink menjanjikan masa depan yang terbaik untuk manusia, dan mungkin untuk otak kita semua.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support