Apa itu SSL Certificate? - Jom study

SSL certificate ni adalah fail data yang ada dalam server website.

Fail ni ada maklumat tentang website tu, macam nama domain, siapa yang punya, siapa yang keluarkan certificate, dan bila tamat tempoh.

Fail ni juga ada kunci awam (public key) untuk buat sambungan yang selamat dengan browser. Kunci rahsia (private key) pulak simpan dalam server je, tak kongsi dengan sesiapa.

Apa fungsi SSL certificate?

SSL certificate ni ada dua fungsi utama: enkripsi dan pengesahan.

  • Enkripsi: SSL certificate ni guna kunci awam dan kunci rahsia untuk sulitkan data yang hantar antara server dan browser. Contohnya, kalau korang isi borang dengan nama, alamat, atau nombor kad kredit, data tu akan dienkripsi dengan kunci awam, dan hanya boleh didekripsi dengan kunci rahsia. Ini dapat halang hacker dari baca atau ubah data tu.
  • Pengesahan: SSL certificate ni juga sahkan identiti server yang ada website tu. Ini dapat elakkan penipuan atau spoofing, di mana hacker buat website palsu yang tiru website asal. Browser akan semak SSL certificate tu untuk pastikan website tu betul-betul milik orang yang sepatutnya.

Macam mana nak tahu website ada SSL certificate?

Senang je, korang boleh tengok URL website tu. Kalau ada HTTPS (HyperText Transfer Protocol Secure) dan ikon mangga di sebelah kiri, maknanya website tu ada SSL certificate dan selamat untuk lawat.

Kalau tak ada, website tu guna HTTP je, yang tak selamat dan mudah kena hack.

Korang juga boleh klik pada ikon mangga tu untuk tengok butiran SSL certificate tu, macam siapa yang keluarkan, bila tamat tempoh, dan apa kunci awam dia.

Macam mana nak dapatkan SSL certificate?

Ada banyak cara untuk dapatkan SSL certificate, tapi yang paling mudah dan percuma adalah guna Cloudflare.

Cloudflare ni adalah syarikat yang tawarkan SSL/TLS percuma untuk website. Korang cuma perlu daftar dengan Cloudflare, tambah website korang, dan ikut arahan yang diberi.

Cloudflare akan uruskan semua proses untuk pasang SSL certificate pada website korang.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support