Kalau korang tak dapat bayar pemberi pinjaman berlesen, mula-mula pihak syarikat akan start call korang dulu, hantar SMS, atau bagi surat peringatan. Diorang ni masih okay lagi time ni, slow-slow je ingatkan korang untuk buat pembayaran, mungkin korang terlupa ke, tersalah tarikh ke kan. Jadi, first few weeks atau bulan memang rileks lagi.
Pastikan pinjaman korang di bawah kawalan KPKT
Tapi sebelum korang baca artikel ni – korang kena pastikan yang pinjaman peribadi berlesen yang korang ambil tu memang dilesenkan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kalau pinjaman tu tak berdaftar di bawah KPKT, itu kira pinjaman haram atau ‘Ah Long’. Jadi korang memang tak dilindungi dan ada risiko kena scam.
Pinjaman berlesen ni ada standard tertentu yang diorang kena ikut, jadi kalau ada apa-apa masalah, korang boleh buat aduan dekat KPKT. Korang boleh semak senarai syarikat pinjaman berlesen kat website KPKT, jangan main bedal je bila nak buat pinjaman tu.

Penguatkuasaan undang-undang hanya selepas amaran
Bila dah banyak hari korang masih tak bayar selepas diorang ingatkan, syarikat pinjaman berlesen ni masih kena ikut prosedur undang-undang. Diorang tak boleh main hantar geng ‘debt collector’ untuk datang ketuk pintu rumah korang macam dalam drama tu. Kalau ada pun, diorang kena bagi notis dulu dan bagi tahu apa langkah seterusnya. Kalau korang masih tak bayar selepas dapat beberapa amaran, diorang akan proceed perkara ni ke mahkamah.
Tindakan mahkamah adalah langkah terakhir
Ni part yang ramai orang risau, tapi sebenarnya korang jangan takut sangat.
Kalau kes masuk mahkamah, itu bukan bermaksud hidup korang habis. Mahkamah ni adil, korang akan diberi peluang untuk explain keadaan korang. Kadang-kadang, mahkamah akan benarkan korang bayar secara ansuran yang lebih rendah daripada apa yang syarikat pinjaman mintak. Jadi, jangan risau, ada cara nak selesaikan ikut saluran undang-undang.
CTOS dan rekod kredit korang boleh terjejas
Okay, korang kena tahu sikit pasal CTOS. Kalau korang tak bayar pinjaman, rekod kredit korang akan masuk dalam sistem CTOS. Bila nama korang dah masuk CTOS, bukan senang untuk korang nak apply pinjaman lain lepas ni, sebab bank atau syarikat kewangan lain akan nampak yang korang ada rekod tak bayar hutang. Tapi, jangan risau sangat. Bila korang dah settle hutang, korang boleh minta syarikat tu update status korang dan nama korang boleh clear balik selepas semuanya dah settle. So dont worry sangat lah.
Debt collector tak boleh ugut atau bertindak ganas
Bab ‘debt collector’ ni memang seram kalau dengar cerita orang. Tapi untuk syarikat pinjaman berlesen yang sah, diorang ada undang-undang yang kawal. Debt collector ni tak boleh ugut atau datang rumah korang buat kecoh. Kalau korang kena ugut atau rasa terancam, korang boleh buat laporan polis atau terus report pada KPKT. Diorang tak boleh buat suka hati sebab diorang pun ada undang-undang yang kena ikut. Silap silap korang boleh saman debt collector tu bila korang dah ada duit nanti.
Korang boleh buat aduan kepada KPKT
Kalau korang rasa syarikat pinjaman ni melampau, ugut lebih-lebih, atau dah buat something yang melanggar undang-undang, korang boleh je buat report dekat KPKT. KPKT ni ada kuasa untuk ambil tindakan terhadap syarikat yang melanggar peraturan. Jadi, jangan takut untuk bersuara kalau korang rasa teraniaya. Korang ada hak sebagai peminjam.
Cara untuk selesaikan masalah dengan aman
Kalau korang betul-betul ada masalah kewangan nak bayar balik, korang boleh cuba bincang dengan syarikat tu. Banyak syarikat yang boleh bagi pelan pembayaran yang lebih fleksibel. Jangan terus hilang dari radar atau tak jawab panggilan, sebab itu boleh buatkan diorang anggap korang lari dari tanggungjawab. Berbincanglah dengan baik, kebanyakan kes boleh diselesaikan tanpa perlu ke mahkamah pun.

Pilihan lain untuk elakkan masalah kewangan
Kalau korang rasa tak nak deal dengan pinjaman peribadi berlesen lepas ni, consider cara lain untuk handle kewangan korang. Maybe korang boleh start buat side income, kurangkan expenses yang tak perlu, atau belajar lebih tentang pengurusan kewangan. Kadang-kadang korang kena buat keputusan yang lebih bijak supaya tak terjebak lagi dalam masalah kewangan yang complex.
Kesimpulan: Semua benda boleh settle
Akhir sekali, janganlah terlalu stress kalau korang ada isu dengan pinjaman peribadi berlesen. Tapi sebelum tu pastikan yang korang pinjam tu betul betul ada lesen. Kalau tak, lain la pulak ceritanya. Fahami hak korang, pastikan pinjaman tu di bawah kawalan KPKT, dan kalau ada masalah, gunakan saluran yang betul untuk selesaikan. Jangan takut untuk bersuara dan cari bantuan. Apa pun situasi, ada cara untuk settle. Keep calm and stay smart!
Adakah artikel ini membantu?