Bila duit korang tiba tiba tak ada dalam bank, jangan panic dulu. Buat langkah langkah dibawah ni supaya korang dapat jawapan yang tepat dan mungkin akan bantu korang untuk dapatkan duit balik.

Semak transaksi terakhir

Log masuk ke akaun bank korang melalui website rasmi bank dengan menggunakan devices korang macam smartphone atau komputer. Semak semua transaksi terkini dan pastikan tiada transaksi yang tak dikenali atau mencurigakan. Ini penting untuk tahu kalau ada scammer yang dah akses akaun korang.

Hubungi bank korang segera

Jangan berlengah-lengah, segera call bank korang melalui nombor telefon rasmi yang ada kat website bank tu. Bagitahu mereka duit korang hilang dan minta mereka untuk sekat akaun korang buat sementara waktu untuk elakkan transaksi lanjut. Korang juga boleh freeze akaun korang sendiri melalui app. Ada sesetengah bank ada sediakan feature ni. Bank juga mungkin boleh bantu kesan transaksi yang mencurigakan dan mungkin kembalikan duit korang kalau kehilangan disebabkan oleh scammer.

Laporkan kepada pihak berkuasa

Lepas dah call bank, langkah seterusnya korang kena buat laporan polis. Itu pun kalau korang rasa perlu. Benda penting untuk rekod rasmi dan mungkin perlu untuk siasatan lanjut oleh pihak bank kalau scammer terlibat dalam aktiviti phishing. Buat laporan di balai polis terdekat dan simpan salinan laporan untuk rujukan masa hadapan. Ini boleh bantu kalau korang perlu buktikan yang transaksi tu bukan korang yang buat.

Apa nak buat kalau duit dalam bank hilang - ini yang korang patut tahu
Photo by Tima Miroshnichenko

Tukar password dan maklumat keselamatan

Tukar password akaun bank korang secepat mungkin. Pilih password yang kuat dan sukar diteka dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol. Jangan guna password yang sama untuk akaun lain. Guna teknik password manager untuk urus password dengan lebih selamat. Pastikan juga korang tukar maklumat keselamatan lain macam soalan keselamatan dan nombor telefon yang dihubungkan dengan akaun korang.

Check dan update semua app dalam devices

Pastikan devices (smartphone atau komputer) yang korang guna untuk akses akaun bank adalah selamat dan bebas daripada phishing atau malware. Install antivirus yang terkini untuk lindungi devices korang daripada ancaman. Lakukan pengimbasan penuh pada devices korang untuk pastikan tiada perisian yang mencurigakan. Juga, pastikan sistem operasi dan semua aplikasi di devices korang sentiasa dikemas kini kepada versi yang paling baru.

Sentiasa monitor akaun korang secara berterusan

Lepas ambil langkah-langkah di atas, pastikan korang kerap pantau akaun bank korang. Semak akaun secara berterusan untuk pastikan tiada aktiviti mencurigakan di masa depan. Pertimbangkan untuk letak amaran transaksi yang akan bagitahu korang setiap kali ada aktiviti dalam akaun. Dengan cara ni, korang boleh segera bertindak kalau ada transaksi mencurigakan.

Ingat balik email yang pernah korang masukkan di mana-mana website

Ingat kembali sama ada korang pernah masukkan email atau maklumat peribadi kat mana-mana website yang mencurigakan atau tak dikenali. Ini penting untuk tahu kalau scammer dah dapat akses maklumat korang melalui phishing. Kalau ada, pastikan korang berhenti guna website tu dan elakkan daripada masukkan maklumat peribadi di website yang korang tak trust.

Hubungi bank korang semula jika perlu

Kalau masalah masih berlanjutan, contact bank korang semula untuk dapatkan bantuan lanjut dan nasihat tentang tindakan seterusnya. Bagitahu mereka segala tindakan yang korang dah ambil dan minta nasihat tentang langkah tambahan yang boleh diambil untuk lindungi akaun korang.

Kongsikan info di media sosial

Kongsikan info ni dekat media sosial. Kadang kadang bila orang lain baca, diorang pun akan trigger sebab alami benda yang sama. So dengan perkongsian dari orang ramai korang boleh tahu apa yang berlaku sebenarnya. Pastikan korang tak dedahkan maklumat peribadi dalam post tu. Simple.

Tinggalkan Pendapat Anda