Ada scammer yang menyamar jadi direct lending - Ini yang korang perlu tahu

8 min read

Korang mesti pernah dengar pasal direct lending, kan?

Direct lending ni satu platform yang boleh tolong korang untuk dapatkan pinjaman secara online, tanpa korang perlu berhubung secara direct dengan bank atau pun pemberi pinjaman berlesen.

Direct lending ni trusted, sebab dia macam Shopee, jadi orang tengah antara yang nak pinjam dengan yang bagi pinjam. Nak tahu lagi baca disini.

Tapi, ada satu masalah yang korang kena tahu. Ada scammer yang cuba untuk menipu korang dengan menyamar menjadi direct lending.

Biasanya scammer ni yang akan cari korang, bukan korang yang cari dia. Scammer ni akan buat macam-macam cara untuk tipu korang, contohnya:

Buat website clone

Scammer akan bagi korang satu link website Direct Lending yang nampak macam real tapi sebenarnya clone, kalau tengok betul betul URL dia mesti korang nampak lain.

Contohnya, kalau website direct lending yang betul ialah www.directlending.com.my, scammer ni akan guna URL yang macam www.directlending.net.my atau www.direct-lending.com.my.

Nampak macam sama kan, tapi sebenarnya tak.

Kalau korang tak perasan, korang mungkin akan masuk kedalam website scammer ni dan isi borang permohonan pinjaman.

Bila korang dah isi, scammer ni akan minta korang bayar yuran proses atau deposit awal, padahal pinjaman tu sebenarnya tak wujud pun. Bila korang tak bayar, scammer ni mungkin akan naik angin sekali gus akan terus ugut korang.

Photo by Scott Graham on Unsplash

Claim dari Direct Lending

Scammer ni mungkin akan cuba untuk hubungi korang melalui telefon, WhatsApp, SMS, atau email, dan diorang akan claim yang diaorang dari direct lending.

Dia akan cakap yang korang layak untuk dapatkan pinjaman, tapi kena bayar yuran proses dulu.

Scammer ni akan bagi nombor akaun yang bukan milik direct lending, dan suruh korang transfer duit. Bila korang dah transfer, scammer ni akan cakap yang korang kena bayar lagi yuran lain, macam yuran GST, yuran insurans, yuran cukai, dan sebagainya.

Memang takkan habis masalahnya. Scammer ni akan asyik minta korang bayar sampai korang tak ada duit lagi, dan pinjaman pun tak dapat dapat lagi.

Guna akaun peribadi

Scammer juga akan menggunakan akaun peribadi untuk menerima pembayaran dari korang, bukannya akaun syarikat.

Korang kena ingat satu benda, Direct Lending yang sebenar tak akan minta apa apa pembayaran dari korang. So sebenarnya memang tak akan ada no akaun yang akan diberikan kepada korang.

Kalau korang nampak nama individu pada akaun bank tu contoh macam Ali, Abu, atau Ahmad, korang kena tahu, itu confirm scammer. Jangan sesekali transfer duit ke akaun peribadi!

Tak akan minta apa-apa bayaran

Nak tekankan lagi sekali, Direct lending yang sebenar takkan minta apa apa pembayaran dari korang. Korang hanya berurusan melalui website Direct Lending sahaja. Takkan melibatkan apa apa akaun bank.

Kalau scammer memang confirm confirm akan minta korang duit untuk proses, stamp duty dan bermacam macam lagi.

Kalau korang bayar, itu namanya korang dah kena scam.

Cara elak scammer

Jadi, macam mana korang nak elak dari kena tipu oleh scammer ni?

Korang kena tengok juga beberapa perkara untuk confirmkan yang korang berurusan dengan direct lending yang sebenar, bukannya scammer. Antara perkara yang korang boleh buat ialah:

  • Tengok URL website direct lending yang betul. Pastikan korang masuk website yang ada .com.my di hujung, bukan .net.my atau ada simbol - di tengah. Website direct lending yang sebenar juga akan ada logo padlock hijau di sebelah kiri URL, yang menunjukkan yang website tu selamat dan ada sijil SSL.
  • Tanya terus di pihak direct lending. Kalau korang ada terima apa-apa panggilan, mesej, atau email yang claim dari direct lending, jangan terus percaya. Korang boleh tanya terus di pihak direct lending melalui nombor telefon, email, atau live chat yang tertera di website direct lending yang sebenar. Korang boleh tanya sama ada korang memang ada buat permohonan pinjaman, dan sama ada korang kena bayar apa-apa yuran. Kalau pihak direct lending cakap tak ada, maknanya korang kena tipu oleh scammer.
  • Jangan bayar apa-apa duit. Ini paling penting. Korang jangan sesekali bayar apa-apa duit yang diminta oleh scammer, sama ada duit proses, deposit awal, atau yuran lain. Direct lending yang sebenar tak akan minta korang bayar apa-apa yuran sebelum korang dapat pinjaman. Kalau korang bayar, korang yang rugi duit, dan scammer akan senang dapat duit tu free free je.

Kesimpulan

Direct lending ni memang satu platform yang famous dan ramai orang dah gunakan.

Tapi, jangan sampai korang kena tipu dengan scammer yang cuba menyamar menjadi direct lending. Korang kena pastikan yang korang berurusan dengan direct lending yang sebenar, bukannya scammer.

Jangan terus menyalahkan Direct Lending, melainkan korang tengok dulu betul betul dengan siapa korang berurusan.

Terima kasih sebab baca artikel ni sampai habis, ada satu lagi platform yang boleh korang cuba untuk buat pinjaman, iaitu RinggitPlus. Yang ni memang confirm trusted. Click disini.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Portal Hackers

Financial