Apa nak buat kalau kena ugut dengan Ahlong

Ahlong ni pemberi pinjaman yang tak berlesen.

Diorang ni suka pinjamkan duit kat orang yang susah yang nak dapatkan pinjaman dari bank atau koperasi.

Tapi bila dah bagi pinjam, korang kena bayar balik dengan bunga yang terlalu tinggi. Kalau tak bayar, diorang akan ugut korang dengan bermacam-macam cara.

Diorang mungkin akan hantar gambar, video, mesej, atau call korang. Diorang akan cakap yang diorang nak rosakkan rumah korang, kacau keluarga korang, atau apa-apa je yang boleh buat korang takut.

Tapi sebenarnya, ada satu benda yang korang kena tahu, Ahlong ni sebenarnya tak berani nak buat apa-apa. Diorang cuma nak korang bayar hutang korang dengan cepat. Itu sahaja. Diorang cuma nak duit. Tapi kalau dah bayar, masih minta lagi, korang mungkin dah kena scam.

Benda ni bukan macam dalam drama. Diorang ni jenis takut juga dengan polis, PPIM, dan agency lain yang boleh tangkap diorang kalau diorang buat hal.

Diorang sebenarnya masih tahu pasal undang-undang dan diorang pun nak jaga diri diorang juga. Ahlong bukan MAFIA, tapi penipu yang nak dapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

Macam mana nak bezakan ahlong yang betul dan scam

Ahlong ni ada yang betul, ada yang scam.

Maksud yang betul ni, diorang ni memang akan pinjamkan duit kat korang, dan korang kena bayar balik dengan interest yang diorang dah tetapkan. Kalau korang bayar, hutang korang akan habis.

Tapi ahlong yang scam ni, korang bayar la banyak mana pun, hutang korang takkan habis. Diorang asyik cas korang dengan interest je.

Kalau korang lambat sikit, kena cas lagi. Itu yang pinjam RM2000 tiba-tiba jadi dah jadi 300 ribu. Ada ke patut? So ni langkah yang korang perlu buat kalau kena ugut dengan ahlong.

Percepatkan hutang

Kalau korang dah pinjam dengan ahlong, cuba la bayar hutang korang secepat mungkin.

Jangan tunggu sampai korang kena ugut, dah tu sampai tak boleh tidur. Kalau korang ada duit lebih, bayar la lebih sikit. Kalau korang ada barang yang boleh jual, jual la. Janji hutang settle.

Kalau korang ada kawan yang boleh tolong, minta la tolong. Yang penting, korang kena settlekan hutang korang dengan ahlong ni. Kalau tak, korang akan hidup dalam ketakutan, stress dan silap hari bulan boleh bunuh diri.

Buat report polis kalau rasa terancam

Kalau ahlong ni dah melampau sangat, sampai hantar gambar atau video yang menakutkan, atau datang ke rumah korang, korang WAJIB buat report polis dan PPIM.

Polis boleh tolong korang untuk tangkap ahlong ni.

Polis boleh jaga keselamatan korang dan keluarga korang. Polis dan PPIM boleh bagi nasihat kat korang macam mana nak handle ahlong ni. Jadi, jangan malu atau segan nak buat report polis. Ini hak korang sebagai mangsa ahlong.

Itu pun kalau korang rasa dah melebih sangat.

Apa nak buat kalau kena ugut dengan Ahlong

Jangan layan mesej atau panggilan dari ahlong

Kalau ahlong ni asyik call korang 24 jam, jangan layan. Diorang ni cuma nak buat korang stress dan takut. Diorang cuma nak buat korang rasa bersalah dan tertekan. Yang diorang nak hanya DUIT DAN DUIT.

Tapi sebenarnya, korang boleh je ignore AHLONG tu semua. Korang boleh je block nombor diorang. Korang boleh tukar nombor hp korang. Tak ada masalah.

Ada sebahagian mangsa buat benda ni, dan memang betul ahlong tak kacau pun. Semua ugutan tu hanya lah ugutan semata mata.

So, jangan takut, sebab kalau korang takut, lagi senang diaorang nak control korang.

Minta bantuan PPIM

PPIM ni singkatan untuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia. PPIM ni salah satu NGO yang boleh membantu korang untuk berurusan dengan ahlong.

PPIM ni ada banyak pengalaman dan memang pakar dengan hal-hal macam ni. PPIM boleh mewakili korang untuk adakan perbincangan dengan ahlong ni supaya diorang boleh kurangkan hutang atau interest korang.

PPIM boleh siasat sama ada ahlong ni betul atau scam. PPIM ni pun tahu banyak pasal undang undang financial ni. So korang memang tak perlu risau apa apa.

PPIM akan bagi korang sokongan moral dan kaunseling. PPIM boleh ajar korang macam mana nak elak dari terjerat dengan ahlong lagi.

Jadi, kalau korang rasa tak mampu nak handle ahlong ni sorang-sorang, korang boleh minta bantuan PPIM. PPIM ni ada website, Facebook, dan hotline yang korang boleh hubungi.

Kesimpulan

Majoriti ahlong adalah penipu yang nak untung cepat.

Diorang ni tak berlesen dan tak patuh undang-undang. Kalau diorang ada lesen dan ikut undang undang, diorang bukan AHLONG tapi disebut sebagai pemberi pinjaman berlesen. Tapi ramai ahlong mengaku sebagai pemberi pinjaman berlesen.

So korang kena hati hati je bila nak buat pinjaman. Overall jangan takut, sebab ahlong ni biasanya tak berani nak buat apa-apa.

Yang penting, korang kena jaga diri dan keluarga korang. Jangan biarkan ahlong ni rosakkan hidup korang. Share artikel ni sekiranya bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support