Apa nak buat kalau website kena hacked - Penting!

Sebelum korang buat apa-apa, pastikan ada backup yang lama untuk website korang. Backup ni penting gila sebab dia macam ‘life-saver’ kita. 

Kalau korang tak ada backup, bermakna seluruh hasil kerja korang dah pun hilang. 

2. Scan website dengan tools khusus

Cuba guna tools seperti Sucuri atau Wordfence untuk scan website korang. Tools ni tolong cari virus atau masalah yang ada dalam website korang. Korang kena tahu la dulu apa punca website korang kena hacked. 

3. Format dan bersihkan semua

Kalau korang jumpa masalah dan tak boleh resolve, mungkin masa untuk format website korang. Tapi ingat, jangan lupa backup dulu sebelum buat apa-apa! Pastikan ada backup lama & backup baru. 

4. Setup akaun atau reset

Selepas format, setup balik akaun korang atau reset semua setting yang ada. 

Maksud setup ni korang kena buat kat hosting provider korang la. Kita nak start fresh dan pastikan tiada lagi masalah security. Minta bantuan dari hosting provider korang kalau korang tak tahu nak buat apa. 

5. Restore dari backup lama

Gunakan backup yang korang ada untuk restore semua data dan setting lama. Pastikan backup ni bebas dari malware atau masalah. Korang kena scan dulu la. 

6. Guna password yang lagi power!

Masa untuk upgrade password korang. Guna kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol. Jangan guna password yang senang teka! 

Install plugin security, masa ni baru korang tahu betapa pentingnya plugin security. 

7. Aktifkan Two-Step Verification

Ini satu layer tambahan untuk keselamatan. Dengan two-step verification, hacker akan susah nak masuk akaun korang walaupun dia tau password. Buat pada Hosting Provider & website korang. 

8. Monitor website korang selalu

Lepas kejadian ni, jangan lalai. Monitor website korang selalu dan pastikan semua plugins, themes, dan software korang sentiasa up-to-date. Yang mana tak perlu tu, kasi delete saja lah. 

9. Jangan malu cari bantuan pakar

Kalau korang rasa perlu, cari pakar security untuk bantu korang. Kadang-kadang, kita perlu expert untuk tolong kita. Tak gitu? So dah fahamkan apa nak buat sekarang?

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support