Apa yang korang perlu tahu tentang Bluesky - Jom baca

Apa itu Bluesky Media Sosial?

Bluesky Media Sosial ni satu platform media sosial yang decentralized. Bluesky dilancarkan oleh Jack Dorsey, bekas founder Twitter, menjadikan Bluesky sebagai alternatif kepada Twitter yang asal. 

Bluesky ni start sebagai projek dalam Twitter pada tahun 2019, dan sekarang Bluesky ni dah pun menjadi syarikat bebas sejak tahun 2023.

Kenapa Bluesky berbeza?

Bluesky ni unik sebab dia tak ikut cara macam media sosial lain berfungsi.

Bluesky tak centralized, maknanya takde satu entiti pun yang control semua data. Benda ni boleh memberi korang lebih privacy dan control atas apa yang korang nak share atau tengok dalam feed korang.

Bluesky vs X (Twitter)

Kalau korang rasa Twitter yang asal dah okay, Bluesky ni akan bawak ke level yang lain.

Bluesky menawarkan kebebasan yang lebih dalam memilih content, dan korang boleh customize experience korang sendiri. 

Features menarik di Bluesky

Setakat hari ini, Bluesky ni masih dikira satu platform yang masih baru. Jadi masih belum banyak feature yang ada dalam Bluesky ni. Antara yang korang boleh jangka adalah:

  • Algorithmic choice: Korang boleh pilih algorithm yang sesuai dengan apa yang korang nak tengok. Takde lagi rasa macam stuck dengan suggestion yang sama je.
  • Community yang diverse: Dengan pendekatan yang lebih terbuka, Bluesky membina community yang vibrant dan diverse. Korang boleh jumpa macam-macam orang lain dari pelbagai latar belakang.

Macam mana nak join Bluesky?

Nak join Bluesky senang je. Korang cuma perlu download app tu, buat account, dan terus mula berinteraksi. Pastikan korang explore semua settings dan customize profile korang untuk match dengan personaliti korang yang unik tu.

Cuma buat masa sekarang Bluesky ni masih belum famous dalam Malaysia. Korang kena start pakai dulu la kemudian share kan pada orang lain. Baru la viral kan.

Kesimpulan

Bluesky ni masih baru tapi bukan sekadar platform media sosial biasa. Bluesky adalah connectioncommunity, dan freedom.

Kalau korang cari tempat untuk express diri tanpa rasa terkongkong, Bluesky mungkin jawapannya. Jadi, apa lagi? Try la Bluesky hari ni dan jadi sebahagian dari revolusi media sosial!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support