Siapa di sebalik SOCAR?
SOCAR ni dilancarkan di Malaysia pada Januari 2018 oleh SOCAR Mobility Malaysia. Mereka ni anak syarikat dari South Korea. SOCAR ni tak cuma popular di Korea, tapi juga makin dikenali di Malaysia. Bayangkan, dari 2011, SOCAR dah operate lebih kurang 9,000 kereta di 3,200 zon SOCAR di Korea Selatan dengan lebih dari 3.4 juta pengguna. Hebat kan? .
Keselamatan App SOCAR – Amat dijaga!
Bila cakap pasal keselamatan, SOCAR ni tak main-main. Kereta yang boleh disewa melalui app SOCAR ni semua datang dengan insurans dan bahan api yang cukup, dan yang paling penting, sistem kunci adalah keyless yang guna teknologi wireless machine-to-machine (M2M).
Ini bermakna korang boleh kunci dan buka kereta hanya guna app di telefon! Canggih, bukan? .

Data apa yang dikumpul oleh SOCAR?
SOCAR Mobility Malaysia, sebagai pembangun app, diorang mengumpul beberapa jenis data yang mungkin termasuk maklumat peribadi korang.
Data yang mungkin dikumpul dan dikaitkan dengan identiti korang melalui devices termasuklah maklumat kewangan, lokasi, contact, content pengguna, data penggunaan, dan diagnostik. Benda ni penting untuk dicollect sebab ia berkaitan dengan privasi dan keselamatan data korang.
Pendekatan SOCAR dalam mengembangkan perkhidmatan
Dalam mengembangkan perkhidmatannya, SOCAR mengambil pendekatan berpusatkan data. Mereka mengkaji data pengguna dengan teliti untuk memastikan perluasan armada mereka sesuai dengan keperluan pasar perkongsian kereta.
Ini menunjukkan bahawa SOCAR sangat berhati-hati dalam memahami keperluan pelanggan dan bertindak berdasarkan data untuk memberikan pengalaman terbaik.
Kesimpulan
So adakah app SOCAR ni selamat digunakan? Jawapannya adalah SELAMAT! Kerana app SOCAR dibangunkan oleh syarikat besar & sedang meluas di Malaysia. App SOCAR juga dikira selamat & mengikut piawaian yang ditetapkan, SOCAR bukan saja menawarkan perkhidmata sewa kereta tapi juga menjamin data korang & mesra pengguna.
Bagi korang yang mencari alternatif sewa kereta yang fleksibel dan canggih, SOCAR mungkin pilihan yang tepat!
Adakah artikel ini membantu?