Bagus ke Grammarly ni? - Ini yang korang perlu tahu

App Grammarly ni dah lama ada. App ni di develop pada tahun 2009 lagi. Memang satu dunia gunakan Grammarly ni untuk menulis khususnya dalam bahasa English.

App Grammarly ni berfungsi sebagai AI yang akan membetulkan grammar dan improve penulisan English korang kearah yang lebih baik. Persoalannya kat sini, bagus ke app Grammarly ni? Sejauh mana app ni punya kebagusan?

Kalau korang tak yakin dengan penulisan English korang yang agak shaky, korang boleh gunakan app Grammarly ni untuk bantu korang menulis dengan lebih baik. Apa yang bagusnya app Grammarly ni adalah:

1. Grammarly boleh betulkan grammar korang secara real time

Yes app Grammarly ni memang boleh direct fix dan improve penulisan korang dalam PC dan di mana pun yang korang tulis, termasuklah smartphone korang.

Dia akan check dan betulkan grammar, spelling, punctuation, dan banyak lagi. Jadi, korang memang tak payah risau kalau English korang tak flawless sangat. Lagi lagi kalau korang ni jenis tak confident bila nak menulis dalam bahasa English tu.

2. Bukan sekadar Grammar, tapi dia akan improve tone juga

Grammarly bukan setakat betulkan kesilapan grammar, tapi dia juga akan tolong improve gaya penulisan korang kearah yang lebih baik. Dia akan bagi suggestions untuk ayat yang lebih clear, concise, dan engaging.

Dan sebelum dia betulkan, dia akan info pada korang dulu kat bahagian mana yang dia nak betulkan.

Semuanya ikut pada apa yang korang dah setkan. Kalau korang setkan friendly, dia akan ikut style friendly dan pelbagai tone lagi.

So, korang boleh jadi penulis yang lebih power dengan bantuan app Grammarly ni. Tak perlu dah nak risau lagi untuk takut English korang berterabur. Kadang kadang orang kita ni memang tak yakin bila nak tulis English tu kan.

Credit to Grammarly.com

3. Tapi, Grammarly boleh terlepas pandang

Walaupun Grammarly ni bagus, jangan harapkan sangat yang dia boleh betulkan semua kesilapan korang 100%.

Kadang kadang AI Grammarly ni tak boleh detect or betulkan English yang korang tulis tu sebab kadang kadang penulisan tu agak kompleks dan ini sebabkan Grammarly tak dapat nak betul kan sebab dia tak detect penulisan korang tu sebagai satu masalah.

So sesekali tu korang kena proofreading juga.

4. Grammarly ditawarkan dalam versi percuma, dan..

Grammarly ditawarkan dalam versi percuma yang memang dah membantu sangat dah. Tapi kalau korang nak lebih advanced macam features plagiarism checker, vocab enhancement, dan lebih banyak lagi feature yang lain, korang kena subscribe la yang premium punya.

Dengan Grammarly Premium ni korang akan dapat feature yang lebih advanced dan Grammarly ni boleh improvekan lagi English korang kepada ayat yang lebih baik.

Invest duit korang pada Grammarly ni sangat worth it kalau korang serius nak improve writing skills korang dalam bahasa English. Lagi pun harga untuk Grammarly Premium ni cuma 12 USD je sebulan. Kalau korang subscribe untuk setahun, Grammarly ni offer hanya 75 USD jer setahun.

Credit to Grammarly.com

5. Sesuai untuk semua jenis penulisan

Tak kisah la korang student, professional, blogger, atau penulis buku, Grammarly ni boleh tolong semua orang. Dia flexible, boleh guna kat browser, Microsoft Word, atau pun app dia sendiri. Jadi, di mana-mana pun korang tulis, Grammarly akan sentiasa ada untuk korang.

Kalau korang tak pernah try Grammarly ni, korang patut cuba dulu baru menilai sejauh mana Grammarly ni boleh bantu korang.

Kesimpulan

Grammarly ni dibuat hanya khusus untuk membetulkan bahasa English sahaja. So korang boleh gunakan app Grammarly ni untuk penulisan dalam bahasa English sahaja.

Grammarly ni support pelbagai platform. Korang boleh download dekat Google Playstore, Apps Store dan direct dekat PC. Kalau korang ni professional, better korang guna kat PC lah. Korang akan nampak sendiri feature yang ada pada Grammarly ni. PADU!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support