Betul ke Elementor bagi website jadi lembab? - Ini yang korang patut tahu

Elementor adalah plugin WordPress yang boleh tolong korang buat website yang cantik tapi tak perlu tahu bab coding.

Korang tak perlu pening-pening nak belajar coding atau programming. Korang boleh drag and drop apa-apa je yang korang nak dalam website korang, macam teks, gambar, video, dan lain-lain. Korang boleh ubah suai website korang ikut style yang korang suka.

Elementor ni juga ada banyak pilihan yang dah siap untuk korang guna, macam template dan block.

Korang boleh tambah lagi features dan options dengan Elementor Pro.

Elementor bagi website jadi lembab?

Betul ke Elementor bagi website korang jadi lembab?

Walaupun Elementor ni best dan awesome, ada satu isu yang selalu dibangkitkan oleh pengguna-pengguna Elementor. 

Isu tu ialah Elementor ni boleh buat website korang jadi lembab dan berat. 

Betul ke ni?

Jawapannya ialah ya, memang ada kemungkinan Elementor boleh melambatkan website korang sedikit. Sebab Elementor ni banyak features dan options yang kita boleh guna untuk customize website kita. 

Jadi, bila kita guna banyak features ni, akan tambah code dan script yang perlu load bila orang buka website kita.

Tapi jangan risau, sebab Elementor ni bukan plugin yang biasa-biasa je. Elementor ni sentiasa update, sentiasa improve code dorang, sentiasa fix bugs yang ada, dan sekarang ni pun diorang ada feature yang boleh on off features yang kita tak pakai. 

Jadi, kita boleh pilih features mana yang kita nak guna, dan tak perlu pun kita load features yang kita tak pakai.

Cara-cara untuk optimize website korang dengan Elementor

Kalau korang nak pakai Elementor, tak semestinya website korang akan jadi lembab. 

Ada je beberapa cara yang korang boleh buat untuk optimize website korang. Antaranya ialah:

  • Pilih hosting yang baik dan laju. Hosting ni macam rumah untuk website korang. Kalau rumah tu besar dan selesa, website korang pun akan lebih cepat dan smooth. Kalau rumah tu kecil dan sempit, website korang pun akan lebih lambat dan lembab. So, pilih hosting yang berkualiti dan sesuai dengan budget korang.
  • Gunakan caching plugin. Caching ni macam simpan salinan website korang dalam memory. Bila orang buka website korang, server tak perlu load semua code dan script dari awal. Server boleh load salinan yang dah disimpan tu je. Jadi, ia akan lebih cepat dan ringan. 
  • Optimize gambar-gambar yang korang guna. Gambar-gambar ni salah satu benda yang paling besar saiznya dalam website korang. Kalau gambar-gambar tu besar-besar dan berat-berat, ia akan ambil masa lama untuk load. Jadi, korang kena optimize gambar-gambar tu dengan resize atau compress supaya saiznya lebih kecil dan ringan. Korang boleh guna plugin seperti Smush atau ShortPixel untuk buat kerja ni.
  • Buang plugin yang tak perlu. Plugin ni macam feature tambahan untuk website korang. Ada yang berguna, ada yang tak berguna. Kalau plugin tu tak berguna atau tak digunakan lagi, baik buang je dari website korang. Sebab plugin-plugin ni juga akan tambah code dan script yang perlu load bila orang buka website korang. 
  • Matikan features yang tak pakai dalam Elementor. Elementor ni ada banyak features yang kita boleh guna untuk buat website kita lebih awesome. Tapi kalau kita tak pakai features tu, baik matikan je supaya tak load bila orang buka website kita. Cara nak matikan features tu ialah pergi ke bahagian Experiment dalam settings Elementor. 
Elementor buat website jadi lembab?

Kesimpulan

Elementor ni memang plugin yang best untuk buat website dengan WordPressTapi kita kena tahu jugak cara-cara untuk optimize website kita dengan Elementor supaya tak jadi lembab dan berat. 

Dengan ikut tips-tips yang aku share kat atas ni, insyaAllah website korang akan jadi lebih laju dan smooth.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..