1. Apa itu Odoo?
Odoo ni adalah satu platform ERP (Enterprise Resource Planning) yang sangat komprehensif untuk semua pengguna. Odoo bukan je boleh bantu korang uruskan bisnes dari A sampai Z, tapi juga ada modul khas untuk buat website, forum, customer support, e commerce dan macam macam lagi.
Dan paling best korang boleh custom design tu macam mana yang korang nak. So, kalau korang nak buat website yang power dan ada offer pelbagai kemudahan Odoo adalah pilihan yang tepat. Dengan Odoo, semuanya korang boleh buat sendiri. Sebab korang tak perlukan skill coding untuk develop website menggunakan Odoo.
2. Kenapa pilih Odoo untuk buat website?
Odoo ni ada banyak kelebihan yang buat dia stand out.
Antara sebab utama kenapa korang patut pilih Odoo adalah sebab ia mudah digunakan, fleksibel, dan ada banyak modul tambahan yang korang boleh tambah ikut keperluan. Selain tu, Odoo ni juga open-source, jadi komuniti dia besar dan selalu ada update terbaru.
3. Boleh plan dulu sebelum publish
Sebelum korang start buat website, penting untuk ada plan yang jelas.
Dalam platform Odoo ni korang boleh build website korang tanpa perlu bayar apa apa pada Odoo. Semuanya free sampailah korang nak publishkan website korang kepada public. So dalam tempoh development ni, korang boleh fikirkan apa tujuan utama website korang, siapa target audience, dan apa fungsi yang korang nak ada dalam website tu. Dengan plan yang jelas, proses buat website akan jadi lebih lancar dan teratur.

4. Boleh pilih theme yang sesuai
Odoo ada banyak theme yang korang boleh pilih untuk website korang. Korang boleh pilih theme yang sesuai dengan brand korang untuk target audience. Theme yang menarik bukan je boleh tarik perhatian pengunjung, tapi juga boleh buat mereka stay lebih lama kat website korang. So bab design ni korang kena pentingkan juga, sebab memang akan effect dengan SEO Google.
5. Gunakan modul website builder Odoo
Modul website builder dalam Odoo ni sangat user-friendly. Korang boleh drag and drop elemen-elemen yang korang nak ada dalam website. Korang tak perlu tahu coding untuk buat website yang professional.
Plus bukan website je yang korang boleh buat, tapi korang boleh buat e commerce, forum, chatting, helpdesk, rental, accounting dan macam macam lagi. Korang memang boleh customize semua modul ni mengikut kehendak korang.
6. Ada banyak tools
Terlalu banyak tools yang boleh bantu korang untuk develop dan customize system yang korang nak bangunkan. Memang mudah untuk semua pengguna, tak kira korang ni seorang programmer atau pun seorang yang newbie dalam bidang IT. Semua orang boleh build produk digital sendiri.

7. Optimize SEO
SEO (Search Engine Optimization) sangat penting untuk pastikan website korang mudah dijumpai kat search engine macam Google.
Odoo memang dah di optimizekan untuk SEO. Odoo ada tools SEO yang boleh bantu korang optimize website korang. Korang cuma kena pastikan yang korang guna keyword yang relevan dengan bisnes korang dan tulis meta description yang menarik, juga paling penting buat link building yang baik.
8. Integrasi dengan modul lain
Salah satu kelebihan besar Odoo adalah integrasi antara modul. Korang boleh integrasikan website korang dengan modul lain macam CRM, sales, inventory, dan banyak lagi. Ini akan bantu streamline operasi bisnes korang dan buat semuanya lebih efficient.
9. Mobile-friendly design
Zaman sekarang, ramai orang akses website guna smartphone. Jadi, korang memang kena pastikan yang website korang mobile-friendly. Tapi kalau korang buat website dengan Odoo, korang tak perlu risau apa apa lagi pasal mobile friendly ni, sebab Odoo punya theme kebanyakannya responsive, tapi korang still kena test untuk pastikan semua elemen website korang nampak elok kat screen kecil.
10. Sentiasa update dan maintain
Odoo sentiasa update dan maintain modul yang ada.
Paling best, Odoo ni ikut trend. So website korang pun akan nampak lebih professional dan mengikut trend bila Odoo keluarkan modul feature terbaru yang korang boleh gunakan. Dengan platform Odoo ni, proses untuk korang develop akan jadi lebih mudah sebab ada banyak tools yang boleh bantu korang monitor dan maintain website korang dari masa kesemasa.
Kesimpulan
So Odoo ni bagus ke? Jawapannya, Odoo adalah platform terbaik yang boleh korang cuba dan gunakan untuk run bisnes yang korang ada. Odoo memudahkan semua user untuk develop website sendiri.
So itulah dia 10 perkara yang korang kena tahu kalau nak buat website dengan Odoo. Dengan tools yang power dan fleksibiliti yang Odoo tawarkan, korang boleh hasilkan website yang bukan je nampak profesional, tapi juga mampu support operasi bisnes korang dengan efisien. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.
Adakah artikel ini membantu?