8 platform terbaik untuk build website sendiri

1. WordPress – untuk full control

WordPress ni satu platform yang famous 1 dunia sebab ramai yang gunakan platform WordPress untuk build website sendiri.

Bayangkan yang platform ni bagi korang satu canvas kosong, dan korang boleh lukis apa sahaja yang korang nak. Maksudnya korang boleh custom lah.

Platform ni ada dua jenis WordPress ya, satu yang WordPress.com, platform ni macam semua dah disediakan. Yang lagi satu adalah WordPress.org, ni dia bagi korang download CMS WordPress dan korang boleh setup hosting sendiri, so korang dapat FULL CONTROL kat sini.

Apa bestnya WordPress

  1. Boleh ubah suai macam-macam: Serius, nak tambah apa-apa function ke, pasang je plugin. Design tak kena dengan jiwa? Tukar je design dengan feature yang ada. Kalau korang yang jenis suka DIY, custom dan nak coding bagai, platform ni memang sesuai.
  2. Komuniti yang gempak: Sebab ramai gila orang guna, apa sahaja masalah korang, mesti akan ada orang lain yang dah alami dan solve. Forum, blog, tutorial berlambak kat Google.
  3. SEO friendly: Ni penting untuk bisnes atau blog yang nak naikkan ranking dalam Google. WordPress memang dah di optimizekan untuk SEO, plus ada banyak plugin yang boleh bantu korang untuk push lagi.

Tapi, tak semua indah

  1. Kena ada sikit ilmu teknikal: Sebab korang yang handle semua, dari hosting sampai security, kadang-kadang boleh jadi pening juga, terutama kalau korang baru belajar.
  2. Kos mungkin naik: Walaupun start dia free, bila korang mula nak tambah macam-macam feature, dari plugin berbayar sampai ke hosting yang lebih power, POKET korang kena tebal.

Pasal harga

Okay, CMS yang korang download dari WordPress.org tu free je, tapi yang korang kena bayar adalah untuk hosting dan domain.

Harga hosting tu berbeza-beza ikut yang mana korang pilih. Biasanya, hosting basic boleh start dari RM10-RM20 sebulan.

Kalau website korang dah mula banyak trafik, mungkin korang kena upgrade plan hosting yang lebih mahal lagi.

Ni tak termasuk feature yang korang nak setup dalam WordPress, maybe korang nak buat E Commerce, maybe korang nak buat dynamic web, or portal yang boleh uruskan client korang. Benda ni semua boleh jadi MAHAL.

Photo by Souvik Banerjee on Unsplash

2. Wix – untuk beginner

Kenapa Wix best untuk beginner

Bayangkan korang nak buat website, tapi tak tau apa-apa pasal coding atau design. Masuk je Wix, rasa macam pro terus sebab semua benda yang diorang bagi simple dan straightforward.

Korang tinggal nak drag and drop je apa yang korang nak letak dalam website korang.

  1. User-friendly: Interface dia memang senang nak navigate. Nak letak gambar, teks, atau apa-apa widget, semua boleh buat dengan klik je. Tak perlu pusing kepala fikir pasal coding.
  2. Design yang cun: Wix ada beratus-ratus template yang designed professionally. Korang just pilih je mana yang korang rasa sesuai dengan jiwa, lepas tu customize sikit-sikit ikut suka korang.
  3. Banyak tools dalam satu tempat: Nak buat blog, portfolio, atau even online store, Wix support semua. Plus, dia ada banyak tools dan apps dalam Wix App Market yang boleh korang tambah untuk enhance website korang.

Tapi, Wix pun ada kekurangan jugak

  1. Kurang flexible berbanding WordPress: Bila korang dah start dengan satu template, nak tukar ke template lain boleh jadi tricky sikit. Plus, walaupun senang guna, ada limit pada customization yang korang boleh buat. So nak tambah feature apa apa tu akan jadi limited.
  2. Free plan ada limitations: Kalau korang guna free plan, website korang akan ada ads Wix, dan korang tak dapat custom domain. Nak hilangkan semua tu, korang kena upgrade ke paid plan.

Harga untuk guna Wix

Kalau nak start dengan Wix, memang ada option free, tapi ada limitations. Kalau korang serius nak buat website yang nampak pro, paid plans dia start dari lebih kurang 4.50 USD lebih kurang RM20 sebulan.

Ni pun untuk korang connect dengan custom domain je, kalau korang nak upgrade lebih banyak features, Wix ada banyak pilihan lain. Tapi harga pun agak keras la sikit.

So, Wix ni perfect untuk korang yang baru nak mula dan nakkan something yang senang dan cepat siap. Plus, hasilnya pun memang nampak professional.

Tapi, ingat, bila korang dah grow, korang mungkin akan rasa Wix tu ada sikit limitations, especially kalau korang nak customize lebih dalam.

Masa tu kalau korang nak beralih ke WordPress akan jadi susah. Maybe korang kena start build dari bawah semula if nak guna WordPress.

3. Shopify – Untuk usahawan yang menjual produk

Kenapa Shopify jadi pilihan usahawan

Bila korang dah ready nak start bisnes online, nak buka kedai sendiri di internet, Shopify ni lah yang banyak orang recommend.

Sebab apa? Sebab dia spesialis dalam bidang E commerce. Bayangkan, korang nak jual apa saja, dari baju, kasut, gadget, sampai ke makanan, Shopify boleh handle semua.

  1. Setup yang mudah: Tak perlu pening kepala fikir pasal technical stuff. Shopify buat semua benda jadi simple. Dari setup kedai, list produk, sampai setup payment, semuanya straightforward.
  2. Design yang menarik: Shopify sediakan banyak themes yang memang cater untuk ecommerce. Korang boleh pilih dan customize ikut brand korang.
  3. Powerful tools: Dia ada segala macam tools untuk bantu manage bisnes korang, dari analytics, inventory management, sampai ke marketing tools. Plus, ada app store dia sendiri di mana korang boleh cari apps tambahan untuk apa saja keperluan bisnes korang.

Tapi, setiap benda ada sisi kurangnya

  1. Kos bulanan: Berbanding dengan platform lain yang ada free plan, Shopify ni start dengan plan berbayar. So, kena ready untuk commit pada kos bulanan. Ibarat korang buka kedai dan kena bayar sewa lah.
  2. Transaction fees: Selain kos bulanan, kalau korang tak guna Shopify Payments, ada extra transaction fees setiap kali jualan. Ini mungkin boleh increase kos operasi korang.

Berapa kos nak start dengan Shopify

Untuk start dengan Shopify, plan asas dia bermula dari lebih kurang USD25 lebih kurang RM118 sebulan.

Ini dah termasuk dengan website dan blog ecommerce yang full-function, serta akses kepada Shopify’s backend system yang sangat powerful.

Kalau bisnes korang mula nak expand, ada plan yang lebih tinggi dengan lebih banyak features, contoh nya macam report yang lebih detailed dengan lower transaction fees.

Jadi, kalau korang serius nak buat bisnes online, dan nakkan platform yang solid dan boleh scale together dengan growth bisnes korang, Shopify ni adalah satu pilihan yang bagus.

Dengan investment bulanan yang start serendah RM118, korang dah boleh dapat satu platform ecommerce untuk bantu jual produk korang kepada semua orang.

Photo by Roberto Cortese on Unsplash

4. Hostinger – Development website guna AI

Why Hostinger digunakan dalam development website guna AI

Hostinger ni dia lebih kepada hosting service yang memang famous satu dunia sebab dia affordable dan user-friendly. Tapi, yang buat Hostinger ni lagi menarik adalah dia dah mula integrate dengan AI dalam service dia, terutamanya dalam proses web development.

Benda ni yang buat Hostinger jadi lagi menonjol sebab dia simplify proses pembinaan website, especially untuk yang tak berapa nak ada pengalaman.

  1. AI Website Builder: Bayangkan korang boleh buat website hanya dengan jawab beberapa soalan simple, lepas tu AI Hostinger akan suggest dan bina website based on jawapan korang. Senang kan?
  2. Harga yang berpatutan: Hostinger memang dikenali sebab harga dia yang affordable. Ini memudahkan untuk small businesses atau individu yang budget tak berapa nak besar.
  3. Performance yang bagus: Walaupun murah, service hosting dia tetap mantap. Website korang akan load cepat dan smooth, yang penting untuk pengalaman user.

Tapi, setiap bunga ada duri nya

  1. Kurang flexible berbanding dengan self-hosted platforms macam WordPress: Kalau korang jenis yang suka tinker dengan setiap aspek website, mungkin korang akan rasa terbatas dengan apa yang AI builder Hostinger tawarkan.
  2. AI builder masih baru: Walaupun dah impressive, tapi sebagai teknologi yang masih baru, mungkin ada beberapa limitation dalam terms of design dan functionality yang AI builder boleh offer.

Berapa kos untuk guna Hostinger

Hostinger ada pelbagai plan hosting yang bermula dari RM10 sebulan untuk shared hosting.

Tapi, kalau korang nak guna AI website builder feature dia, korang mungkin kena check out plan yang lebih tinggi yang include tool ni.

Biasanya, ada trial atau package yang boleh korang guna untuk test dulu sebelum commit.

Jadi, kalau korang mencari cara yang cepat dan mudah untuk bina website dengan support teknologi AI, dan pada masa yang sama, nak something yang tak pecah bank, Hostinger boleh jadi pilihan yang menarik.

Performance hosting untuk Hostinger ni memang solid, korang tak perlu risau pasal website korang slow atau down.

5. Squarespace – Untuk yang nakkan design yang cantik

Kenapa Squarespace jadi kegemaran untuk design yang cantik

Kalau korang tu jenis yang particular pasal estetika, nak website yang nampak clean, modern, dan stylish, Squarespace ni jawapan dia.

Platform ni dia punya template semua cun melecun, dan dia buat supaya user-friendly, sesuai untuk mereka yang tak berapa nak pandai coding tapi nak hasil yang macam pro.

  1. Template yang cun habis: Serius, Squarespace ni dia punya choice of templates memang top tier. Semua design dia up-to-date dengan trend terkini. Plus, semua responsive, so website korang akan nampak bagus dalam semua device.
  2. Drag and drop builder: Macam Wix, Squarespace pun ada drag and drop builder yang senang nak guna. Korang boleh customize website korang ikut suka hati, tanpa perlu pening kepala dengan coding.
  3. Built-in tools yang power: Dari SEO tools sampai analytics, Squarespace sediakan semua yang korang perlukan untuk manage website dan track performance. Ini bagus untuk mereka yang nak grow online presence mereka.

Tapi, ada juga la cabaran nya

  1. Harga sikit lebih tinggi berbanding lain-lain: Sebab dia offer banyak benda best, harga Squarespace ni tend to be sikit lebih tinggi. Tapi, korang dapat apa yang korang bayar, which is quality.
  2. Mungkin overwhelming untuk total beginners: Walaupun user-friendly, tapi dengan banyaknya option dan customization, mungkin new users akan rasa sikit overwhelmed pada mulanya.

Berapa kos nak mula dengan Squarespace

Squarespace ni dia takde free plan, tapi korang boleh start dengan trial dia yang free untuk test dulu. Lepas tu, plan dia start dari lebih kurang RM109 sebulan. Keras juga tu.

Tapi macam biasa, korang akan dapat domain free untuk tahun pertama, plus access kepada semua dia punya powerful tools untuk bina dan manage website.

So, untuk korang yang jenis pentingkan design dan nak website korang nampak premium, Squarespace ni pilihan yang sangat baik.

Walaupun mungkin kena labur sikit lebih dari segi duit, tapi hasilnya, website korang akan nampak macam dah invest ribu-ribu untuk hire designer professional.

Dengan semua tools yang disediakan, korang boleh ensure website korang bukan sahaja nampak cantik, tapi perform well juga.

Photo by Roberto Cortese on Unsplash

6. FRIDAY – Build website dengan AI

Kenapa FRIDAY menarik untuk build website dengan AI

FRIDAY ni dia datang dengan satu konsep yang menarik – iaitu menggunakan kekuatan AI untuk simplify proses pembinaan website.

Benda ni menarik bukan hanya untuk yang baru nak mula, tapi juga untuk mereka yang dah ada pengalaman tapi nak cuba something yang berbeza. Bayangkan korang dapat bina website yang smart, dengan bantuan AI yang guide korang dari start sampai habis.

  1. Proses pembinaan yang dipandu AI: Yang unik tentang FRIDAY ialah cara dia guna AI untuk bantu korang buat decision dalam proses design dan development website. Korang just bagi tahu apa korang nak, dan AI akan suggest the best way to do it.
  2. Cepat dan efisien: Sebab banyak proses yang di-automate oleh AI, pembinaan website jadi lebih cepat dan efisien. Ini bagus untuk mereka yang nak cepat go live dengan website mereka.
  3. User-friendly: Walaupun guna AI, interface dia tetap dibuat dengan user-friendly in mind. So, korang tak perlu risau pasal learning curve yang steep.

Cabaran dengan FRIDAY

  1. Masih baru dalam pasaran: Sebagai platform yang masih baru, mungkin ada beberapa features yang masih dalam development, atau ada bugs sana sini. Tapi, biasanya team support mereka responsive dalam handle isu-isu macam ni.
  2. Ketergantungan pada AI: Walaupun AI membantu dalam banyak cara, ada certain aspects of website design dan development yang mungkin lebih baik dengan touch manusia, terutama bila datang kepada creativity dan nuance.

Kos untuk guna FRIDAY

Harga mungkin berubah rubah, starting harga untuk guna FRIDAY ni adalah 50USD dalam lebih kurang RM236.

Tapi, secara general, FRIDAY cenderung untuk offer competitive pricing, dengan beberapa options yang sesuai dengan keperluan berbeza, dari personal website sampai kepada business yang lebih besar.

Kalau korang excited dengan idea combine AI dalam proses pembinaan website, dan nak something yang cutting edge, FRIDAY mungkin boleh jadi satu platform yang menarik untuk korang explore.

7. Bubble IO – Untuk development tanpa coding

Kenapa Bubble IO menarik

Bubble IO ni bagi korang yang nak lebih daripada sekadar website biasa. Kalau korang ada idea untuk buat aplikasi web yang kompleks, tapi tak reti atau tak nak involve dalam coding, Bubble IO ni jawapannya.

Platform ni empower korang untuk build, design, dan launch aplikasi web yang kompleks dengan zero coding. Lebih power dan boleh custom level advanced dari WordPress.

Cuma bubble IO ni korang kena start create dari DATABASE lah. Memang teknikal habis walaupun korang tak guna CODING.

  1. Drag and drop interface: Macam mana beberapa platform lain, Bubble juga guna drag and drop. Tapi, dia lebih advance. Korang boleh buat forms, databases, dan even logic untuk aplikasi korang, semua tanpa coding.
  2. Customizable gila: Walaupun tanpa coding, korang still boleh customize aplikasi korang secara detailed. Ini membolehkan aplikasi yang dibina dengan Bubble ni sesuai dengan apa saja keperluan korang.
  3. Community yang supportive: Sebab konsep Bubble ni agak baru, dia ada community yang sangat supportive. Ada banyak resources, guides, dan forums di mana korang boleh belajar dan share knowledge.

Cabaran dengan Bubble IO

  1. Learning curve: Walaupun tak perlu coding, Bubble IO ada learning curve tersendiri. Korang kena spend masa untuk faham how to best use the platform untuk capai apa yang korang nak.
  2. Performance concerns: Untuk aplikasi yang lebih kompleks, ada concerns tentang performance dan scalability. Ini penting untuk dipertimbangkan especially kalau korang rancang untuk build something yang korang harapkan akan grow besar.

Kos untuk guna Bubble IO

Bubble IO ni ada free plan yang cukup untuk korang start dan experiment dengan ideas. Tapi, bila korang dah ready untuk publish dan scale aplikasi korang, korang kena bayar.

Bermaksud kalau korang nak try develop guna platform FREE sahaja selagi korang tak publish website korang. Platform ni bukan sekadar buat website sahaja, tapi boleh buat apps, boleh buat forum, marketplace dan macam macam lagi.

Plan asas bermula dari USD32 (lebih kurang RM151) sebulan, include hosting dan access ke semua core features platform.

So, kalau korang ada idea untuk aplikasi web yang unique dan custom, tapi tak nak atau tak boleh deal dengan coding, Bubble IO adalah platform yang patut korang check out.

Photo by Headway on Unsplash

8. Canva – Untuk static website & eCommerce

Kenapa Canva jadi pilihan untuk website

Canva memang dah lama dikenali sebagai platform design yang user-friendly, tapi dia juga ada tools untuk korang buat website.

Bagi korang yang nak website yang simple, cantik, dan cepat siap, Canva adalah jawapannya. Plus, dengan library design yang vast, korang boleh pastikan website korang nampak profesional tanpa perlu bersusah payah.

  1. Design yang cantik dengan mudah: Dengan beribu-ribu templates yang available, korang boleh design website korang dengan mudah. Semua templates tu dah optimized untuk pelbagai jenis screen, so korang tak perlu risau pasal responsiveness.
  2. Ideal untuk static website dan eCommerce: Walaupun mungkin tak sesuai untuk website yang memerlukan interaksi kompleks atau custom databases, Canva perfect untuk static websites atau eCommerce platforms yang lebih straightforward.
  3. Integrasi dengan tools lain: Canva membolehkan integrasi dengan pelbagai tools dan platforms lain, memudahkan korang untuk link website korang dengan social media, atau even print materials.

Cabaran dengan Canva

  1. Limited dalam certain aspects: Jika korang nak build something yang lebih complex dengan banyak interaksi pengguna, Canva mungkin takkan cukup memenuhi segala keperluan korang.
  2. Customization yang terhad: Walaupun ada banyak options dalam templates, ada had pada berapa banyak yang korang boleh customize jika dibandingkan dengan platforms yang lebih dedicated untuk web development.

Kos untuk guna Canva

Canva ni ada free plan yang cukup untuk kebanyakan user untuk buat design, termasuklah untuk membuat website.

Tapi, untuk access ke lebih banyak features yang premium, termasuk library, gambar yang lebih besar dan tools design yang lebih advanced, korang mungkin perlu upgrade ke Canva Pro.

Harga untuk Canva Pro start dari lebih kurang RM29.99 sebulan, yang mana harga ni dalam Malaysia memang sangat berpatutan considering dengan semua yang korang dapat.

Jadi, kalau korang nak website yang simple, cantik, dan mudah untuk diuruskan, plus tak nak pening kepala dengan coding atau development yang kompleks, Canva adalah platform yang worth to check out.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support