Cara Kami Buat Duit

Kami jana pendapatan melalui pelbagai cara, antaranya:

  • Affiliate Marketing: Kami menyertai program afiliasi dari produk atau perkhidmatan yang kami promosikan melalui blog ini. Apabila pembaca membeli produk atau perkhidmatan tersebut melalui link afiliasi kami, kami akan menerima komisyen. 

  • Pengiklanan: Kami menerima pengiklanan dari syarikat atau individu yang ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka di dalam blog kami.

  • Servis Web Design: Kami juga menyediakan servis web design untuk individu atau syarikat yang ingin memiliki laman web profesional dan menarik.

Itulah antara cara kami menjana pendapatan dari blog ini. Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan content yang berkualiti dan bermanfaat untuk semua pembaca & sambil buat duit. 

Kos untuk Hackers Malaysia beroperasi

Untuk mengekalkan kualiti blog ini, kami memerlukan kos untuk membayar beberapa perkhidmatan yang kami gunakan. Antaranya:

  • Hosting: Kami perlu membayar perkhidmatan hosting untuk menjaga website kami supaya berfungsi dengan baik dan sentiasa dalam keadaan yang online. 

  • Domain: Kami juga perlu membayar kos untuk pendaftaran domain pada tiap tiap tahun. 

  • Plugin Premium: Kami menggunakan plugin premium seperti Elementor Pro, WP Rocket dan Cloudflare untuk meningkatkan design & security website. 

  • Dan banyak lagi kos yang lain yang diperlukan untuk mengekalkan blog ini seperti theme, pembayaran untuk email marketing, dll.

Ini antara anggaran kos yang kami perlukan untuk mengekalkan operasi blog.

Kami berharap pembaca dapat memahami bahawa kami perlu menjana income melalui blog ini untuk menampung kos supaya dapat beroperasi tanpa sebarang masalah. 

Antara kos yang kami perlukan untuk mengekalkan blog ini adalah:

  • Hosting: Kami membayar kira-kira $5 – $30 USD sebulan untuk perkhidmatan hosting. Dalam Ringgit Malaysia, ia bersamaan dengan RM 20 – RM 120 sebulan.

  • Domain: Kami membayar kira-kira $10 – $15 USD setahun untuk domain. Dalam Ringgit Malaysia, ia bersamaan dengan RM 40 – RM 60 setahun.

  • Cloudflare: Kami membayar kira-kira $20- $200 USD setahun untuk perkhidmatan Cloudflare. Dalam Ringgit Malaysia, ia bersamaan dengan RM 81- RM 810.

  • WP Rocket: Kami membayar kira-kira $49 USD setahun untuk plugin WP Rocket. Dalam Ringgit Malaysia, ia bersamaan dengan RM 199.

  • Elementor Pro: Kami membayar kira-kira $49 USD setahun untuk plugin Elementor Pro. Dalam Ringgit Malaysia, ia bersamaan dengan RM 199.

Secara keseluruhan, kami memerlukan anggaran kos sekitar RM160 – RM1000 sebulan atau RM1920 – RM12000 setahun untuk mengekalkan blog ini.

Anggaran ini termasuk kos untuk hosting, domain, plugin premium seperti Cloudflare, WP Rocket dan Elementor Pro.

Anggaran ini boleh berubah dari masa ke masa.

Portal Hackers

Financial

Support