Cara protect smartphone korang ketika Hari Raya

Hari raya adalah hari yang paling busy sangat untuk korang kesana dan kesini, korang kena layan tetamu, korang sendiri jadi tetamu, sibuk jumpa kawan, sibuk tanya khabar, sibuk bergambar dan macam macam lagi. Kiranya hari raya ni memang busy la untuk semua orang.

Tapi, jangan sampai dalam keseronokan tu, smartphone korang jadi mangsa scammer.

Ada banyak trik untuk korang pastikan gadget korang selamat dari scammer. So dalam artikel ni, aku nak kongsi beberapa tips yang boleh korang guna untuk protect smartphone korang semasa Raya.

Educate diri sendiri

Langkah pertama dan paling crucial, korang kena educate diri sendiri. Kalau korang sendiri tak pandai bab basic ni pun, memang senanglah korang kena hack.

Musim perayaan macam ni, scammer biasanya akan lebih aktif mencari mangsa.

So diorang akan guna macam-macam cara untuk menipu, termasuklah phishing atau bagi link yang menggoda untuk korang click, kononnya korang boleh dapat duit raya ke, sampul raya digital ke. Macam macam hal.

Korang kena tahu yang itu semua hanyalah taktik penipuan. Apa yang korang kena tahu adalah:

  • Elakkan phishing: Korang perlu extra berhati-hati dengan link yang menggoda hati. Kadang-kadang, bila terlalu excited nak dapat duit raya online, korang mungkin terlepas pandang dan klik apa saja link yang diterima. Ingat, bila terima link yang macam tu, jangan terus percaya. Selalu verify dulu sebelum buat apa-apa tindakan.
  • Jangan download APK: Salah satu trick paling lama tapi masih berjaya menipu orang ramai adalah melalui penggunaan APK (Android Package Kit) yang tak rasmi. Korang mungkin tergoda dengan kad ucapan raya digital secara percuma. Tapi, sebenarnya, APK ni boleh jadi ada malware yang boleh mencuri data korang atau lebih worse lagi ia jadikan smartphone korang macam zombie dalam botnet tanpa korang sedar. So, elakkan download apa-apa APK.

Jangan connect dengan public WiFi atau rumah orang lain

Bila korang beraya, mesti teruja nak upload gambar atau nak update status korang di media sosial. Tapi, ada satu benda yang korang kena berhati-hati, iaitu tentang penggunaan WiFi.

Korang kena tahu yang DATA korang ni mahal, so jangan suka suka nak gunakan public WiFi atau WiFi dirumah orang lain, sebab benda ni boleh jadi risk pada data korang. Melainkan korang betul betul trust dengan wifi kat rumah tu. Aku detailskan sikit pasal benda ni.

  • Risiko security: Bayangkan ni, korang pergi rumah sedara atau kawan, then tanpa fikir panjang korang main connect je dengan WiFi diaorang. Tapi, pernah tak korang terfikir, apa akan jadi kalau rumah yang korang pergi tu sebenarnya rumah scammer? Scammer boleh set router sendiri untuk rekod semua data melalui network diaorang. Ini termasuklah passwords, info bank, atau apa-apa je data sensitif yang korang ada. Bila dah connect, semua info tu boleh jadi milik diaorang semudah ABC. So kalau boleh pakai je la DATA.
  • Kalau terpaksa: Kalau terpaksa untuk guna Wifi, pastikan korang guna VPN. VPN ni akan protect korang dari hacker, dia akan encrypt data korang so walaupun korang guna WiFi orang lain, data korang tetap selamat. Tapi ingat, pilih VPN yang reputable dan jangan sesekali guna VPN free yang meragukan.

Buat security hardening pada smartphone

Pastikan korang buat security hardening pada smartphone korang sebelum korang beraya kat luar. Benda ni untuk pastikan yang data korang dalam keadaan yang selamat dan data korang tak mudah bocor pada sesiapa pun.

PASTIkan korang aktif dan update feature yang penting dalam phone korang. Antara yang korang kena pastikan YANG KORANG DAH BUAT adalah:

Setup 2 step verification

First thing first, korang kena aktifkan 2 step verification. Benda ni macam korang pasang double lock. Korang bukan saja perlukan password untuk buka, tapi korang juga perlukan kod yang datang through SMS, email atau app. Ini memang satu cara yang solid untuk tambah security.

Update email recovery

Pastikan email revovery korang tu sentiasa up-to-date. So, kalau korang terlupa password, korang boleh reset balik dengan menggunakan email ni. Jangan biarkan email recovery korang tu jadi macam rumah kosong, nanti susah korang nak masuk balik.

Update no phone recovery

Sama macam email, no telefon revovery pun kena keep updated. Benda ni penting kalau ada masalah dengan account korang, mudah untuk korang recover balik. Benda ni sama macam korang simpan kunci spare kereta, mana tahu kalau-kalau korang terlupa kat mana korang letak kunci asal.

Download backup code

Untuk account yang penting, mesti ada feature macam download backup code. Feature ni biasanya akan ada dalam semua media sosial macam Facebook, Google, dan banyak lagi.

Korang kena download code ni sebab kalau korang hilang smartphone dan media sosial korang kena hijack, korang dah prepare diri korang dengan backup code ni.

Kalau ada masalah dengan 2 step verification, korang boleh guna code ni. Simpan baik-baik di tempat yang korang ingat dan selamat.

Buat passkey pada devices

Selain dari pattern atau fingerprint, cuba consider untuk buat passkey atau password yang strong. Ini kiranya korang tambah satu lagi layer of security pada smartphone korang. Macam korang pasang grill besi tambahan dekat pintu rumah. Pergh memang power sangat dah tu.

Login pada PC di rumah atau backup devices

Korang kena ada PLAN B. So, korang kena Log masuk semua akaun penting korang menggunakan PC di rumah atau devices lain yang korang ada.

Kalau phone hilang, at least korang masih boleh control semua akaun korang dari devices yang lain. So tak kalut kat situ. Paling kurang pun, kalau smartphone korang hilang korang boleh logout semua media sosial korang dengan mudah.

Pastikan find my device ON

Pastikan korang aktifkan feature ‘Find My Device’ atau apa-apa yang sama dengan benda ni. Ini membolehkan korang untuk track lokasi phone korang kalau hilang. Macam korang pasang GPS tracker kat kereta, senanglah korang nak cari kalau hilang nanti.

Pastikan location ON

Dengan GPS atau service lokasi yang diaktifkan, senang untuk korang nak cari phone ni kalau misplace. Benda ni mungkin buat korang risau pasal privacy, tapi dalam keadaan darurat, feature ni sangat berguna.

Pastikan korang guna app lock

Gunakan app lock untuk kunci semua aplikasi penting macam social media, email, dan banking app. Benda ni untuk pastikan data korang kekal selamat walaupun phone korang ada di tangan orang lain.

Sekali pun orang lain tu dapat access ke smartphone korang, diorang tak boleh access pada semua app yang penting. Setiap kali diorang tekan Facebook or App penting, smartphone korang akan minta biometrik owner untuk access.

Kalau phone korang tak ada feature ni korang boleh download Kaspersky Antivirus. Dalam app ni ada feature app lock.

Pastikan Bluetooth OFF

Pastikan korang tutup Bluetooth bila korang ada di tempat orang ramai. Bluetooth ni boleh connect dengan devices orang lain dan ada RISIKO untuk smartphone korang kena hack melalui Bluetooth. So pastikan OFF kalau korang tak guna.

Backup semua data

Bila korang dah sibuk beraya, kadang-kadang korang lupa yang smartphone korang ni penuh dengan kenangan dan info penting.

So untuk pastikan semua data penting korang tak hilang, korang kena pastikan yang korang update semua data data penting dalam smartphone korang.

Backup WhatsApp

Yang pertama, WhatsApp. Banyak memori kat situ, kan? Pastikan korang ada backup semua chat korang. Caranya mudah je, dalam settings WhatsApp ada option untuk backup.

Pilih je nak backup ke cloud, macam Google Drive ke, iCloud ke, bergantung pada phone korang.

Kalau phone hilang, korang just perlu login je dekat device baru dan restore semua chat dari last backup. Senang cerita, semua chat korang akan kembali seperti asal.

Backup photo

Next, gambar korang. Benda ni mustahak! Bayangkan semua gambar raya, kenangan manis, hilang sekelip mata. So untuk elak dari benda ni berlaku, korang kena pastikan semua photo korang di-backup.

Kalau korang ada cloud storage macam Google Photos atau iCloud, guna je untuk auto backup. Pastikan korang ingat email dan password untuk akses balik. Kalau tak ada cloud, takpe, korang boleh backup secara manual.

Just transfer semua gambar ke PC atau external hard drive. Dengan cara ni, in case apa-apa jadi pada phone korang, semua gambar dan data korang masih selamat.

Backup contact

Last sekali, contact. Benda ni super important, sebab tanpa contact, macam mana nak continue berhubung dengan family atau kawan-kawan, kan?

Lagi lagi contact yang berkaitan kerja. Parah kalau hilang semua no.

Cara paling senang, korang perlu sync contact korang dengan cloud account, contohnya macam Google untuk Android atau iCloud untuk iPhone.

Benda ni akan pastikan semua contact korang akan selamat dan senang untuk dipulihkan kalau korang tukar ke device baru. Kalau tak nak guna cloud, export semua contact korang ke dalam SIM card atau copy je kat PC sebagai backup.

Bila korang dah buat semua backup penting ni, korang bolehlah beraya dengan hati yang lebih tenang. Korang tak perlu risau lagi pasal kehilangan data penting.

Pastikan korang update cara korang LOCK smartphone

Lock smartphone ni macam kunci rumah korang. Kalau kunci rumah senang nak pecah, memang senang la pencuri nak masuk. Sama la dengan smartphone.

Jom tengok macam mana korang boleh update cara lock smartphone korang supaya lebih selamat.

Update fingerprint dan FaceID

Fingerprint dan FaceID ni adalah cara paling cepat dan selamat untuk unlock smartphone korang. Tapi, jangan hanya rely pada satu jari atau satu muka je.

Kadang-kadang, kalau jari korang basah ke, luka ke, atau dengan apa-apa sebab sensor tak dapat baca betul, korang akan stuck tak boleh unlock phone.

Jadi, apa yang korang boleh buat ialah store lebih dari satu fingerprint dalam setting smartphone korang. Kalau boleh, daftar jari dari dua tangan.

Sama juga dengan FaceID, daftar dalam kondisi cahaya yang berbeza-beza supaya phone korang senang nak recognize korang.

Pastikan password korang UPDATE dan susah untuk diteka

Walaupun korang guna fingerprint atau FaceID, ada masa korang tetap perlu gunakan password atau PIN. Contohnya, bila phone korang restart atau beberapa kali gagal untuk unlock menggunakan biometric.

Password dan PIN ni akan jadi alternatif selain biometrit.

Pastikan password atau PIN korang tu susah untuk diteka. Elakkan dari gunakan tarikh lahir, 123456, atau 000000 – too easy.

Guna kombinasi huruf, nombor, dan simbol yang unik. Lagi rumit, lagi bagus. Tapi pastikan juga yang korang sendiri ingat la password tu, jangan sampai korang sendiri yang terkunci.

Jangan silent phone ketika korang beraya

Ni tip yang mungkin nampak simple, tapi penting. Bila korang beraya, mesti korang nak suasana tu meriah, kan? Tapi, jangan sampai korang silent phone korang.

Kalau hilang, korang boleh call balik

Imagine, korang tengah syok beraya, makan kuih raya, snap gambar sana sini. Lepas tu, tiba-tiba korang sedar yang smartphone korang takde dalam poket.

Kalau phone korang dalam mode silent, susah lah korang nak dengar walaupun korang call guna phone orang lain. Tapi, kalau volume ringtone korang cukup kuat, senang korang nak trace balik phone tu.

Tips ni bukan saja bantu korang dapatkan balik phone yang hilang dalam rumah atau di mana saja korang beraya, tapi juga sebagai langkah untuk elakkan smartphone korang hilang.

Kadang-kadang, bila orang lain dengar phone korang berdering, diorang pun akan lebih berhati-hati – takut tertinggal atau tersalah ambil, especially dalam suasana yang crowded.

So, sebelum korang keluar rumah untuk beraya, pastikan setting volume ringtone dan notification korang tu dah set elok-elok.

Ingat, prevention is better than cure. Jadi, jaga-jaga dan selamat beraya!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support