ChatGPT: Virtual Assistant yang korang wajib tahu & guna.

ChatGPT itu apa?

ChatGPT ialah AI chat yang berkebolehan untuk bercakap dengan kita dengan menggunakan bahasa manusia yang sebenar. 

Bila kita chat dengan AI ni kita akan rasa macam real. Kita akan rasa macam kita chat dengan orang betul. Tapi bila fikir balik, macam tak percaya kita sebenarnya bercakap dengan robot. 

ChatGPT ni ada kebolehan untuk fahamkan apa yang kita sampaikan. Dia faham dengan topik yang kita tengah bincangkan. 

AI ni sentiasa belajar dengan perbualan kita.Cuma untuk masa sekarang ChatGPT masih diperingkat testing & masih dalam state BETA. 

Try bercakap dengan ChatGPT dekat sini.

ChatGPT boleh bercakap macam manusia

ChatGPT berkebolehan untuk bercakap dengan dalam bahasa yang natural.

Kita tak kan jumpa bahasa baku, bahasa yang macam alien. Kita akan nampak chatGPT ni bercakap natural je. Kadang kadang dia boleh buat lawak, kadang kadang dia minta maaf sebab dia pun boleh tersalah info. 

ChatGPT ni juga boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Kalau kita tanya soalan dalam bahasa melayu, dia akan jawab dalam bahasa melayu. 

Kadang kadang dia akan jawab dalam english, jadi kita kena suruh dia cakap dalam bahasa melayu. 

AI ni juga boleh buat silap & akan mengaku kesalahan dia pada diri kita. Kita juga boleh betulkan AI ni kalau ada kesilapan dalam statement yang dikeluarkan. 

Kita boleh jadikan AI ni sebagai pembantu

ChatGPT boleh bantu kerja kita. Mudahkan urusan kerja dalam seharian.

Contoh chatGPT mampu buatkan research untuk kita tulis artikel, dia boleh bagi artikel contoh, dia boleh tuliskan balik artikel tu untuk kita, dia boleh bagi idea, dia boleh buatkan coding untuk kita bina software & macam macam lagi. 

Semua pengetahuan ni chatGPT dapatkan dari INTERNET. Tapi AI ni bukan collect & bagi kita bulat bulat, dia recreate & susun semula penerangan sebelum bagi pada kita. 

Antara kerja yang chatGPT mampu membantu kita:

  • Membuat Ebook. Menulis content untuk ebook kemudian menjual pada orang ramai dengan harga yang murah. 
  • Membuat penulisan SEO untuk blog & website. Supaya apa yang dituliskan tu mendapat ranking dalam carian google. 
  • Membuat coding untuk mencipta apps, website & software yang baru.
  • Memberi idea untuk membuat content youtube & lain lain.
  • Membuat script untuk filem & shortfilem. 
  • Buat script lagu, pantun, kata kata motivasi & banyak lagi yang korang boleh gunakan dengan ChatGPT ni. 
ChatGPT mungkin boleh gantikan kerja manusia

chatGPT antara AI yang ramai bimbang

ChatGPT ni memang boleh bantu memudahkan urusan pekerjaan kita. 

Tapi pada masa yang sama, ramai yang takut dengan perkembangan chatGPT ni, sebab sejak ChatGPT diperkenalkan kepada umum, semua syarikat yang menawarkan khidmat menulis, programming & semua yang berkaitan, jatuh serta merta. 

Kiranya demand untuk dapatkan servis ni semakin berkurang la. Yela, sebab ramaikan gunakan ChatGPT. 

Semua orang mula menggunakan ChatGPT untuk membuat artikel, copywriting, khidmat nasihat, coding & banyak lagi. 

Semua developer, penulis & apa sahaja yang AI ni boleh buat, boleh digantikan dengan ChatGPT.

Ramai orang mungkin akan kurang menggunakan khidmat manusia. Sebaliknya lebih cenderung menggunakan khidmat AI. 

Dah tentu la ramai yang akan bimbang dengan keadaan ni. ChatGPT mungkin boleh gantikan kerja manusia, terutama dalam bidang programming & bidang penulisan. 

Services apa lagi yang nak ditawarkan, kalau semuanya boleh dibuat melalui ChatGPT. 

Semua SEKOLAH sekat penggunaan chatGPT

Sekolah menengah, University & kolej menyekat penggunaan chatGPT untuk para pelajar, kerana bimbang AI ini digunakan untuk menipu dalam ujian. 

Semua soalan yang ada dalam ujian, chatGPT mampu menjawab & menyebabkan ramai pelajar akan menipu.

Ramai pelajar mengunakan chatGPT untuk membuat assigment, essey, research & banyak lagi. Disebabkan ini lah chatGPT disekat & dikhuatiri tentang penggunaannya. 

CHATGPT

Ada beberapa negara yang menyekat ChatGPT

Beberapa negara telah membuat sekatan terhadap penggunaan ChatGPT kepada rakyat mereka. 

Perkara ini sebab ada banyak faktor. Antaranya kebimbangan terhadap data pengguna. 

Sekatan ChatGPT ini dilakukan dengan bermacam cara, ada yang membataskan akses (penggunaan dilimitedkan) & ada yang terus block ChatGPT dari rangkaian Internet sampai semua rakyat tak boleh nak guna. 

Tapi masih ada banyak negara yang membenarkan penggunaan ChatGPT dengan syarat-syarat tertentu. Malaysia antara negara yang membenarkan penggunaankan ChatGPT tanpa apa apa syarat. 

Antara negara yang telah menyekat ChatGPT termasuklah:

  • China
  • Iran
  • Rusia
  • Venezuela
  • Belarus
  • North Korea

Kita kena pertimbangkan yang ChatGPT ni merupakan salah satu inovasi teknologi yang boleh memberikan membantu semua orang jika digunakan dengan bijak.

Jadi, kita perlu ada undang undang yang tepat untuk menguruskan penggunaan aplikasi ini supaya dapat memberikan kesan positif & semua orang dapat menggunakannya dengan baik. 

Google sekat semua artikel yang menggunakan AI 100%.

AI memang dah lama digunakan untuk menulis artikel, dengan syarat semua artikel yang ditulis, mesti mendapat sentuhan dari manusia tu sendiri. 

Kalau tak setiap ayat yang dikeluarkan oleh AI akan jadi bahasa BAKU, bahasa yang tak jelas & banyak kesalahan dalam tatabahasa. 

Jadi penting untuk artikel yang dibuat oleh AI disemak dulu oleh manusia supaya bahasanya yang disampaikan dalam artikel lebih natural. 

Sejak chatGPT dikeluarkan, ramai orang menggunakan ChatGPT untuk membuat artikel tanpa membuat semakan & tanpa membetulkan kesalahan dalam artikel. 

Kebanyakan akan hasilkan content dengan banyak dalam sehari. Dan of course, content yang dihasilkan tu sangat sangat tak membantu & tak high quality. 

Ini menjadikan google menganggap artikel yang kita buat melalui AI sebagai SPAM & takkan sesekali diterima oleh Google Adsense.

Google sangat menitik beratkan artikel yang berkualiti tinggi, mengunakan bahasa manusia yang lebih natural & ada info yang dapat membantu pembaca.

Sekiranya artikel yang kita buat melalui AI tak memberikan manfaat, google takkan rankkan artikel kita dalam carian google. 

Pastikan kita sendiri yang menulis artikel, kerana tiada AI yang dapat menulis sebaik manusia. 

Kelemahan ChatGPT

Walaupun chatGPT ni antara AI yang banyak membantu dalam kerja kita, tapi ada masih ada banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.  

Antaranya chatGPT masih dalam state BETA, dan masih tak tahu nak bezakan yang mana betul & yang mana salah. ChatGTP masih limited dengan pengetahuan yang paling latest. 

Setakat ni pengetahuan chatGPT hanya sampai pada tahun 2021. Selepas dari 2021, chatGPT tak boleh menjawab kerana tak terhubung dengan internet. 

Kita tak boleh ambil jawapan bulat bulat dari chatGPT, sebaliknya kita perlu jadikan chatGPT sebagai tools yang membantu dalam kerja kita. 

ChatGPT Plus

OpenAI sudah pun memperkenalkan ChatGPT Plus untuk semua pengguna di beberapa negara. Maksudnya OpenAI menawarkan servis berbayar untuk menggunakan chatGPT dengan feature yang lebih menarik dari versi percuma. 

Antara feature yang disertakan dalam ChatGPT Plus ini adalah:

  • Boleh menggunakan ChatGPT pada bila bila masa walaupun ChatGPT versi percuma down & selalu dalam keadaan “Full Capacity”
  • Respon ChatGPT plus lebih pantas dari ChatGPT versi percuma. 
  • Memperkenalkan sistem TURBO – respon yang lebih pantas. 
  • Tidak dilimitkan penggunaannya. 

Yang pasti chatGPT Plus ini lebih power dari chatGPT percuma. 

Masa ni sesiapa yang nak gunakan chatGPT secara serius, maka ChatGPT Plus adalah yang terbaik.

Bayaran bulanan yang perlu kita bayar adalah 20 USD bersamaan anggaran dalam RM83.00 sebulan. 

Kesimpulan

ChatGPT boleh digunakan untuk membantu kita membuat kerja, tapi tak boleh mengantikan diri kita sepenuhnya dalam membuat kerja.

Sebab pertama, AI ni masih belum sempurna & boleh membuat banyak kesilapan. 

Coding, Artikel & apa sahaja yang dihasilkan oleh AI ni, kita mesti semak & buat perubahan sebelum publish. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support