4 Digital Bank yang ada di Malaysia

GXBank

GXBank adalah Digital Bank yang pertama beroperasi di Malaysia. GXBank adalah hasil dari kerjasama Grab Holding Ltd & Singapore Telecommunications Ltd (Singtel). Digital Bank yang pertama mendapat license dari Bank Negara Malaysia adalah GXBank.

Korang boleh download app GXBank ni melalui Google Play Store dan Apps Store. Daftar dan buat verification Identity untuk buka akaun sepantas 5 minit.

Credit to SoyaCincau.com

Be U by Bank Islam

Be U by Bank Islam adalah Digital Bank yang sudah beroperasi di Malaysia. Be U adalah dari Bank Islam itu sendiri. Bank Islam ni macam yang semua orang tahu adalah sebuah bank tradisional macam bank yang lain. Cuma dengan adanya Be U ni korang tak perlu lagi berurusan di cawangan bank. Sebaliknya semua urusan boleh dibuat secara online.

Tapi jangan sampai keliru, Bank Islam dengan Be U ni adalah bank yang berbeza. Jadi korang perlu register dengan Be U by Bank Islam jika korang nak buat akaun Digital Bank.

Korang boleh download app Be U by Bank Islam ni di Google Play Store dan Apps Store. Ingat, App Be U dengan App Bank Islam adalah berbeza ya. So pastikan korang download app yang betul. Buka akaun sepantas 5 minit.

Credit to RinggitPlus.com

AEON Bank

Aeon Bank adalah Digital Bank Islam yang pertama beroperasi di Malaysia. Sebelum digelar bank, AEON dikenali sebagai AEON Credit Service yang menawarkan perkhidmatan pinjaman.

Kini, AEON Credit Service dah upgrade kepada Digital Bank Islam. Bermaksud korang bukan setakat boleh pinjam duit lepas ni, tapi korang juga boleh menyimpan duit korang bersama AEON Bank yang patuh syariah.

Korang boleh download app AEON Bank melalui Google Play Store dan Apps Store. Register dan buat verification identity. Akaun korang akan siap dalam masa 5 minit.

Credit to Lowyat.net

BOOST Bank

Boost Bank adalah Digital Bank yang beroperasi selepas AEON Bank di Malaysia. Asalnya BOOST ni cuma beroperasi sebagai E WALLET sahaja, tapi sekarang diorang dah upgrade menjadi Digital Bank.

So selain digunakan untuk membeli belah, lepas ni korang dah boleh simpan duit bersama BOOST Bank. App BOOST Bank dengan BOOST E Wallet adalah 2 app yang berbeza. So pastikan korang register dengan app yang betul untuk elakkan kekeliruan.

Korang boleh download app BOOST Bank ni di Google Play Store dan Apps Store. Buka akaun bersama BOOST sepantas 5 minit sahaja.

Credit to SoyaCincau.com

Kesimpulan

Semua Digital Bank ni hanya boleh dibuka untuk korang yang dah ada bank yang sedia ada sahaja. Kalau korang tak pernah ada bank lagi, atau dah kena blacklist dengan Bank Negara Malaysia, korang memang tak boleh buka akaun bank dengan semua bank diatas ni. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support