Feature Whatsapp terbaru: Up to date untuk tahun 2024

Latest Feature

  • Text editing untuk status – Haa, korang dah boleh edit text pada status whatsapp korang.
  • Passkey – WhatsApp sekarang dah ada feature passkey, so security untuk whatsapp dah semakin advanced dan semakin susah untuk kena hijack.
  • Filter Chat – Korang dah boleh filter semua chat korang supaya nampak lagi tersusun dan kemas. Yang mana dah baca, yang mana belum, yang mana untuk kerja or private dan sebagainya.
  • Sticker Channel – Sekarang kat whatsapp dah ada Channel. Pada post Channel tu korang boleh expresskan dengan macam macam sticker yang ada.
  • HD Photo – Sekarang whatsApp dah boleh hantar gambar HD. So takkan ada lagi gambar pecah. 

Security

  • Security untuk whatsapp sentiasa UP TO DATE
  • WhatsApp sekarang dah ada feature PASSKEY.
  • Semua chat korang dilengkapi dengan End to End encrypted. Bermaksud tiada orang ketiga dapat melihat chat kita termasuk whatsapp sendiri. Lebih selamat dari Telegram.
  • Privacy & security untuk WHATSAPP semakin ketat. Ada feature LOCK SCREEN & ada CHAT LOCK dengan FACE ID. Bermaksud lagi bertambah susah orang nak buka whatsapp kita. 
  • Hacker semakin susah nak hack whatsapp. Security sentiasa up to date!
  • Last Updated: 19/05/2024

Sharing screen semasa Video Call

Sekarang korang dah boleh share screen dalam hp korang semasa korang video call dengan kawan kawan korang. So apa apa masalah korang boleh tunjuk direct je masa video call. Mudah kan?

HD Photo & Video

WhatsApp sekarang dah ada feature HD Photo & Video. Dulu bila korang hantar gambar je mesti gambar tu pecah atau tak memuaskan sebab whatsapp akan compress gambar korang jadi kecik.

Sekarang tak lagi, sebab whatsapp dah support HD PHOTO & VIDEO. Video pun takkan pecah lagi bila korang hantar.

Channel WhatsApp

WhatsApp sekarang dah ada feature Channel. 

Channel ni korang boleh tengok di STATUS WHATSAPP. Selain tengok kawan kawan korang punya status, korang boleh tengok news terkini dari Channel Channel yang korang pilih sendiri. Contohnya macam TV3, News, Awani, Hackers Malaysia & sebagainya. Korang sendiri boleh create channel korang sendiri.

Video Messages

Sekarang whatsapp mudahkan lagi urusan korang dengan feature Video Message. Korang boleh terus terus dari whatsapp & terus send. 

Benda ni sama macam kita hantar voice, cuma kali ni kita boleh hantar video pulak. Kalau ada apa apa urgent, boleh terus record dan send. Simple kan?

Boleh lock chat dengan password & face ID

Sekarang security & privacy whatsapp dah semakin ketat. Selain dari screenlock dalam whatsapp, kita dah boleh lock SPESIFIK chat yang kita nak lock. 

Yang mana kita rasa chat tu sangat private, kita dah boleh lock khusus untuk chat tu sahaja. 

Pilih je mana mana chat, pergi kat bahagian INFO, then korang akan nampak CHAT LOCK. 

Group chat management

Korang yang suka masuk group chat mesti suka feature ni! Untuk tahun 2024 ni, WhatsApp dah tambah beberapa improvement untuk group chat:

  • Mentions: Korang boleh mention orang dalam group chat, dan dia akan dapat notifikasi khas. Contoh: “@Ali, jangan lupa bawa kuih raya!”
  • Pinned Messages: Admin group boleh pin mesej penting kat atas, supaya semua orang boleh baca dengan mudah.
  • Group Polls: Nak buat undian dalam group? Senang je, guna Group Polls untuk tanya soalan dan kumpul jawapan. (LATEST)
  • Approve New Participants: Nak masuk dalam group whatsapp kita boleh review & approve dulu.  Korang boleh je on off feature ni. So korang boleh control siapa yang masuk dalam group korang. Simple. (LATEST)
  • Add Other Participants: Sekarang semua ahli group boleh add kawan kawan diorang untuk masuk kedalam group tanpa melalui admin. Feature ni pun korang boleh on off. (LATEST)

Dengan feature ni, group chat korang akan jadi lebih fun dan smart.

Feature whatsapp terbaru

Boleh edit mesej yang kita hantar sama ada personal & dalam group

Dulu kita selalu mesej yang ada typo, so kita akan hantar semula mesej tu dengan ** sebagai tanda kita membetulkan mesej yang typo tu. 

Sekarang tak perlu lagi dah buat macam tu, Whatsapp dah benarkan kita untuk edit mesej yang dah di hantar ke dalam whatsapp. Kalau korang tak ada feature ni, elok korang update sekarang. Lepas korang dah sent mesej tu, korang still boleh edit tapi bila dah lama sikit, editing tak dibenarkan lagi.

Gunakan WhatsApp dalam 4 telefon yang sama

Korang ada banyak telefon, tapi nak guna satu akaun WhatsApp je? 

Jangan risau, sebab WhatsApp dah boleh guna dalam 4 telefon yang sama! Bermaksud, 1 akaun untuk 4 HP kini dibenarkan. Sangat praktikal, kan?

Credit to whatsapp.com

Create Avatar

Korang malu nak letak gambar sendiri kat Whatsapp? Jangan risau, korang dah boleh create Avatar korang sendiri secara details. YES SANGAT DETAILS. 

Just pergi kat PROFILE korang, korang akan nampak CREATE AVATAR. Simple. 

Disappearing Messages

Nak rasa macam James Bond? WhatsApp dah ada Disappearing Messages 2.0

Bila timer habis, mesej akan automatically hilang dari chat, dan tak ada siapa yang boleh baca dah. 

Jadi, korang boleh rasa secure bila nak kongsi rahsia atau benda yang penting dengan orang tersayang.

Sticker & emoji baru

Siapa yang tak suka sticker dan emoji kan? Tahun 2023 ni, WhatsApp dah tambah lagi koleksi sticker dan emoji yang lebih cute dan expressive. Jadi, bila korang nak luahkan perasaan, korang boleh guna sticker dan emoji ni:

  • Sticker packs yang lebih banyak untuk pilih, termasuk yang ada tema Malaysia.
  • Emoji baru yang lebih diverse dan melambangkan budaya kita.
  • Animated stickers yang lebih fun dan santai.

Voice message speed control

Korang pernah dengar voice message yang panjang macam ceramah tak? Frett not, sebab WhatsApp dah ada Voice Message Speed Control  untuk tahun 2023 ni. Dengan feature ni, korang boleh control kelajuan dengar voice message:

  • Normal Speed (1x)
  • Fast Speed (1.5x)
  • Super Fast Speed (2x)

Cara nak guna:

  1. Play voice message macam biasa.
  2. Tekan icon kelajuan (1x, 1.5x, 2x) kat bawah player.
  3. Pilih kelajuan yang korang nak, dan dengar mesej dengan lebih cepat.

Easy peasy, kan? Jadi, korang tak perlu risau nak dengar mesej panjang lagi.

feature whatsapp terbaru

Boleh tambah 1024 orang dalam group WhatsApp

WhatsApp dah upgrade kapasiti untuk group chat, korang! Kini, boleh tambah 1024 orang dalam satu group. Jadi, jemputlah lebih ramai kawan-kawan, keluarga, atau rakan kerja untuk join group korang. Lebih meriah, kan?

WhatsApp search for messages by date

Susah nak cari mesej lama dalam chat? Jangan risau, sekarang WhatsApp dah ada feature untuk cari mesej mengikut tarikh. Cepat dan mudah, tak perlu scroll berjam-jam lagi! Korang boleh cari point point penting dalam whatsapp semudah ABC. 

Dedicated video mode

Untuk korang yang suka hantar video dalam chat, WhatsApp dah ada Dedicated Video Mode. Dengan feature ni, korang boleh rekod video dengan lebih mudah, dan terus hantar dalam chat tanpa perlu save dulu.

Voice status & private audience selector

Korang boleh luahkan perasaan dengan Voice Status yang baru! Macam biasa, tapi guna suara korang sendiri. Jangan lupa guna Private Audience Selector untuk pilih siapa yang boleh dengar status korang.

Status profile rings

Tak nak orang lain tahu korang tengah online? WhatsApp dah ada Status Profile Rings untuk tunjuk status korang secara halus. Ring berwarna macam-macam, so korang boleh pilih yang paling sesuai dengan mood korang.

View once text, Picture-in-Picture & Pinned Messages

Feature ni memang power! Korang boleh hantar teks yang hilang selepas dibaca sekali (View Once Text), guna Picture-in-Picture untuk video call sambil buka app lain (iOS), dan pin mesej penting dalam chat supaya senang nak cari.

Call Tab & screenlock untuk WhatsApp Desktop

Untuk yang guna WhatsApp Desktop, jangan risau! Ada Call Tab untuk buat panggilan mudah, dan Screenlock untuk pastikan chat korang secure daripada orang lain.

WhatsApp business directory & share 100 Media Files

Korang yang pakai WhatsApp Business, ada feature baru! WhatsApp Business Directory untuk cari bisnes, dan boleh share sampai 100 media files dalam satu mesej. Jimat masa dan efficient!

Picture-in-Picture untuk Video Calls di Android

Jangan bimbang wahai pengguna Android! WhatsApp dah bawakan feature Picture-in-Picture untuk video calls di Android juga. Jadi, korang pun boleh video call sambil buka app lain, tanpa sebarang gangguan. Seronok, kan?

Lebih efisyen, lebih speed, dan tingkatkan security

Bukan sahaja tambah banyak feature, tapi juga lebih efisyen, pantas, dan mampu simpan lebih banyak mesej. Whatsapp tak lag kalau korang simpan dalam anggaran 2GB mesej. Korang tak perlu risau nak simpan kenangan dengan orang tersayang.

Dan yang paling penting, security pun dah ditingkatkan:

  • Enkripsi end-to-end untuk semua mesej dan panggilan, supaya hanya pengirim dan penerima yang boleh baca/dengar.
  • Options untuk gunakan two-factor authentication (2FA) untuk tambah lapisan keselamatan dalam akaun korang.
  • App lock yang memerlukan pengesahan biometrik (seperti fingerprint atau pengenalan wajah) sebelum boleh buka WhatsApp.

Dengan semua peningkatan ni, korang boleh guna WhatsApp dengan lebih yakin dan selesa.

Kesimpulan

Kesemua feature terbaru dalam WhatsApp untuk tahun 2023 ini memang menarik dan sangat berguna untuk pengguna. 

Dari peningkatan kapasiti group chat hingga ke penggunaan satu akaun di 4 telefon yang berbeza, WhatsApp memang semakin memudahkan kehidupan kita.

Kami di Hackers Malaysia akan sentiasa mengemaskini artikel ini dengan informasi terkini tentang feature WhatsApp. Pastikan korang datang ke sini lagi untuk update feature terbaru dalam whatsapp.  

Teruskan explore dan nikmati kemudahan dalam berkomunikasi bersama orang tersayang dan rakan-rakan. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support