GBWhatsApp ni selamat ke? Ini yang korang perlu tahu

GBWhatsapp ni adalah salah satu versi yang sudah di modify dari Whatsapp yang asal. Versi ni ada banyak feature yang gempak, macam boleh ubah theme, hantar fail besar, sembunyikan status online, dan banyak je lagi.

Tapi, GBWhatsapp ni selamat ke untuk digunakan? Jom tengok apa risiko yang ada kalau korang guna WhatsappGB ni.

Risiko virus dan malware

Versi Whatsapp yang asal ni memang boleh dikatakan selamat dan bebas dari virus atau malware.

Sebab tu, Whatsapp ni hanya boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Apps Store. Tapi, GBWhatsapp ni bukan dari sumber yang rasmi.

Korang kena download diluar Apps Store. Download direct dari Google dalam bentuk APK.

GBWhatsapp ni dibuat oleh pihak ketiga yang memang tak ada kaitan dengan Whatsapp. Jadi, korang tak tahu apa yang ada dalam GBWhatsapp ni. Sebab korang tak kenal pun dengan developer tu. Yang korang tahu, guna je la dengan feature yang ada.

Korang tak tahu yang mungkin dalam GBWhatsapp ni dah ada virus atau malware yang boleh spy smartphone korang, curi data, atau jual data pada orang lain.

Kalau korang tak nak benda ni jadi pada diri korang, better elakkan diri dari pakai GBWhatsapp ni. Lagi lagi kalau korang kerja dengan syarikat yang besar. Mesti ada banyak benda rahsia korang kena jaga kan.

Risiko kena ban dari Whatsapp

Official Whatsapp ni memang tak suka kalau ada orang guna versi modifikasi macam GBWhatsapp ni.

Sebab tu, Whatsapp ada polisi yang melarang penggunaan versi modifikasi ni. Kalau Whatsapp dapat tahu korang guna WhatsappGB ni, akaun korang boleh kena ban dari Whatsapp.

Ban ni bermaksud korang tak boleh guna Whatsapp langsung, sama ada yang asal atau pun yang dah di modifikasi. Bila dah kena ban, dia boleh jadi sementara atau kekal terus, bergantung pada Whatsapp.

Biasanya dia ban sekejap dulu, kalau still tak pakai yang asal, mungkin akan kena ban buat selama lamanya.

Kalau korang kena ban, memang tak boleh buat apa dah. Sebab korang tak boleh lagi gunakan lagi no yang sama untuk Whatsapp dengan orang lain. Kalau nak guna juga Whatsapp, korang kena pakai no phone yang baru.

Kesimpulan

GBWhatsapp ni memang nampak menarik dan berguna, tapi sebenarnya ada banyak risiko yang korang kena tanggung kalau korang guna GBWhatsapp ni.

Secara ringkas, GBWhatsapp ni tak selamat untuk digunakan. Kalau korang nak guna Whatsapp dengan selamat, baik korang guna Whatsapp yang asal je. Whatsapp yang asal ni pun dah cukup bagus dan boleh dipercayai.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support