Google akan delete akaun Gmail yang tidak aktif selama 2 tahun - Confirmed!

Apa yang Google nak buat ni?

Google nak pastikan servis mereka offer sentiasa cemerlang dan efisien, jadi mereka create satu polisi yang baru.

Kalau korang punya akaun Gmail tidak aktif selama 2 tahun, Google akan padam semua akaun email termasuk data yang ada dalam tu. Ini termasuklah Google Photo, Google Docs, Email, dan everything. Jadi zero kesemuanya.

Ini adalah sebahagian dari usaha Google untuk kurangkan pembaziran storage yang tidak terpakai.

Kenapa Google buat macam ni?

Alasan utama Google buat keputusan ni adalah untuk menjimatkan ruang simpanan dan memastikan sistem mereka sentiasa berjalan dengan lancar. Dengan memadamkan email yang tidak aktif, Google boleh tingkatkan security dan improve pengalaman yang lebih baik untuk pengguna yang setia aktif.

Photo by Pawel Czerwinski on Unsplash

Apa yang perlu korang buat untuk elak akaun kena padam?

Nak elak dari kena padam, pastikan korang log masuk menggunakan akaun Gmail korang. Walaupun sekadar buka untuk check email, itu pun dah cukup untuk kekal aktif. Lagi satu, jangan lupa clear spam dan email yang tak penting supaya inbox korang tak penuh. Simple.

Bila policy Google ni start?

Google dah mulakan policy baru ni pada 1 Disember 2023. Jadi, kalau korang rasa, korang masih dalam tempoh tak sampai 2 tahun lagi, elok la login sekarang supaya akaun Gmail korang tak kena delete.

Tapi kalau korang rasa akaun Gmail korang dah lebih dari 2 tahun, dan korang tak pernah pun buka, ada kemungkinan akaun tu dah hilang buat selamanya. Tapi jangan lupa try dulu, kadang sebab korang ni pelupa.

Google pun ada grace period untuk delete akaun Gmail korang sepenuhnya. Maksudnya dia akan hantar dulu notification, reminder dan sebagainya. Bila tak ada respon or jawapan dari korang, baru Google akan proceed untuk delete permanently

Boleh rujuk disini.

Tips untuk kekal aktif

  • Tetapkan reminder: Letak reminder pada kalendar atau phone korang untuk check email sekurang-kurangnya sebulan sekali.
  • Cleanup inbox: Buang email yang tak perlu dan manage subscription supaya inbox korang tak penuh dengan benda yang korang tak baca.
  • Gunakan Gmail untuk kerja: Kalau korang ada kerja atau projek, gunakan Gmail untuk komunikasi. Dengan cara ni, secara tak langsung korang dikira kekal aktif.

Harap artikel ni membantu dan jelas untuk korang faham. Jangan lupa, kekal aktif dan jaga akaun Gmail korang dengan baik. Ada apa apa boleh bertanya di group Hackers Malaysia Community di Facebook.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support