GPT 4o percuma untuk semua orang tapi..

Yes, GPT 4o ni memang percuma untuk semua user, tapi didatangkan dengan rate limit. Free dan plus user akan ada rate limit tapi untuk plus user rate limit dia akan lebih tinggi dari free user.

Walaupun OpenAI dah releasekan GPT 4o ni, tapi tak semua orang akan dapat. Buat masa sekarang OpenAI tengah rolling out feature GPT 4o ni pada sebahagian user sahaja. Kalau korang tak nampak apa apa dalam ChatGPT korang maknanya feature tu belum ada lagi la tu.

Rate limit untuk GPT 4

Buat masa sekarang GPT 4 masih ada limit. Setiap orang limit dia berbeza. Ada yang 40 mesej untuk 3 jam, ada yang 50 dan ada yang 100. Setiap orang tak sama limit dia.

Mungkin ikut pada aktiviti user tu sendiri. Limit GPT 4 ni asing dengan GPT 4o. So kalau korang dah habis guna GPT 4 ni korang boleh gunakan GPT 4o pulak. Kalau dah habis GPT 4o ni, korang boleh beralih ke GPT 4 pulak. Simple.

Berbaloi ke bayar ChatGPT plus?

Jawapan dia bergantung pada keperluan korang. Ada orang gunakan GPT 4 ni untuk kerja kerja yang simple, tapi ada orang dia gunakan GPT 4 ni untuk kerja kerja yang complex macam programming, analysis code, check error dan sebagainya.

Ada user gunakan ChatGPT ni memang sangat membantu dalam kerja yang diorang buat, tapi ada jugak user yang gunakan ChatGPT ni tapi ChatGPT ni gagal untuk bantu diorang hasilkan kerja yang baik. So benda ni sangat bergantung dengan apa yang korang nak buat.

Ramai je yang frust dengan rate limit yang ditetapkan oleh OpenAI tapi apa boleh buat kan, semua feature yang diorang offer tu menggunakan resources yang tinggi. So kena ada limit untuk setiap user, supaya system sentiasa stabil dan boleh digunakan untuk semua user yang ada.

Photo by Brett Jordan on Unsplash

GPT 4 secara percuma

Kalau korang nak gunakan GPT 4 ni secara percuma untuk buat kerja kerja simple, korang boleh je gunakan Microsoft Copilot. Microsoft Copilot ni memang menggunakan model GPT 4 dalam sistem diorang dan yang paling best, korang boleh gunakan GPT 4 ni secara unlimited.

Walaumacam mana pun, GPT 4 dalam Microsoft Copilot ni mungkin berbeza sikit kalau korang bandingkan dengan ChatGPT Plus. Dalam Microsoft Copilot ni korang mungkin tak dapat buat something yang korang nak buat sebab Microsoft Copilot ni punya rules lebih ketat dan lebih banyak dari ChatGPT.

So walaupun korang boleh guna GPT 4 ni secara percuma, korang kena ingat yang ChatGPT Plus ni ada full feature yang mungkin Microsoft Copilot tak ada.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support