Bila dengar ayat macam “Saya boleh hack akaun bank awak,” atau “kami boleh tolong hack bank untuk transfer duit,” korang kena terus alert. Korang kena serius, pasal benda ni memang tak logik langsung tapi masih ramai yang percaya. Jom kami explain secara panjang lebar kenapa benda ni mustahil dan apa sebenarnya cerita di sebalik claim mereka ni.

Sistem bank bukan cikai-cikai

Korang kena faham satu benda penting, sistem keselamatan bank ni adalah antara yang paling SUSAH nak kena hack. Kenapa? Sebab bank ni kan uruskan duit, dan duit adalah benda yang paling sensitif dalam mana-mana industri. Kalau sistem dorang senang kena hack, dah lama dah bank-bank ni tutup kedai. Siapa je nak simpan duit kat bank kalau mudah sangat kena hack. Cer fikir.

Hacker hack bank – ini yang korang kena tahu
Credit to Berita Harian

Setiap bank ni akan ada team cybersecurity 24/7 yang kerja dia hanya untuk pastikan bank ni sentiasa beroperasi dengan baik dan sentiasa pastikan yang tak ada orang lain yang dapat tembus masuk tanpa mendapat approval dari user tu sendiri. Orang bank pun tak tahu ye apa password bank korang. Security dorang ni ada multi-layered defenses, termasuk:

  1. Firewall dan intrusion detection systems (IDS): Sistem ni akan monitor trafik yang masuk dan keluar. Kalau ada percubaan pelik pelik nak akses sistem, system akan terus block.
  2. Data encryption: Semua data pelanggan yang disimpan atau dihantar adalah dalam bentuk encrypted. Maknanya, kalau orang berjaya curi pun, data tu tak boleh dibaca tanpa dapatkan kunci khas.
  3. Multi-factor authentication (MFA): Majoriti bank akan guna sistem MFA yang perlukan lebih daripada satu lapisan untuk buat pengesahan, macam SMS OTP, biometrik, atau token digital.

Jadi, nak hack sistem bank? Memang susah gila. Orang gila pun tak mampu nak hack.

Kalau ada hacker yang pandai hack bank, kenapa buat servis?

Fikir balik secara logik, kalau hacker ni betul boleh hack bank dan ambil duit, kenapa dia perlu promote servis murah dekat korang? Dia patutnya dah jadi kaya raya dan hilang dari radar. Realitinya memang tak ada hacker yang boleh hack bank. Kalau ada, memang confirm dah lama masuk berita. Bank kena hack ni berita besar beb. Takkan kena hack tak masuk berita. Kemon la.

Masalahnya tak ada berita macam tu. Kalau ada pun, rare sangat sangat. Mesti jadi kes besar dalam Malaysia dan confirm confirm hacker tu akan masuk penjara punya. Masalahnya pernah dengar? Tak ada kan. Maknanya majoriti yang mengaku hacker tu cuma scammer je yang jual dream untuk tipu korang.

Apa yang scammer ni buat sebenarnya?

Biasanya scammer yang mengaku boleh hack bank akan buat salah satu daripada benda ni:

  1. Phishing: Diorang akan gunakan teknik ni untuk curi maklumat login korang. Contohnya, diorang bagi link fake yang nampak macam laman bank sebenar, lepas tu korang masukkan username dan password.
  2. Social engineering: Diorang cuba manipulasi korang bagi maklumat sensitif, contohnya OTP, nombor akaun, atau password.
  3. Fake app atau software: Diorang bagi korang download app kononnya untuk “hack bank,” tapi sebenarnya app tu malware yang curi data dari phone korang.
  4. Jual cerita kosong: Diorang ambil duit korang dulu kononnya untuk buat kerja hack, lepas tu poof, hilang macam tu je.

Kenapa nak hack bank susah?

Hacking ni bukan macam dalam filem yang tunjuk orang tekan beberapa butang, terus semua sistem boleh ditembus. Itu movie mat. Realiti dia lain gila dari movie. Hakikat sebenarnya susah gilerr. Hacker sebenar pun boleh mental dan study system bank. Realitinya, nak hack sistem bank memerlukan:

  • Pengetahuan teknikal yang gila detail: Korang kena tahu macam mana sistem perbankan berfungsi, termasuk network, database, dan software yang digunakan bank. Paling penting kena pakar dalam bidang programming.
  • Eksploit kelemahan yang tak diketahui: Kalau ada kelemahan pun, kelemahan tu bukan senang nak cari. Bank biasanya akan audit sistem diorang secara berkala untuk tutup apa-apa celah yang ada. Itu yang selalu update apps.
  • Risiko yang tinggi: Kalau diorang berjaya hack bank sekalipun, korang takkan boleh “enjoy” dengan duit tu. Semua transaksi bank ada rekod dan boleh di-trace.

Dalam dunia sebenar, hacker yang berjaya hack sistem bank biasanya adalah seorang pakar yang bertaraf dunia. Confirm company besar ni akan ambik hacker ni bekerja dengan diorang. Confirm confirm la hacker ni tak buat servis hacking untuk korang yang bayar murah. Syarikat akan ambil diorang ni untuk laporkan kelemahan kepada bank (biasanya dalam program bug bounty), dan mereka dibayar secara sah.

Realiti scammer vs real hacker

Scammer:

  • Claim mereka boleh hack bank dan semua system. Cakap memang tak nak kalah.
  • Curi duit atau data korang melalui teknik murahan.
  • Tak ada kemahiran teknikal yang tinggi. Sekadar guna tools orang lain. Claim diri sendiri punya. Pergh.

Real hacker:

  • Hacker ni merupakan pakar cybersecurity yang kerja untuk syarikat besar, agensi kerajaan, atau secara bebas dalam program bug bounty. Diorang memang dah ada kerja tetap, memang confirm takkan offer servis hacking bank pada public.
  • Diorang hanya fokus pada kajian kelemahan sistem untuk membantu bank tingkatkan keselamatan. Bukan fokus buat iklan servis hacking.
  • Kalau ada niat jahat, risiko untuk dikesan dan ditangkap sangat tinggi.
Hacker hack bank
Hackers photos by Vecteezy

Apa korang kena buat kalau dengar ayat scammer

  1. Jangan percaya. Kalau seseorang kata mereka boleh hack bank, anggap diorang ni scammer.
  2. Jangan bagi maklumat peribadi. Jangan sesekali kongsi password, OTP, atau apa-apa data sensitif dengan orang lain, tak kira alasan apa pun.
  3. Lapor scammer. Kalau ada orang cuba tipu korang, terus buat laporan kepada pihak berkuasa atau platform yang digunakan scammer tu.

Kesimpulan

Nak hack bank ni bukan benda mudah dan orang yang betul-betul ada kepakaran dalam bidang ni takkan buat kerja kotor macam ni. Scammer cuma jual angan-angan untuk tipu korang. Jadi, kalau dengar cerita macam ni, jangan terus percaya. Fahami realiti, lindungi maklumat peribadi korang, dan pastikan korang tak jadi mangsa penipuan. Kalau mereka pandai sangat, confirm mereka tak perlu cari korang untuk buat duit.