Macam mana nak tahu website scam - Korang patut belajar tentang ni

Umur domain

Domain ni maksudnya alamat website. contoh macam facebook.com. Cara pertama untuk tahu website tu scam atau tidak adalah based pada umur website.

  1. Check melalui whois: Ada banyak tools online macam WHOIS yang membolehkan korang untuk tengok bila domain tu didaftarkan dan bila ia akan tamat.
  2. Domain masih baru: Kalau website tu baru je didaftarkan tapi dah buat bisnes yang melibatkan duit dalam jumlah yang besar, korang kena berhati-hati sikit. Ini petanda scam.

Ejaan domain yang pelik

Benda macam ni paling common, especially kalau korang masuk website pelaburan atau website yang hampir sama dengan bank.

  1. Perubahan huruf: Kadang-kadang, scammer akan tukar satu huruf atau tambah huruf tambahan. Contoh: “Faceboook” atau “Fcaebook”. Nampak macam sama, tapi sebenarnya bukan. So kena tengok betul betul sebelum korang nak masuk.
  2. Endings yang pelik: Selain .com atau .my, ada scammer guna .net atau .org untuk confusekan korang. Contoh macam facebook.org, facebook.net. So bab domain ni korang memang kena perhatikan betul betul. Kalau nampak macam pelik tu, jaga jaga je la.

Kalau domain dah pelik, sampai nak sebut pun tak boleh memang redflag lah. Plus kalau domain tu baru buat pulak, memang confirm confirm korang kena elakkan. Kalau tak melayang duit nanti.

Penulisan yang banyak typo

Scammer tak ada masa nak fokus buat content yang berkualiti dalam website diorang sendiri. Biasanya diorang cuma copy paste atau guna AI untuk buatkan content.

Diorang tak ada masa nak buat editing dan proofreading sampaikan ada banyak typo dan kesalahan dalam content. Ini menjadi tanda yang website tu memang scam dan fake.

Info dalam website tak jelas

Website legit biasanya akan bagi info yang clear dan senang nak faham. Contohnya macam info syarikat, siapa pengasasnya, berapa ramai team, gambar & sebagainya.

Tapi kalau info syarikat pun tak ada, info penting macam contact, about me, team dan gallery pun tak ada, korang patut rasa ragu ragu dengan website macam ni. Lagi lagi kalau website ni melibatkan duit dengan jumlah yang sangat besar.

Tapi ingat, tak semua website tu perlu ada info macam ni. Penerangan ni hanya terpakai untuk website yang melibatkan duit yang besar macam pelaburan, urusan jual beli rumah, loan dan sebagainya.

Review & feedback

Review ni penting lagi lagi kalau korang nak berurusan dan melibatkan jumlah duit yang besar. Bila korang nak berurusan dengan syarikat yang besar, korang mesti tahu dulu info tentang syarikat ni. So korang mesti akan cari review untuk tahu servis yang diorang tawarkan ni bagus ke tidak.

Tapi kalau korang tak jumpa review langsung, sama ada dekat website atau pun google, korang patut berwaspada sikit dengan website yang macam ni. Kalau pun ada pun review, cuba tengok tulisan tu, nampak fake atau pun tidak.

Kadang kadang scammer punya review ni kita boleh nampak yang review tu tulisan robot atau menggunakan Google Translate je.

Website minta OTP Telegram

Ada sesetengah website tu dia akan minta korang OTP Telegram untuk pengaktifan. Kalau benda ni jadi pada korang, JANGAN SESEKALI BAGI! Website ni terang terang nak scam korang.

OTP adalah code yang tak boleh di sharekan kepada sesiapa. Website ni cuba nak hijack Telegram korang dengan dengan membuat request melalui no telefon korang.

Kena masukkan info sensitive

Kalau website tu minta korang untuk isikan data korang melalui form, korang kena hati hati sikit, korang kena tengok data apa yang dia suruh masukkan tu.

Kalau dia suruh masukkan info sensitive macam no akaun bank, password email, no IC dan OTP, korang kena berhati hati. Tapi kalau sekadar minta nama dan email, itu tak jadi masalah sangat. Kalau korang buat urusan loan mungkin lah dia akan minta info berkaitan financial.

Just bagi apa yang perlu je. Simple.

Download APK

Ada sesetengah website memang dia akan prompt korang untuk download APK file. Tujuannya adalah untuk korang register melalui app yang disediakan.

Kalau website tu beroperasi dengan cara macam tu, korang dah kena hati hati sebab APK file yang korang download tu mungkin mengandungi malware yang akan curi semua data korang. Biasanya yang website yang minta user download APK ni adalah website yang berkaitan dengan loan.

Tolong download apps hanya dari Google Play Store dan Apps Store.

Tawaran yang too good to be true

Kalau korang nampak dia offer iPhone Pro Max dengan harga RM200 – RM300 itu maknanya dia bagi tawaran yang tak masuk akal dan itu petanda scam yang korang kena elakkan.

Kalau tak logic better elakkan, sebab memang ada orang beli iPhone baru dengan harga RM200. Pro Max pulak tu. Benda ni sama macam pelaburan yang melabur sebanyak RM500 akan dapat RM3000 dalam masa 3 jam.

Tak ada official page

Website yang menjalankan business yang legit, mesti akan ada official page macam facebook, twitter, myspace dan sebagainya. Khususnya syarikat yang besar dan melibatkan duit dalam jumlah yang sangat besar macam pelaburan.

Wajib ada & mesti ada update sedikit sebanyak tentang bisnes yang diorang jalankan.

Kat page tu pulak mesti ada followers dan reviews dari orang ramai. Kalau tak ada, itu pun boleh dikatakan agak meragukan juga. Tapi bab official page ni hanya dikhususkan untuk bisnes bisnes yang besar je. Tak semua bisnes tu perlu ada official page.

Copy paste

Scammer tak ada masa nak tulis content dan info berkaitan syarikat. Jadi biasanya scammer akan copy dan paste semua info dari website lain. So kalau korang perasan info yang ditulis dalam website tu hampir sama dengan website yang lain, ini petanda website tu scam dan fake. Korang kena hati hati.

Design website tak cantik

Scammer tak ada masa nak design website diorang cantik cantik. So kalau ada website tu tiru nama brand yang besar macam Maybank, Forex, Watson, Giant dan sebagainya tapi design web dia tak sama langsung dengan web official itu petanda yang website ni sebenarnya scam dan fake.

Tapi, tak semua design yang tak cantik tu scam ya. Ini cuma salah satu tanda sahaja dan TAK SEMESTINYA scam.

Disclaimer: Bukan semua website tu perlu ada info yang jelas.

Bergantung juga pada website yang macam mana korang visit tu, sebab bukan semua website tu sama. Dia sangat bergantung. Antara website yang wajib ada semua info yang berkaitan tu adalah:

Pelaburan

Website macam ni memang wajib ada semua info yang jelas. Sebab pelaburan ni melibatkan duit yang sangat besar. Biasanya kalau pelaburan sebenar diorang ni memang kaya, so bila kaya diorang akan ada pekerja sendiri untuk handle website secara professional.

Loan

Korang kena pastikan website yang korang visit tu ada semua info macam yang disampaikan tadi. Kalau tak ada, tak banyak info better korang tinggalkan sebab kemungkinan itu adalah scam.

Insurans

Zaman sekarang nak apply insurans pakai online je. So kalau korang visit website Insurans korang kena pastikan yang semua info tu jelas. Kalau ada yang kurang, tak jelas, korang patut berhati hati dah tu.

Financial

Semua website yang berkaitan dengan Financial macam Forex, BitCoin, Cypto dan sebagainya. Memang wajib ada semua info yang lengkap. Kalau tak korang kena tinggalkan.

Kesimpulan

Korang juga boleh check disini untuk tahu website tu scammer atau pun tidak. Benda ni sekadar panduan dan tak semestinya tepat. Kalau trust rating dia tinggi, maknanya website tu boleh dipercayai. Kalau tak trusted, meragukan dan sebagainya maka korang kena berhati hati lah kat situ. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial