Korang buat carian dalam Google korang ada nampak pasal iMoney?
iMoney adalah satu platform all in one macam RinggitPlus yang mana iMoney ni membantu korang untuk bandingkan produk kewangan macam kad kredit, pinjaman peribadi, insurans, dan banyak lagi produk yang lain. Kalau korang selalu pening kepala nak apply pinjaman peribadi kat mana, iMoney ni boleh jadi penyelamat korang.
Platform yang senaraikan banyak produk kewangan
Salah satu perkara yang paling best pasal iMoney ni adalah senarai pemberi pinjaman.
Korang boleh bandingkan pelbagai produk kewangan berdasarkan keperluan dan keutamaan korang. Tak kiralah korang nak cari kad kredit dengan kadar faedah rendah, pinjaman peribadi dengan bayaran balik yang fleksibel, atau insurans dengan perlindungan terbaik, semua ada kat sini.
iMoney memang memudahkan penggunakan untuk apply apa sahaja produk kewangan, sebab semua maklumat dah disusun rapi dan korang cuma perlu pilih yang mana sesuai.
Pendidikan berkaitan financial
iMoney bukan sekadar platform perbandingan, tapi diorang ada juga sediakan banyak artikel, panduan, dan tips pasal pengurusan kewangan peribadi. Kalau korang nak tambah ilmu pasal kewangan, iMoney memang tempat yang sesuai untuk korang baca semua yang dikongsikan.
Dari panduan pasal cara simpan duit, tips pelaburan, sampai ke maklumat pasal insurans, semua ada kat sini. iMoney memang komited nak tolong korang jadi lebih bijak dalam urusan kewangan.

Permohonan secara online semakin mudah
Antara kelebihan yang ramai orang suka tentang iMoney ni adalah korang boleh apply pinjaman peribadi secara online melalui platform diorang. Tak payah susah-susah untuk korang pergi ke bank atau berjumpa dengan ejen, semuanya korang boleh buat sendiri dan secara online sahaja.
Hampir kesemua bank dan pemberi pinjaman yang sah sudah disenaraikan dalam platform iMoney ni. Apa yang korang kena buat adalah pilih dan apply. Memang mudah sangat sebab korang cuma perlu isi maklumat yang diperlukan, hantar permohonan, dan tunggu keputusan. Proses ni menjimatkan masa dan tenaga korang.
Website official iMoney
Website iMoney ni lengkap dengan segala info yang korang perlukan. Bukan sekadar info tapi juga lengkap dengan feature calculator untuk korang buat kiraan berapa interest yang korang kena bayar kepada pemberi pinjaman.
iMoney ada lebih dari 11 juta pengguna. Dah served lebih dari 1.3 juta customer. Ada lebih dari 700 produk kewangan yang korang boleh pilih. Bekerjasama dengan 55 partner dalam menjayakan kemudahan iMoney ni kepada orang ramai.
Kenapa kena apply melalui iMoney?
Sebab kenapa korang kena apply melalui iMoney adalah kerana iMoney ni platform all in one. Semuanya hampir lengkap dalam satu platform. Semua bank dan pemberi pinjaman dah ada kat dalam iMoney ni. So korang tak perlu lagi cari platform yang lain. Just apply je pinjaman dengan iMoney dan tunggu keputusan sama ada layak atau tak. Very simple.
Kesimpulan
Adakah iMoney ni selamat? Yes, memang selamat digunakan kerana tiada tanda tanda scam dikesan dalam website rasmi iMoney. Semua pemberi pinjaman yang ada dalam platform iMoney adalah pemberi pinjaman yang sah dan mendapat lesen dari KPKT. Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, sharekan pada orang lain.
Adakah artikel ini membantu?